Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 91

Mak Zainab hanya memandang dari jauh dengan penyesalan yang pernah dia lakukan kepada menantunya, Qasif Nursofea. Mak Zainab malu untuk menegur menantunya itu.Mak Zainab tidak boleh menahan langkah menantunya itu kerana menantunya itu bukan lagi isteri kepada, Muhammad Ashariff. Isteri Muhammad Ashariff sekarang adalah, Noor Hafiza.

Qasif Nursofea menangis teresak-esak sewaktu di dalam teksi. Tangisan, Qasif Nursofea itu dapat dilihat oleh pemandu teksi. Air matanya tidak dapat ditahan lagi.Qasif Nursofea merasa sangat pedih bagai dihiris sembilu apabila melihat, Muhammad Ahsariff berada di samping isterinya.

Qasif Nursofea memujuk akan dirinya supaya berhenti menangis. Tetapi tangisannya tidak dapat dihentikan. “Cik, sabar ye, cik. Setiap yang hidup itu pasti akan mati. Itu sudah dijanjikan oleh Allah Taala” Qasif Nursofea mengesat airmatanya. “Terima kasih,” ucapnya kepada pemandu teksi.

 

Di dalam rumah yang tiada penghuninya yang lain, Fiza membawa nasi panas yang masih berada dalam periuk dan meletakkan di atas empat ketul batu bata yang telah diatur kemas olehnya. Fiza meletakkan periuk nasi yang masih panas di atas batu bata yang telah disusun tadi. Sebelum memasak nasi tersebut, Fiza telah memasukkan ramuan yang diambil daripada bomoh, Embun.

Fiza mula menarik naik kain yang dipakainya sehingga ke paras lutut. Dibacanya mantera yang telah diajar oleh bomoh, Embun. Fiza membuka kaki dan membiarkan peluh menitis di dalam nasi panas itu. Fiza meneruskan perbuatan terkutuknya itu lagi.

Periuk nasi itu ditendang, Mak Zainab. Mak Zainab menampar wajah, Fiza. Mak Zainab mengambil periuk nasi panas itu lalu ditelangkupkan di atas kepala, Fiza. “Kurang ajar ye kamu, Fiza?!! Ayah kamu baru saje pergi kamu dah buat perangai, Fiza!!,”Mak Zainab menengking, Fiza diatas perbuatan terkutuknya itu.

Muhammad Ashariff disamping kak long serta keluarga, Fikri hanya memandang pelik situasi itu kerana mereka baru sahaja tiba di rumah. Mak Zainab terlebih dahulu pulang bersama, Akir.

“Berani kau buat nasi kangkang kepada suami kau!,” Muhammad Ashariff serta yang lain terkejut setelah mendengar apa yang telah dikatakan oleh, Mak Zainab.

“Mak,mak, kenapa ni? Ayah baru saje meniggal mak. Tak elok bising-bising macam ni!,”kak long berlari menuju ke arah, Mak Zainab menyabarkan amarah ibu mertuanya itu.

“Long!Tengoklah apa yang dia dah buat!!,” kak long melihat nasi yang jatuh bertaburan dan barang-barang yang masih berada di situ cukup untuk menjelaskan akan perbuatan, Fiza.

“Kau buat nasi kangkang, Fiza?! Kau buat nak bagi laki kau makan?! Ya Allah…Astaghfirullah Hal’azim!,” kak long mengucap panjang setelah mengetahui apa yang hendak dilakukan, Fiza.

Fiza merasa takut setelah melihat wajah, Muhammad Ashariff. Kini, semua yang ada disitu  memandang tepat ke arahnya. Fiza perlu menutup malunya. Fiza berfikir yang dia perlu mengalihkan pandangan tajam itu pergi daripadanya.

“Aku kenal, Mak Embun dari kaulah orang tua!” Muhammad Ashariff serta yang lain melihat, Mak Zainab kini jatuh terduduk dan teresak menangis. Muhammad Ashariff semakin tidak mengerti dengan apa yang mahu, Fiza katakan. Fikri mahu berjalan ke arah, Fiza tetapi dihalang oleh, Muhammad Ashariff.

“Kalau kau orang semua nak tahu dan kau terutamanya, Ashariff engkau memang bodoh! Sebab… buang orang yang tak bersalah! Kalau kau nak tahu, Sofea tak bunuh pun anak kau! Orang yang bunuh anak kau tu adalah orang tua tu!,” Fiza berlari mengambil tas tangan ibu mertuanya,  Mak Zainab.

Seketika kemudian, Fiza datang dengan membawa satu bungkusan kecil di tangan. “Ni! Ini…buktinya!! Ubat inilah yang orang tua ni guna untuk bunuh anak kau!,” Fiza merasa puas dengan apa yang telah diceritakan olehnya.

Fiza berlari untuk menuju ke tingkat atas. “Noor Hafiza! Aku ceraikan kau dengan talak tiga!!!,” Fiza ketawa mendengar ungkapan talak itu dan membawa pergi kesemua pakaiannya keluar dari rumah itu. 

Semua yang berada di situ terkesima atas tuduhan yang telah dilemparkan oleh, Fiza terhadap, Mak Zainab. “Betul ke mak?,” tanya, Muhammad Ashariff yang mulai serak suaranya kerana menangis. Pertanyaan, Muhammad Ashariff itu masih disaksikan akan manusia yang berada di situ.

“Riff,”menggeletar suara, Mak Zainab memanggil nama anaknya, Muhammad Ashariff. “Mak…cakap mak! Betul ke apa yang mak dah buat? Cakap mak!,” Muhammad Ashariff tidak lagi dapat menahan sebaknya.

Mak Zainab mengangguk dan menangis sekuat hati. “Maafkan mak, Riff. Mak minta maaf dengan kamu, Riff!,” merangkak, Mak Zainab pergi ke tempat, Muhammad Ashariff berdiri.

“Kami tak pernah menyangka yang mak akan tergamak buat benda terkutuk macam ni mak! Mak tahu tak? Riff hilang isteri yang sangat-sangat baik! Kenapa mak?! Apa salah, Sofea sampai mak tergamak buat perkara terkutuk ni mak!! Patutlah… ayah cuba nak cakap sesuatu dengan, Riff!,” Muhammad Ashariff menangis sekuat hati.

Muhammad Ashariff ditenangkan oleh, Fikri serta kak long. Mak Zainab memegang kaki, Muhammad Ashariff merayu memohon maaf.

Muhammad Ashariff mahu melangkah pergi. Tiba-tiba tubuh, Muhammad Ashariff tersungkur jatuh ke lantai. “Riff?!,” panggil, Fikri. Muhammad Ashariff pengsan kerana terlalu emosi.

Tuala basah diletakkan di atas dahi, Muhammad Ashariff. Kak long bersama, Fikri menemani, Muhammad Ashariff yang sedang baring lesu di atas katil di bilik bawah. “Riff, kau okey tak ni? Kalau tak… jom… aku bawak kau pergi ke klinik,”ajak, Fikri yang risau akan keadaan sahabat baiknya itu. “I’m okay bro,” jawab, Muhammad Ashariff yang kini sedar dari pengsan. “Riff pengsan tadi. Cuak sangat kak long tau!,” kata pula, Kak Long.

“Lebih baik, Riff mati je long. Tak guna untuk, Riff hidup. Orang yang paling, Riff percaya buat, Riff macam ni,” kata, Muhammad Ashariff sedih.

“Jangan cakap macam tu. Apa pun… baik buruk dia… dia adalah mak kita,” pujuk, kak long.“Mak yang sanggup buat anak dia merana?,” kata, Muhammad Ashariff lagi.

“Riff,sabar banyak-banyak,” pujuk pula, Fikri. “Aku rasa bersalah sangat dengan,Sofea. Aku masih cintakan dia. Aku sayang dia, Fikri! Aku tak tahu macam mana aku nak dapatkan dia semula,” pilu mereka mendengar penjelasan daripada,Muhammad Ashariff.

Fikri menmendengus perlahan mendengar penjelasan, Muhammad Ashariff. “Kau… kau kena mengaku yang kau salah. Kau kena cerita dekat dia apa yang dah jadi. Lagipun ini bukan salah kau,” cadang, Fikri. “Aku tahu yang, Sofea tak mudah terima aku semula,” Muhammad Ashariff bersandar lemah di kepala katil. Kak long hanya memerhati wajah sugul, Muhammad Ashariff. Timbul rasa kasihan kepada adik iparnya.

 

 

 

Previous: Bab 90
Next: Bab 92

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia