Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 94

“Mana video tu?!,” tanya, Qasif Nursofea dengan tegas. Hakimi yang sedang menghisap rokok memandang tepat wajah, Qasif Nursofea. Hakimi meletakkan rokok di dalam bekas debunya. “Kalau ye pun… marilah duduk sini dulu,” pelawa, Hakimi.

“Aku takde masa lah nak layan kau. Cepatlah! Tunjukkan aku mana video tu??!,” tengking,Qasif Nursofea.

Hakimi menunjukkan salinan video yang sengaja diletakkan di ribanya yang sedang memakai tuala hotel. “Mari ambik sendiri!,” kata, Hakimi. Qasif Nursofea menjadi gusar untuk pergi dekat dengan, Hakimi.

“Tolonglah! Aku takde masa lah!Tadi kau janji… kau nak delete video tu bila aku datang sini. Sekarang aku dah pun sampai sini. Please, Kimi! Jangan kau  buat macam ni pada aku,” pinta,  Qasif Nursofea lagi. Permintaan daripada, Qasif Nursofea itu tidak diendahkan, Hakimi.

Hakimi tetap membiarkan salinan video itu di ribaannya. Qasif Nursofea akur dan menapak kaki pergi ke arah, Hakimi. Qasif Nursofea mahu mengambil video tersebut dan tangan, Qasif Nursofea direntap kuat oleh, Hakimi. Qasif Nursofea tidak mudah melatah. Qasif Nursofea membiarkan tingkahlaku, Hakimi yang mahu menjilat tangannya. Nafas, Qasif Nursofea menjadi semakin deras ketika ini kerana takut akan perbuatan, Hakimi.

Qasif Nursofea dengan pantas mencapai salinan video yang berada di kamera, Hakimi.Qasif Nursofea mahu melepaskan diri dan Hakimi menerkam akan tubuhnya lalu menolak, Qasif Nursofea di atas katil.

“Kau jangan buat gila, Hakimi!!,” kain labuh, Qasif Nursofea terangkat sehingga menampakkan perut betisnya yang putih.

Semakin geram Hakimi melihat. Hakimi mahu menjatuhkan tubuhnya ke atas tubuh, Qasif Nursofea yang berada di atas katil. Qasif Nursofea sempat mengelak dan mahulari daripada, Hakimi. Qasif Nursofea direntap lagi dan tudung yang dipakainya kini tertanggal.

Hakimi ketawa dan mencium tudung itu. “Wanginya!,” kata, Hakimi dengan nada lemut.Qasif Nursofea berlari ke arah pintu bilik hotel dan Hakimi dengan pantas merangkul tubuh, Qasif Nursofea. Rambut Qasif Nursofea yang terungkai dari ikatan dicium oleh Hakimi. “Jangan! Lepaskan aku! Tolong!,” jerit, Qasif Nursofea.

 

Muhammad Ashariff yang menunggu kemunculan, Qasif Nursofea seakan mendengar jeritan meminta pertolongan daripada bilik, Qasif Nursofea masuk sebentar tadi. Muhammad Ashariff menuju ke bilik itu. Langkahnya kini terhenti kerana tiada lagi kedengaran suara yang meminta tolong. Muhammad Ashariff berfikir itu hanyalah khayalannya.

Qasif Nursofea terjatuh dan tersungkur di lantai. Hakimi memegang kaki, Qasi fNursofea. Qasif Nursofea mencapai bekas debu rokok dan membaling ke arah pintu hotel. Terdengar bunyi bising itu membuatkan, Muhammad Ashariff tidak lagi boleh duduk diam di situ.

“Sofea?Sofea?!,” panggil, Muhammad Ashariff dari luar bilik. Qasif Nursofea mendengar suara yang memanggilnya dan dia amat mengenali akan suara itu. “Abang?! Tolong!Tolong, abang!,” Qasif Nursofea memanggil akan suara itu pula.

Hakimi yang tersedar akan situasi itu mulai mengganas. Baju yang dipakai oleh, Qasif Nursofea direntap dan kini tubuh badan, Qasif Nursofea sedikit terdedah.

Muhammad Ashariff menghubungi kaunter hotel dan memberitahu apa yang telah berlaku. Muhammad Ashariff cuba membuka pintu bilik. Pintu bilik itu terbuka apabila pihak hotel melakukan alarm keselamatan.

Muhammad Ashariff terpandang akan, Hakimi yang mula meratah tubuh, Qasif Nursofea.“Jahanam kau, Hakimi!!,” Muhammad Ashariff menendang, Hakimi dan lelaki itu tersungkur. Muhammad Ashariff mengambil selimut pada katil dan terus menyelimut tubuh badan, Qasif Nursofea yang terdedah akibat bajunya yang terkoyak.

Qasif Nursofea pantas bangun dan memeluk tubuh, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff mebalas pelukan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menangis dalam pelukan bekas suaminya. Hakimi yang melihat akan perbuatan mereka mengambil pisau miliknya lalu menikam, Muhammad Ashariff dari arah belakang.

Muhammad Ashariff terjatuh dan menahan sakit kerana pisau tajam itu tercucuk di bahagian belakang badannya. “Abang, abang! Jangan macam ni, abang! Abang! Bangun! Bangun,abang!,”  Qasif Nursofea menggoyang tubuh,Muhammad Ashariff. Lelaki itu mula tidak sedarkan diri.

Hakimi cuba melarikan diri dengan sempat mengambil baju dan kamera miliknya. Tetapi langkah, Hakimi terhalang apabila pihak hotel bersama pihak berkuasa berjaya memberkasnya.

Muhammad Ashariff yang ditemani, Qasif Nursofea dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. Di dalam ambulans, Qasif Nursofea hanya mampu menangis kerana bimbangakan keadaan, Muhammad Ashariff yang sedang dipasangkan bekalan oksigen.

Setelah tiba di hospital, Muhammad Ashariff dikejarkan ke bilik pembedahan. Qasif Nursofea menunggu di luar bilik pembedahan dengan hati yang penuh debar. “Ya Allah…janganlah terjadi perkara buruk kepada dia, Ya Allah,” doanya. Qasif Nursofea melangkah pergi kepada doktor yang bertugas apabila seorang doktor wanita itu melangkah keluar daripada bilik pembedahan.

“Suami cik selamat. Keadaan dia sekarang mulai stabil” bersyukur panjang, Qasif Nursofea setelah mendengar perkhabaran daripada doktor itu.

Qasif Nursofea, melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan, Muhammad Ashariff dirawat. Melihat olehnya akan tubuh, Muhammad Ashariff yang berbaring lesu diatas katil hospital. Qasif Nursofea duduk di kerusi di sisi katil, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea mahu memegang tangan lelaki itu dan kini membatalkan hasratnya. Qasif Nursofea menangis dan melangkah keluar dari tempat itu.

Qasif Nursofea melihat telefon bimbitnya dan terlihat panggilan serta mesej yang dihantar oleh,  Lokman. Qasif Nursofea menceritakanapa yang telah berlaku kepada dirinya.

“Sayang,sayang okey ke tak ni?,” tanya,Lokman cemas selepas melihat keadaan kekasih hatinya, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea diberikan baju yang dibawa, Lokman. Qasif Nursofea berjalan kembali menuju ke tempat, Lokman setelah selesai melakukan persalinan.

“Kenapa sayang pergi seorang diri? Kenapa sayang pergi jumpa dengan lelaki macam tu?Macammana pulak, Ashariff tiba-tiba datang?,” tanya, Lokman yang seakan hairan dan bimbang.

“Panjang ceritanya,” jawab, Qasif Nursofea. “Cerita pada saya kenapa boleh jadi sampai macam ni. Cerita satu-satu,” pinta, Lokman.

Sofea mula bercerita kepada, Lokman. Setelah Lokman mula memahami akan cerita, Qasif Nursofea, Lokman menjadi marah. Marah akan perbuatan, Hakimi. Qasif Nursofea juga turut menceritakan tentang video yang pernah ditiduri, Hakimi. Mengucap panjang, Lokman setelah mendengarnya.

“Baiklah tuan. Saya akan pergi ke sana sekarang,” Qasif Nursofea mendapat panggilan daripada pihak polis dan menyuruhnya pergi ke balai polis. Qasif Nursofea pergi ke balai polis dengan ditemani, Lokman.

 

“Sayang nak makan dulu tak sebelum balik?,” tanya, Lokman setelah selesai menemani,Qasif Nursofea membuka fail laporan polis. “Taknak. Saya nak balik rumah,” jawab,Qasif Nursofea. Qasif Nursofea hanya memandang, Lokman yang sedang memandu. “Terima kasih, Lokman. Sebab saya… awak pulak yang susah,” bicara lagi, Qasif Nursofea

“Apa pulak cakap macam tu? Saya sayangkan awak. Saya rela lakukan semuanya jika ia melibatkan orang yang saya sayang,” beritahu, Lokman 

 

Kini,telah hampir seminggu, Muhammad Ashariff berada di hospital. Hakimi pula diremanoleh pihak polis berikutan kesalahannya selama ini. “Kita nak ke mana sekarang?,tanya, Lokman setelah selesai perbicaraan.

“Kita pergi hospital melawat, Ashariff. Boleh? Fea nak ucapkan terima kasih dekat dia,”ajak, Qasif Nursofea. Lokman hanya turutkan apa sahaja yang diminta oleh bakal tunangnya.

Pintu bilik yang menempatkan, Muhammad Ashariff di hospital dibuka. Qasif Nursofea memandang akan wajah, Mak Zainab dan juga keluarga, kak long yang turut datang menemani Muhammad Ashariff, di hospital. Fikri serta keluarganya juga turut berada disitu.

Qasif Nursofea bersalam dan memeluk tubuh kak long yang sedang berdiri. Tidak pula,Qasif Nursofea menegur wanita tua yang sedang melihatnya dengan sesalan dihati. Qasif Nursofea kini duduk di kerusi disamping, Lokman. Menjadi tanda tanya pada mereka siapakah lelaki kacak yang menemani bekas isteri, Muhammad Ashariff.Tetapi, wajah Lokman bukan lagi asing buat, Muhammad Ashariff.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi tolong saya. Awak hampir terkorban. Saya ucapkan bebanyak terima kasih. Hanya Allah, yang akan membalas jasa baik awak.Saya akan tanggung kos rawatan awak. Saya doakan awak cepat sembuh,” ucap,Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff yang masih lagi berbaring di atas katil.

“Memang dah jadi tanggungjawab abang. Abang cuma nak, Fea selamat. Abang taknak apa-apa perkara buruk terjadi pada, Sofea. Abang taknak tengok awak jadi mangsa, Hakimilagi,” jawab, Muhammad Ashariff. Kelopak mata, Qasif Nursofea mula menakungkan air mata setelah mendengar bicara, Muhammad Ashariff.

“Terima kasih sebab sudi selamatkan, Sofea,” ucap, Lokman pula. Lokman berjabat tangan dengan Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff dapat meneka siapakah, Lokman di hati bekas isterinya kini. “Jaga dia baik-baik. Jaga dia seperti mana awak jaga nyawa awak,” pesan, Muhammad Ashariff kepada, Lokman. Lokman hanya menghadiahkan senyuman selepas mendengar pesanan, Muhammad Ashariff.  

Previous: Bab 93
Next: Bab 95

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia