Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 74

Kedengaran suara, Qasif Nursofea dari dalam bilik air seakan termuntah. “Fea, Fea, kenapa muntah tu?,” panggilan, Muhammad Ashariff tidak dijawab oleh Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff mengetuk pintu bilik air itu lagi memanggil akan isterinya. Akhirnya,Qasif Nursofea keluar dari bilik mandi itu. “Kenapa ni? Tak sihat ke? Asyik muntah je abang dengar,” tanya, Muhammad Ashariff yang melihat wajah isterinya yang kini sedikit pucat. Disentuh dan merasai pada dahi dan leher isterinya yang agak panas.

“Sayang demam ni. Dah jom! Jom kita pergi klinik” Qasif Nursofea menggeleng. Tidak mahu mengikut apa yang dirancang, Muhammad Ashariff. “Walaupun, Fea ni doktor… Fea tetap kena pergi klinik jugak!” Qasif Nursofea tetap menggeleng malah dia menghadiahkan senyuman manis kepada, Muhammad Ashariff.

“Senyum pulak?,” tanya, Muhammad Ashariff hairan. Hairan akan sikap isterinya yang berdiri di hadapannya itu. Qasif Nursofea menunjukkan alat ujian kehamilan kepada suaminya. Lantas, dia mengambil dan membaca pada meter ujian kehamilandan tertulis “positive pregnant 2 weeks”.

What,?? Confirm?!,” Muhammad Ashariff ketawa gembira dan memeluk tubuh isterinya.Qasif nursofea juga turut ketawa. “Yes,confirm! I’m preggnant!” Muhammad Ashariff mencium pula dahi, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea ditarik oleh, Muhammad Ashariff untuk pergi ke tempat duduk, Mak Zainab dan Pak Mullia. Mak Zainab dan Pak Mullia melihat anak serta menantu mereka berjalan menuju kepada mereka yang sedang duduk di luar rumah ketika ini.

“Tak lama lagi… mak dengan ayah bertambahlah cucu,” maklum, Muhammad Ashariff. “Fea,mengandung mak, ayah!,” beritahu, Qasif Nursofea pula.

“Alhamdulillah,syukur diatas nikmat yang Kau berikan, Ya Allah!,” berucap syukur, Pak Mullia setelah mendengar berita baik dari anak dan menantunya. Mak Zainab terus bangun dari situ. Mereka bertiga tidak pula hiraukan, Mak Zainab yang kini melangkah pergi.

“Mengandung??!!,”Mak Zainab menarik nafas geram. “Kenapa cepat sangat lekatnya??!!,” Mak Zainab duduk pada kerusi di dalam dapur dan ligat memikirkan sesuatu. Mak Zainab tidak gembira dengan pengkhabaran berita yang telah didengarinya tadi.

Qasif Nursofea mengharapkan ada sinar baru di dalam kehidupannya untuk masa akan datang. Mengharapkan, anak yang dikandungnya itu menjadi pengikat kasih dansayang diantara hubungannya dengan suami, serta memulihkan hati, Mak Zainab dari terus membencinya.

 

Seperti biasa hari ini, Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea akan berpisah dan bertemu semula pada hujung minggu berikutnya. Qasif Nursofea bangun pada pagi itu dan merasa tidak sihat. Dia menggagahkan dirinya juga untuk bangun pergi ke kamar mandi.

Setelah selesai mandi, Qasif Nursofea merasa diriya lebih segar dan kini bersiap untuk pergi ke hospital demi menjalankan tugas.

“Non,selamat pagi,” ucap, Riyanti yang melihat majikannya telah turun dari tingkat atas.“Selamat pagi. Riyanti, bekalkan saya air kosong dan jangan lupa potong lemon dan masukkan ke dalam air minuman tu nanti,” pinta, Qasif Nursofea.

 

Seperti kebiasaannya, Qasif Nursofea akan memarkir kereta di dalam kawasan khas yang disediakan oleh pihak hospital. Mula keluar dari dalam perut kereta dan mencapai beg komputer riba berserta tas tangan yang dibawa bersama. “Doktor Sofea”Qasif Nursofea menoleh ke arah suara yang menegurnya. Kelihatan seorang lelaki memegang sejambak bunga mawar merah lantas diberikan kepadanya.

“Untuk saya?,” tanya akan dirinya kepada lelaki itu. “Ye, untuk doktor,” jawab lelaki itu lagi. “Tapi… dari siapa ye?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Saya tak tahu.Tugas saya cuma menghantar bunga” Qasif Nursofea memahami tugas lelaki itu sebagai penghantar bunga dan tidak bertanyakan hal itu lagi.

“Mungkin dari abang. Tetapi… kenapa roses?,” tanya akan dirinya kehairanan disaat mencium kuntuman bunga mawar tersebut. Qasif Nursofea sangat mengerti bahawa, Muhammad Ashariff akan memberikannya sejambak bunga tulip dan bukannya ros seperti yang diterimanya ini.

QasifNursofea mengambil kad kecil yang diselitkan di dalam jambangan bunga ros itu.Membuka sampul surat kecil berwarna merah jambu. “Hakimi??!!,” Qasif Nursofea mencampakkan bunga yang dipegangnya itu selepas membaca nama pengirim pada kad tersebut.

Hakimi ketawa sendirian di dalam kereta melihat reaksi, Qasif Nursofea. Hakimi memandu kereta mendekati dengan wanita yang digilainya itu. Qasif Nursofea melihat kereta Toyota Caldina dan mendapati kenderaan tersebut adalah sama ketika dia beradadi rumah, Muhammad Ashariff tempoh hari.

Qasif Nursofea memerhati cermin gelap kereta di hadapannya. Tingkap kereta itu dibuka dan terpandang akan wajah, Hakimi. Qasif Nursofea merasa sangat takut. Gentar menyelubungi perasaannya kini. Hakimi keluar dari perut kereta. Hakimi memerhati sahaja wajah orang yang sangat dia cintai. “Sofea,” lembut sahaja sapaan, Hakimi. “Jangan kau sebut nama aku, Kimi!,” tempik, Qasif Nursofea.

“Oh,kenal lagi? Kenapa awak nak marah saya? Saya cuma nak tuntut mana janji awak,Fea,” kata, Hakimi sambil tersenyum. “Janji apa? Ha, janji apa? Aku tak pernah janji apa pun dengan kau! Baik kau pergi dari sini sebelum aku panggil pengawal! Pergi!” Hakimi tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh, Qasif Nursofea.

“Aku cakap pergi! Pergi!,” tempik, Qasif Nursofea lagi tanpa menghiraukan sesiapa yang berada di situ. Hakimi meninggalkan, Qasif Nursofea di situ kerana melihat dua orang pengawal keselamatan berjalan menuju datang ke tempat mereka.

 

“Mengandung??,”Hakimi yang kini melangkah kaki memasuki ruang tempat kerja terdengar perbualanantara, Muhammad Ashariff bersama, Fikri serta rakan-rakanya yang lain.

“Tak lama lagi jadi bapaklah kau, Riff! Welcometo my club,” kata, Fikri kepada, Muhammad Ashariff. Rakan yang lain hanya ketawa mendengar percakapan, Fikri.

“Mengandung?Sofea mengandung??!!,” berita yang didengari, Hakimi menjadi begitu emosi buat dirinya. Hakimi menghempas kuat pen yang dipegang.

Mereka yang berada di dalam makmal hanya memerhati tingkah laku, Hakimi. “Datang bulan tu gamaknya,” kata seorang rakan yang lain dan membuatkan ketawa mereka semakin kuat.

Hakimi keluar meningggalkan makmal dan naik ke tingkat atas menggunakan lif. Sedang pintu lif terbuka dengan sendirinya, Hakimi terlihat akan kelibat, Fiza. “Fiza??!!,”Hakimi menarik tangan, Fiza dan menuju ke belakang pintu kecemasan. “Apa ni??!!Nanti orang lain nampak macam mana?!,” marah, Fiza kini.

“Argh…!!Peduli apa aku dengan orang lain! Kau tahu tak, Sofea dah mengandung?!,” Hakimi memberitahu, Fiza. Fiza terkejut dengan apa yang didengarinya kini.

“Mengandung??,”soal, Fiza kembali. “Iye…! Mengandung! Jadi… kau nak tunggu tengok dia orang ada budak kecik pulak ke?? Ke… kau nak tunggu dia orang ada anak berderet barukau buat kerja kau!!,” Hakimi terus melenting dan menanti jawapan, Fiza.

“Yang kau diam apahal? Kau tahu tak… kalau dia orang ada anak… kerja kita makin jadi rumit! Anak tu nanti akan jadi penghalang! Kau tahu tak sengal??!” Fiza mendengar kata-kata, Hakimi dan memahami.

“Apa yang perlu kita buat?,” tanya, Fiza. “Kau tanya aku apa yang nak kena buat??”Hakimi geram. “Gugur!!” Fiza terkejut dengan apa yang diungkapkan oleh, Hakimi.

You nak suruh I bunuh dia ke? I taknak!I takut nak buat macam tu! Takpasal-pasal I merengkok dalam penjara!,” kata, Fiza yang mula membangkang cara, Hakimi.

“Kalau aku suruh bunuh… kau dengan aku dapat apa??! Penjara tu yang kau akan dapat!! Sekarang kau rapat dengan mak dia kan? Kau lupa?” Fiza dan Hakimi terus berbincang di situ. Perbincangan jahat mereka itu tidak dapat dihidu oleh orang lain.

Sudah menjadi kebiasaan selepas sahaja pulang dari kerja, Fiza akan berkunjung kerumah, Mak Zainab. Fiza yang turut tinggal di Kuala Terengganu akan berulang-alik dari tempat kerja yang memakan masa hampir 2 jam. Perjalanan yang jauh tidak dirasakannya kerana, selain daripada untuk pulang ke kediamanya, dia juga ada agenda lain untuk terus menjadi kenalan rapat dengan, Mak Zainab. Mak Zainab juga semakin rapat dan senang dengan sikap, Fiza.

“Marilah masuk dalam rumah dulu,” pelawa, Mak Zainab apabila menyambut kedatangan, Fiza.“Takpelah mak cik. Fiza datang sini pun sebab… Ashariff lah selalu pesan dengan,Fiza suruh tengok-tengokkan mak cik dengan pak cik,” Fiza mula mendongengkan cerita.

“Oh yeke? Ala… datang je selalu dekat rumah mak cik ni. Tak payah tunggu, Ashariff suruh baru, Fiza nak datang. Nanti kalau, Fiza tak sibuk… bolehlah kita keluar pergi mana-mana,” cadang, Mak Zainab.

Kak long melihat dari dalam rumahnya melihat kelibat, Fiza yang sering datang berjumpa dengan, Mak Zainab. Kedatangan, Fiza juga disambut baik oleh ibu mertuanya iaitu Mak Zainab.

 

Previous: Bab 73
Next: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia