Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 51

“Mak,pengantin baru kita dah sampai tu ha!” pekik, kak long memberitahu, Mak Zainab setelah melehat kereta, Muhammad Ashariff yang telah berkunjung tiba di halaman rumah.Ketika itu, Mak Zainab sedang sibuk membuat persediaan untuk majlis menyambut menantu pada esok hari.

“Abang,ramainya orang Segannya, Fea,”  rungut,Qasif Nursofea yang melihat suasana meriah di hadapan rumah mentuanya yang sedang sibuk membuat persiapan kenduri kahwin. Ada diantaranya sedang memasang khemah danada juga yang sedang sibuk memotong bahan-bahan masakan. Terpandang akan, Qasif Nursofea pula pada sekumpulan wanita yang sedang sibuk membuat kerisik dan juga mengacau dodol.

“Tak payah seganlah. Macam inilah adat tradisi masyarakat kampung kalau nak buat kenduri kahwin. Fea, tak pernah tengok lagi, kan?,” cerita, Muhammad Ashariff.

Tanpa berlengah lagi, mereka berdua kini berjalan menuju ke kelibat orang ramai yang terdiri daripada masyarakat kampung yang sedang sibuk membuat persiapan kenduri kahwin.

“Fea,pergi masuk rumah, kak long. Duduk dalam bilik depan tu. Lagi tak kenduri dekat rumah ni, Fea tak boleh buat apa pun kerja dan tak boleh tidur dekat rumah nitau!,” pesan, kak long yang masih memegang adat tradisi di situ.

“Oh yeke, kak?,” tanya, Qasif Nursofea yang sedikit kehairanan. “Ye. Macam tu lah adat dekat kampung,” jawab, kak long.

Malam ini, Qasif Nursofea dipakaikan lagi inai buat kali kedua. Malam itu rumah orang tua,Muhammad Ashariff sungguh meriah dengan disediakan makanan seperti daging bakar serta ayam bakar.

Qasif Nursofea juga melihat ramai anak dara kampung itu sedang sibuk membantu di rumah mentuanya dengan memasukkan gula-gula serta bunga telur ke dalam beg kertas.Juga, kuih muih turut di masukkan ke dalam beg kertas yang akan diberikan untuk para tetamu.

Sekumpulan lelaki juga turut diundang untuk berzanji dan marhaban. Sungguh sedap marhaban yang disampaikan oleh kumpulan lelaki tersebut.

Sampailah hari yang ditunggu-tunggu kini. Majlis sambut menantu di kediaman ibubapa,Muhammad Ashariff berjalan dengan penuh gilang gemilang. Kadangkala, terdengar bunyian tembakan meriam buluh dan kadangkala pula terdengar akan suara-suara yang melatah.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff di dandan sungguh cantik dan segak. Disediakan juga dengan pelamin dan adat menepung tawar. Hanya kehadiran keluarga sertateman-teman, Muhammad Ashariff yang jelas kelihatan. Tiada kehadiran keluarga,Qasif Nursofea. Kehadiran hanyalah pada sahabat handainya sahaja.

Kadangkala letih juga untuk kak long, Mak Zainab serta Pak Mullia untuk menjawab bahawa,Qasif Nursofea tidak mempunyai keluarga yang lain.

“Sayang,dah dekat maghrib ni. Pergilah mandi lepastu pakai baju kurung,” suruh, Muhammad Ashariff. “Kenapa kena pakai baju kurung? Ada majlis lagi ke kejap lagi?” tanya,Qasif Nursofea yang masih berdiri di sebelah, Muhammad Ashariff.

“Tak…takde majlis dah. Cuma… adik beradik lain, sepupu-sepapat dan  mak saudara, abang tak balik lagi. Dia orang selalunya lewat malam baru balik. Dah pergi mandi dan sembahyang lepastu pakai baju kurung” Qasif Nursofea terus mengatur langkah menuju masuk ke dalam rumah senibina kampung itu.

QasifNursofea, kini telah selesai menunaikan solat. Bangun akan dirinya untuk melipat kembali sejadah dan kain telekung. Qasif Nursofea memakai baju kurung berwarna biru cair. Kini, Muhammad Ashariff melangkah masuk ke dalam bilik itujuga.

“Cantiknya isteri abang” Qasif Nursofea menoleh kepada lelaki yang memujinya. “Cantik je?,”Qasif Nursofea bertanya dalam nada gurauan. Muhammad Ashariff berjalan mendapatkan isterinya dan memeluk pinggang wanita tersebut dari arah belakang.

Muhammad Ashariff membisikkan kata-kata di telinga isterinya dengan nada lembut.“Cantik… cerdik… dan…” “Dan?? Dan Apa?,” Qasif Nursofea bertanyakan lagi memandangkan suaminya itu telah berhenti dari berkata. “Dan… busuk!,” usik,Muhammad Ashariff. “Eiiii… haa!!,” Qasif Nursofea mula mencubit perut, Muhammad Ashariff dengan sedikit tawa.

 

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff kini turun bersama menuju ke ruang tamu tingkat bawah untuk berjumpa dengan saudara mara. “Ha… turun pun pengantin!,” tegur salah seorang wanita yang turut berada di situ.

“Turun…apa pulak yang tak turunnya,” jawab, Muhammad Ashariff yang kenal akan wanita tersebut yang merupakan ibu saudaranya. Muhammad Ashariff memperkenalkan kepada isteri seorang demi seorang saudaranya, yang juga pernah berkunjung di rumah isterinyaitu di, Damansara.

Honeymoon? Belum terfikir lagi. Nanti-nantilahkot. Lagipun, Fea kena masuk kerja dah,” jawab, Muhammad Ashariff pada pertanyaan saudaranya yang lain.

Qasif Nursofea juga turut berbual dengan saudara mara yang lain. Kadangkala terdengar gelak tawa dan sebagainya pada perbualan mereka di dalam rumah, Mak Zainab danPak Mullia.

 

 

 

Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia