Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 22

Muhammad Ashariff berlari memasuki ke dalam makmal petroleum tempatnya bertugas. “Oi!! Ingat cuti lagi hari ni?!,” tegur, Fikri yang melihat, Muhammad Ashariff masuk bertugas lewat dari hari kebiasaannya.

“Ala…kau! Asal aku lambat je banyaklah kau punya cuti. Aku pergi hantar, Fea. Itu yang lambat,” jawab, Muhammad Ashariff yang sedikit mengah kerana berlari. “Ingatdah tak jadi hantar,” kata, Fikri lagi.

“Aku dengar Fea, Fea, awek mana tu?,” tegur, Hakimi pada mereka berdua. Hakimi juga turut bertugas bersama mereka.

“Lambatnyaenjin kau!,” jawab, Fikri kepada sapaan, Hakimi. “Apasal? Kau dah nak kahwin lagi satu ke, bro?,” tanya, Hakimi bersahaja kepada, Fikri. “Bukan aku bro!Ni… si mamat sebelah aku ni ha!,” jawab, Fikri lagi sambil  menunjuk ke arah, Muhammad Ashariff.

Hakimi terus menarik kerusi menuju tempat duduk, Muhammad Ashariff. “Wah! Tak sangka aku! Akhirnya mamat yang diidamkan oleh gadis dekat sini dah nak kahwin. Oi! Dengan siapa? Minah sini ker?,” tanya Hakimi lagi yang ingin tahu.

“Tak mainlah minah sini! Kau boleh la! Makan satu dah taknak cuci! Pakai campak je!,”balas, Muhammad Ashariff yang amat tahu akan sikap kaki perempuan, Hakimi.

“Kita ni, orang lelaki kena bijak memilih! Takkan kau nak buah kelapa yang dah buruk?!Kesan makan dek orang lain!,” jawab, Hakimi pada kenyataan, Muhammad Ashariff.

“Sebab itulah kau membujang sampai sekarang!!,” kini, Fikri pula membalas. Fikri memang tidak senang dengan sikap teman sekerjanya, Hakimi.

Hakimi kini meninggalkan mereka untuk menaiki tempat penyedutan petroleum. Kini hanya tinggal, Muhammad Ashariff bersama Fikri. “Fikri,” panggil, Muhammad Ashariff.“Erm, apahal?,” jawab, Fikri yang kini sibuk menyemak kertas kerjanya. “Aku dahnak bertunang ni”, beritahu akan, Muhammad Ashariff.

Perkhabaran, Muhammad Ashariff itu memeranjatkan, Fikri. Manakan tidak, Muhammad Ashariff sebelum ini tidak mempunyai teman wanita melainkan, Qasif Nursofea yang baru dia kenali.

“Dengan,Qasif Sofea??” Muhammad Ashariff mengangguk. “Fuyoo… biar betul! Ribut takde,petir takde… tup,tup, dah nak kahwin! Bila?,” tanya, Fikri yang sangat teruja.

“Isyh! Aku baru nak bertunang! Bukannya nak kahwin lagi. Yang kau terkejut beruk sangat ni apahal??,” soal, Muhammad Ashariff kepada Fikri. “Mananya aku tak terkejut! Setahu aku, ingat kau dah break! Mana tidaknya lepas, Fea hantar kau balik, KT mana korang ada jumpa lagi kan??,” kata,Fikri.

“Itu semua tak penting. Yang penting sekarang ni aku nak mintak tolong kau,” kata, MuhammadAshariff bersungguh-sungguh.

“kenapa? Sofea mengandung ke??” tiba-tiba sahaja, Fikri mendapat tamparan kuat di bahu kirinya.

“Kau ni kan! Semaklah aku! Takkanlah aku nak buat benda terkutuk tu! Agaklah sikit kau ni!,”  Muhammad Ashariff bingkas bangun untuk memeriksa kertas kerja yang telah siap dicetak. “Dah cara kau cakaptu. Naik gerun aku. Ha… apa bendanya kau nak aku tolong?,” tanya Fikri lagi.

Muhammad Ashariff bercerita kini dengan harapan, Fikri akan dapat memahami situasimereka. “Sebenarnya ada masalah sikit dengan, si Sofea ni. Kau tahu, kan yang dia dah takde, mak bapak? Dan sekarang ni aku risau kalau, abang dengan kakak dia taknak wakilkan dia bagi pihak perempuan. Masak aku nak cakap dengan, mak bapak aku. Aku, kalau boleh… aku nak kau dengan bini kau, Kak Nur wakilkan disebelah pihak Fea”. Ha, kau faham tak?,” tanya, Muhammad Ashariff selepas memberitahu perkara sebenar.

Fikri masih berfikir. “Habis tu? Takkanlah adik-beradik dia taknak tolong? Habis tusepupu sepapat dia yang lain mana?,” tanya, Fikri kehairanan kerana dia tidak pernah mengenali secara lebih dekat tentang siapa, Qasif Nursofea yang sebenar.

Muhammad Ashariff terus menjawab pertanyaan Fikri. “Masalah sekarang arwah babah dia anak tunggal. Then… dah takde adik-beradik lain. Arwah mama dia pulak muaalaf. So keluarga dia memang tak pernah restu perkahwinan mak bapak dia. Sebab itulah dia takde saudara”.

“Oh,macam tu. Aku ni pernahlah jugak handle adik aku punya majlis. Tapi itu dah lama. Aku risau jugak samada aku boleh buat yang terbaik ataupun tidak,” jawab, Fikri risau.

“Takpe, itu lain kira. Lagi pun kau nak berdepan dengan mak bapak aku je. Aku pun nak dapat confirmation dulu dari, Fea tentang adik-beradik dia tu,” terang, Muhammad Ashariff.

“Bagi aku, Riff seeloknya kalau boleh adik-beradik kandung dia kenalah datang. Aku bukannya apa, aku taknak tengok benda lain pulak yang jadi. Kau faham tak maksud aku?,” Nasihat, Fikri kepada, Muhammad Ashariff yang kini sedikit termenung.“Aku faham,” jawab, Muhammad Ashariff ringkas.

 

Tiba masa untuk berehat. Muhammad Ashariff dan Fikri pergi ke kafeteria kawasan tempat mereka bertugas. Muhammad Ashariff tidak menjamah apa-apa makanan tetapihanya mengambil minuman.

“Hey! Apalah kau ni! Orang lain nak bertunang happy! Yang kau ni pulak, lain jadinya! Apa yang kau fikir?,” Fikri mengejutkan,Muhammad Ashariff daripada lamunan.

“Taklah! Aku bukan apa, banyak lagi yang aku harus explore tentang diri dia. Lepas tu sikit demi sikit aku tahu cerita tentang dia. Kadang aku bingung jugak,” jawab, Muhammad Ashariff kepada, Fikri. Muhammad Asharifftidak teragak-agak untuk menceritakan apa yang dirasakan olehnya kerana segala masalah mereka hampir dikongsi bersama. Fikri merupakan seorang sahabat yangsangat baik dan jujur.

“Apa yang kau nak pening? Kita ni, bila kita dah bersedia untuk menjadikan dia tu adalah sebahagian dari hidup kita, kita kena terima baik buruk orang tu. Kau dah pilih jalan ni, so segala hutan rimba, onak duri, kau kena redah. Percayalah! Perasaan kau tu tak akan pernah berbohong! Senang cerita, kau tengok mak bapak kau. Tengok orang tua yang lain. Diorang kahwin dulunya pun, diorang tak pernah kenal antara satu sama lain. Tapi tengok? Bahagia sampai sekarang. Lagipun, Riff orang yang bercinta bertahun bagai nakrak pun, bila kahwin ada yang bercerai berai jugak. Dahlah jangan nak difikirkan sangatlah!”. Fikri menasihati sahabat baiknya.

“Ashariff,nanti naik dekat office kejap,” pesan,Fiza selepas melihat, Muhammad Ashariff kembali masuk untuk menjalankan tugasannya semula.

“Kenapa,Fiza?,” tanya, Muhammad Ashariff yang kurang selesa dengan sikap, Fiza yang terlalu berterus terang tentang perasaanya. “Ala, naik jelah. Bukan nak rugi apa pun. I nak bagi jadual baru dekat you,” jawab, Fiza bersahaja.

Gadis tinggi lampai yang lengkap bertudung itu memang menyimpan perasaan terhadap, Muhammad Ashariff. “Yelah, nanti aku naik,” jawab, Muhammad Ashariff.

“Ha! Kalau perempuan yang macam tu, lainlah kalau kau nak pikir panjang! Bekas,Hakimi! Usung sana, usung sini. Tup, tup, kena tinggal! Dah tu buat muka takbersalah! Tackle kau pulak!,” tiba-tiba,Fikri bersuara selepas, Fiza mula meninggalkan mereka.

“Siapalah yang nakkan, si Fiza tu? Kalau dilelong dekat pasar belum tentu orang beli,” Muhammad Ashariff hanya tersenyum sambil membalas percakapan, Fikri. Mereka sama-sama ketawa.

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia