Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 75

“Dengar cerita… Sofea dah mengandung ye?,” tanya, Fiza yang terus mahu mencari helah.“Ye,” Mak Zainab menjawab ringkas. “Dah berapa bulan mak cik?,” tanya, Fizalagi. “Entahlah. Malas mak cik nak ambik tahu,” jawab, Mak Zainab yang kurang senang apabila nama, Qasif Nursofea menjai topik perbulan. “Kan… itu cucu makcik,” Fiza akan terus membuat emosi, Mak Zainab terganggu, seperti mencurah minyak ke dalam api.

“Sebenarnya,mak cik malas nak ambil tahu. Tapi… bila memikir pasal, Ashariff… mak cik rasa serba salah,” luah, Mak Zainab. “Orang tua ni dah ubah fikiran ke??,” bercakap,Fiza sendiri.

“Apa?,”tanya, Mak Zainab seolah mendengar, Fiza bersuara. “Eh takde apa,” Fiza menarik nafas lega. “Tapi… Ashariff tu lelaki mak cik. Dia boleh kahwin lebih darisatu. Apa salahnya kalau mak cik pilih menantu yang mak cik suka? Dia pun mampukan? Lagipun… dia sebagai anak… takkanlah sanggup hampakan permintaan ibu dia”Mak Zainab memandang, Fiza yang duduk di hadapannya.

“Kamu nak kahwin dengan anak mak cik?,” soalan, Mak Zainab memeranjatkan, Fiza.“Tapi?” Fiza hanya memilih untuk diam dari terus bersuara. “Tapi apa? Mak cik suka sangat dengan kamu. Kalaulah, Ashariff mahukan kamu… mak cik tak menghalang.Kalau kamu dapat bagi mak cik cucu… mak cik lagi suka! Bukan macam dia tu! Tak tahu asal keturunan dia datang daripada mana nak bagi cucu dekat kita orang kononya!” Fiza merasa gembira dengan apa yang diungkapkan oleh, Mak Zainab ketika ini.

                                                       

Qasif Nursofea memandu kenderaan untuk pulang ke rumah setelah selesai bertugas. “Dah lama aku tak balik KL. Aku rasa… nanti kena ajak abang balik jenguk rumah danjugak office. Herm… banyaknya benda yang nak kena fikir,” rungut, Qasif Nursofea seorang diri ketika sedang  memandu pulang.

Kereta,Hakimi kini melintas di hadapan kenderaan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea sangat mengenali bahawa itu adalah kereta, Hakimi. Dia cuba memandu kereta dengan laju untuk kaburkan penglihatan, Hakimi. Tetapi gagal. Hakimi sangat handal memandu dan dapat menghalang kereta yang dipandu oleh, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea keluar daripada perut kereta dan memerhati wajah, Hakimi dengan penuh kebencian. Hakimi mendekatkan dirinya dengan, Qasif Nursofea. “Apa kau nak dari aku? Kau takde kerja lain ke nak buat selain daripada ganggu hidup orang?!,” marah,Qasif Nursofea yang berada di bahu jalan bersama, Hakimi .

“Saya sanggup hilang semua melainkan awak, Fea,” kata, Hakimi dengan nada lembut.“Kau memang gilalah!,” Qasif Nursofea menolak, Hakimi kuat dan mahu memasuki semula ke dalam kereta.

Pintu kereta, Qasif Nursofea direntap kuat, Hakimi. Qasif Nursofea tidak dapat meneruskan perbuatannya. Qasif Nursofea tidak berdaya menghalang, Hakimi kini.“Dah berapa bulan?,” tanya, Hakimi sambil memerhati perut, Qasif Nursofea yang masih kecil.

“Itu bukan urusan kau! Kau jangan ganggu hidup aku lagi boleh tak??!! Kau yang buat salah dengan aku, Hakimi! Bukan aku!!! Tapi… kau kejar aku macam aku yang buatsalah dengan kau!!,” air mata geram, Qasif Nursofea mengalir. Hakimi mahu mengesat lembut air mata, Qasif Nursofea tetapi dapat dielak.

“Kau tak takut ke, Kimi?? Kau kawan suami aku! Kau kerja satu bumbung dengan dia! Apa kata orang lain nanti! Pleaselet me go!  Kasihankan aku!,” Qasif Nursofea seakan merayu ingin, Hakimi melepaskan dia pergi.

Hakimi ketawa mendengar rayuan, Qasif Nursofea. “Awak merayu pada saya, Sofea?,” tanya,Hakimi sambil ketawa. “Aku sanggup melutut pada kau kalau itu menjadi syarat supaya berhenti daripada kau terus ganggu aku!” rintih, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea memandang, Hakimi dengan penuh rasa geram di hati.

“Sofea,awak tahu kan yang saya cintakan awak dari dulu! Dari zaman remaja kita! Tapiapa yang kau dah buat pada aku?! Kau malukan aku! Kau buat tak endah dengan aku! Kau bohong aku! Kau buat aku macam aku ni bukan manusia!,” tengking,Hakimi mengingatkan kembali apa yang pernah dilakukan, Qasif Nursofea.

“Kau ungkit benda yang lepas?! Ha?! Kau lupa ke apa yang kau pernah buat pada aku?!Kalau aku laporkan kepada polis waktu tu… kau tak akan hidup senang macam sekarang ni, Kimi!,” Qasif Nursofea berjaya kini untuk melangkah masuk ke dalam kereta semula.

Hakimi masih lagi dapat menahan pintu kereta, Qasif Nursofea dari ditutup rapat. Qasif Nursofea memerhati lagi wajah, Hakimi dengan penuh rasa geram. Tiada lagi perasaan takut yang menghantui dirinya kini.

“Hanya satu yang boleh hentikan aku dari terus ganggu hidup kau, Fea!,” ucap, Hakimi.“Apa? Herm? Apa yang kau nak?!,” tanya, Qasif Nursofea yang memandang tepat pada anak mata, Hakimi. “Berhenti mencintai, Ashariff!”.

Qasif Nursofea tersenyum mendengar kata-kata, Hakimi. “Sampai mati… aku cintakan dia!Sampai mati… aku bencikan kau!,” Qasif Nursofea menekan pedal minyak disaat,Hakimi tidak lagi menghalang pintu keretanya.

Hakimi melihat kereta, Qasif Nursofea menyusur pergi. Hakimi semakin geram apabila membayangi wajah, Muhammad Ashariff. Hakimi menendang tayar kereta miliknya.

 

Selepas berjumpa dengan, Hakimi tempoh hari, Qasif Nursofea tidak lagi mendapat gangguan daripada, Hakimi. Kini, Qasif Nursofea menanti kepulangan, Muhammad Ashariff pada setiap hujung minggu. Jika, Muhammad Ashariff harus bertugas pada hujung minggu itu, Qasif Nursofea yang akan pergi ke Kerteh bertemu dengan suamitercinta jika tiada halangan pada tugasan.

Apabila kenderaan, Muhammad Ashariff berkunjung tiba di perkarangan rumah, Qasif Nursofea akan menyambut kepulangan suaminya. “Macam mana baby daddy? Ada nakal tak dengan mummy?,” tanya, Muhammad Ashariff sambil mengusap lembut perut isterinya yang masih kecil.

Baby kita kecil lagilah sayang,” QasifNursofea merasa senang diperlakukan, Muhammad Ashariff sebegitu. “Tak sabarnyaabang nak tunggu dia lahir,” kata, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff kini berada bersama isterinya di perkarangan luar rumah menghirup udara angin segar. “Abang, jom kita balik KL! Nak tak balik sana kejap?,” ajak, Qasif Nursofea.

“Balik KL? Kenapa baru nak bagitahu? Lagipun, abang takkan setuju nak bawak, Fea jalan jauh! Fea baru jer pregnant. Tak boleh jalan jauh. Tunggu bagi kandungan tu besar sikit. Tunggu masa yang sesuai sikit… baru kita balik KL,” jawab, Muhammad Ashariff.

“Abang boleh je pindah kerja dekat KL kan? Apa kata kalau kita pindah terus… nak tak??”Muhammad Ashariff hairan dengan perubahan sikap isterinya, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff ketawa perlahan selepas mendengar cadangan isterinya. “Kenapa tiba-tiba pulak ni? Herm? Baby minta erk? Ke… sayang abang ni mengidam nak redah jalan jammed dekat KL tu?!,” tegur, Muhammad Ashariff terhadap perubahansikap isterinya.

“Abang,Fea cakap betul-betul ni bukan main-main! Fea nak kita pindah KL. Duduk rumah arwah mama dengan babah dekat, Damansara” Muhammad Ashariff melihat air muka,Qasif Nursofea yang serius mahukan mereka berpindah.

“Tetapi kenapa tiba-tiba je? Abang tak boleh nak tukar sesuka hati. Kena buat permohonan dulu. Itu pun kena take time. Itu pun…kalau permohonan abang diterima. Mustahillah dia orang nak lepaskan abang pergi cawangan KL. Dekat sini jurutera tak cukup sayang” Qasif Nursofea mendengar penjelasan, Muhammad Ashariff dan harapan untuk mereka berpindah dalam masa terdekat ini harus dilupakan olehnya.

Qasif Nursofea bangun dari bangku luar dan memilih untuk termenung sambil memeluk tubuh. “Kenapa ni? Cuba bagitahu abang. Fea ada masalah ke?,” Muhammad Ashariff cuba memujuk akan perubahan sikap isterinya.

Qasif Nursofea menggeleng. Qasif Nursofea mula mencari akal mahu bertanyakan sesuatu.“Abang, macam mana kalau abang tahu yang isteri abang pernah ada hubungandengan kawan abang?” Muhammad Ashariff terkedu dengan soalan, Qasif Nursofea.“Ini bukan betul-betul. Saje je, Fea nak tahu. Perkara ni berlaku dekat salah sorang patiens,  Fea”.

“Ini takde kena mengena dengan diri, Fea kan?,” bertanya pula, Muhammad Ashariff.“Tak! Tak! Fea tanya je,” jawab, Qasif Nursofea yang menanti apakah tindakan suaminya apabila mendapat tahu perkara yang disembunyikan oleh dirinya.

“Isteri abang ni doktor tulang ke, doktot sakit jiwa?,” kata-kata, Muhamaad Ashariff itu hanya melihatkan isterinya hanya mampu tersenyum.

“Kalau just bercinta tak apa kot. Kalau buat benda buka-bukan… tak boleh terima. Yes! Tak boleh terima! Cannot be accepted!”Qasif Nursofea terdiam mendengar jawapan suaminya itu. “Eh, dah lah! Apa pulak cakap pasal benda ni!” Qasif Nursofea menghadiahkan senyuman kelat mendengar suaminya kurang suka terhadap topik perbualan mereka. Bahu, Qasif Nursofea dirangkul erat, Muhammad Ashariff. Hati Qasif Nursofea semakin berat menakung bebanan masalah. Semakin berat menyimpan rahsia yang telah lama dia simpan.

 

Previous: Bab 74
Next: Bab 76

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia