Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 32

“Okey, minta semua keluar ye! Saya nak siapkan pengantin dulu. Dah siap nanti baru boleh tengok. Kalau tengok sekarang tak naik seri pulak,” pinta, Kak Murni yang mahu menyolek wajah, Qasif Nursofea di hari pertunangan.

Kedengaran bunyi kereta dari tingkat bawah. “Eh diorang dah sampai tu, Fea!,” beritahu, Kak Murni yang sedang menyolek wajah, Qasif Nursofea.

“Oh yeke kak? Ni kita tak siap lagi ni. Sempat tak?,” resah, Qasif Nursofea yang masih duduk pada kerusi dan menyandarkan kepala pada kepala kerusi untuk memudahkan proses menghias. “Takpe, dia orang nak borak-borak dulu lepastu baru,fea keluar.

Kini,Qasif Nursofea sudah selesai bersiap. Qasif Nursofea anggun mengenakan baju yang berwarna putih dihiasi dengan kain duchess satin serta beaded border lace serta ditambah pula dengan hiasan border lace.

Tudung yang diminta oleh, Qasif Nursofea, dipakaikan kemas oleh, Kak murni. Tudung yang digayakan oleh, Qasif Nursofea berasaskan off White dan dililit kemas serta ringkas. Serta, pemakaian tudung tadi dilengkapkan dengan riben dan sulaman. Mampu menyejukkan mata tat kala memandang wajahnya kini.

Nisa mengetuk pintu dari luar. Kak Murni membuka pintu tatkala di ketuk. “Kak, Fea dah siap belum? Diorang dah panggil suruh turun,” tanya, Nisa. Kak Murni menunjukkan arah tempat dirinya, Qasif Nursofea. Nisa seolah terpaku.

“Kau pakai tudung?? Alhamdulillah, Fea! Cantiknya!” Qasif Nursofea tersenyum sambil sengaja mengangkatkan keningnya kepada, Nisa. “Amacam cantik tak??,” tanya,Qasif Nursofea pada Nisa. Nisa mengangguk. Tidak alih pandangannya kini.

“Fea? Fea?,” kedengaran suara, Kak Nur pula memanggil dari luar bilik. “Ye kak kami dah nak turun,” jawab, Nisa pada panggilan, Kak Nur tadi.

“Eh kejap! Kejap! Duduk dulu,” pinta, Kak Nur. Kak Nur leka memandang, Qasif Nursofea.“Cantik,” puji, Kak Nur kepada Qasif Nursofea yang telah siap didandan rapi.“Siapa yang make up kak? Memanglah cantik,” jawab, Qasif Nursofea sambil memandang ke arah, Kak Murni.

“Alaa, orang tu memang dah cantik! Pakai apa pun cantik awak tu, Fea kalau dah sememangnya cantik!,”puji, Kak Murni pula.

“Eh, Dah! Dah! Kak Nur naik dekat atas ni sebab nak tanya mahar, Fea dengan wang hantarannya. Diorang tanya, Fea. So berapa?Nah tulis dekat sini,” Kak Nur menghulurkan sehelai kertas supaya, Qasif Nursofea menulis jumlah mas kahwin serta jumlah wang hantaran yang diminta. Qasif Nursofea mengambil kertas dan pen yang dihulurkan oleh, Kak Nur.

“Nah kak,” Qasif Nursofea memberikan kepada, Kak Nur. Kak Nur tidak melihat apa yang telah dituliskan oleh, Qasif Nursofea. Malah diambilnya kertas itu serta mengarahkan mereka supaya turun ke tingkat bawah.

Qasif Nursofea menuruni anak tangga rumah itu menuju ke tempat berkumpulnya keluarga,Muhammad Ashariff untuk menyuntingnya. Qasif Nursofea akhirnya menjejakkan kaki pada hiasan indah pelamin yang dihasilkan oleh kerja tangan butik, Kak Murni.

Muhammad Ashariff bagaikan terpesona dengan kecantikan, Qasif Nursofea. Malah, Muhammad Ashariff merasa bangga apabila melihat, Qasif Nursofea kini telah menutup aurat rambutnya. Semua hadirin seolah terpaku dan terpesona dengan kecantikan yang dimiliki, Qasif Nursofea ketika itu.

Hakimi memandang tepat pada wajah yang seakan dia kenali. “Dia? Adakah Dia?,” Hakimi seolah tidak kenali akan wajah, Qasif Nursofea iaitu wajah gadis yang dia sangat cintai sehingga kini. Dia mencari kepastian. Dicarinya sesuatu pada begcenderahati yang diperoleh. Mencari sesuatu setiap pada isian beg itu. “Engangement of Muhammad Ashariff Mullia& Qasif Nursofea Darwish”.  Akhirnya dia menemui satu ayat yang tertera akan nama mempelai yang dipinangkan.

“Sofea??!! Jahanam, kau Riff!! Macam mana kau boleh jumpa dia?!!,” ronta hati, Hakimi. “Hoi!”Ngomelan, Hakimi mati disitu disaat seorang rakannya mengejutkan lamunan. “Apa yang kau mengelamun? Cantikkan bakal bini, Ashariff tu” Hakimi hanya mengangguk.

“Baiklah,nampaknya pengantin kita pun dah turun. Jadi dekat tangan saya sekarang ni adalah mahar dan mas kahwin yang telah ditetapkan oleh pengantin perempuan,”ucap, Fikri yang mengetuai acara pertunangan di sebelah pihak, Qasif Nursofea.

“Berapa tu yang disyaratkan oleh pengantin perempuan kita?,” soal seorang lelaki yang mengetuai dari pihak, Muhammad Ashariff dan keluarganya. Setelah disoalkan barulah, Fiki membaca. Lantas, Fikri membuka lipatan kertas yang dipegangnya, lalu dialihkan pandangannya kepada, Qasif Nursofea yang segak duduk di atas pelaminan.

Fikri memandang, Qasif Nursofea seperti mahukan kepastian walaupun tidak menyebut dengan perkataan. Qasif Nursofea membalas renungan itu seolah menjawab pertanyaan, Fikri dengan kerdipan mata yang perlahan tanda mengiyakan.

“Bertuah sungguh bagi si pemilik bunga kami. Bukan sahaja cantik dan kembang mekar, malah sangat bertuah pada sesiapa yang memetiknya,” Fikri memulakan percakapan dengan disimpul manis. Fikri menyambung percakapnnya lagi. “Dengar baik-baik ye si pemetik bunga?”  Muhammad Ashariff mengangguk dengan senyuman serta getar di dada.

“Memohon mahar kahwinnya adalah” Semua yang hadir, serta yang berada di situ mengfokus tajam untuk mendengar apakah yang akan disampaikan daripada, Fikri.

“Sebuah kitab Al-Quran Nur Karim sebagai maharnya. Manakala hantarannya pula, diminta 30juzuk Al-Quran isian di dalamnya. Itu sahaja” Semua hadirin melafaskan legatetapi tidak pada, Muhammad Ashariff dan Hakimi.

“Jom!,”ajak, Hakimi kepada 4 orang rakannya. “Eh nantilah! Makan pun belum!,” jawab rakannya perlahan. Hakimi turut memperlahankan percakapannya. “Yang kau orang kebulur sangat ni kenapa?? Aku belanjalah makan nanti! Ke… kau orang nak aku tinggal je? Lupa datang dengan siapa??,” ugut, Hakimi kini. “Ye lah! kecohlah kau ni!” Mereka berjabat salam dengan hadirin termasuk, Muhammad Ashariff.

“Eh,tak tunggu makan dulu ke?,” tanya, Fikri kepada mereka. “Takpe, kami nak cepat ni,” Hakimi memandang ke arah, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea seakan kenal dengan renungan tersebut. Darahnya naik sehingga kepala. Terasa peluh seluruh tubuhnya.Getar dirasakan pada tubuhnya kini. Tetapi, Qasif Nursofea tidak menggagahkan dirinya untuk terus melihat. “Astaghfirullah! aku hanya salah pandang,” pujukhatinya kini.

“Yang kau ni berpeluh macam orang jogging ni apahal? Ada aircond pun tak sejuk lagike??,” tanya, Nisa yang melihat wajah sahabatnya itu dilimpahi peluh secara tiba-tiba.

Qasif Nursofea gagahkan juga untuk mendongak kepalanya lagi. Tetapi susuk tubuh serta pandangan mata itu telah hilang kini. Hembusnya lega. Qasif Nursofea hanya menganggap itu semua adalah ilusi mainan fikirannya.

Kini acara menyarung cicncin. Cincin itu disarungkan oleh, Mak Zainab sendiri.Selepas disarungkan cincin dijari runcing milik, Qasif Nursofea, lantas tangan,Mak Zainab dihulurkan serta dicium oleh bakal menantunya kini. Mak Zainab mencium pipi gebu, Qasif Nursofea dan secara tiba-tiba entah bagaimana, Qasif Nursofea boleh menangis dalam pelukan, Mak Zainab.

“Mak cik, terima kasih. Terima kasih sebab sudi ambil, Fea sebagi menantu dalam  keluarga mak cik” “Eh, kenapa ni?,” Mak Zainab menyapu air mata di pipi, Qasif Nursofea yang mengalir laju. “Mak… bukan mak cik.Kenapa nak menangis? Sepatutnya hari ni, kamu tak boleh menangis. Hari ni bukan hari sedih bagi kamu. Hari ni hari gembira untuk semua orang,” pujuk, MakZainab.

Muhammad Ashariff melihat air mata yang melimpahi wajah bakal isterinya. “baiklah. Para hadirin semua bolehlah bangun dan pergi ke meja makan yang telah disediakan ye?”Hadirin yang lain mula meninggalkan pelamin di hadapan mereka. Kini mereka menujuke meja makan.

Mak Zainab serta bakal menantunya masih di atas pelamin. “Mak pergilah makan dulu.Nanti kalau ada masa, kita borak lagi,” pelawa, Qasif Nursofea kepada, MakZainab.

“Sayang? Kenapa mahar itu yang diminta?,” Muhammad Ashariff mulai bersuara apabila dilihatnya tiada sesiapa lagi di situ.

“Kenapa?,”tanya tunang, Muhammad Ashariff. “Fea rasa abang tak mampu ke? Fea ingat abang takdeduit?,” jawab, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea memandang tepat pada wajah, Muhammad Ashariff. “Kenapa? Abang mampu memahami isian Al-Quran? Abang mampu menterjemahkan seluruh isian serta menulis ayat yang ada pada Al Quran? Herm? Tak mampukan?? Takde siapa pun yang layak diatas dunia ni melainkan di atas sana! Fea mintak itu semua sebab, imam yangpernah abang sebut pada, Fea!”.

Muhammad Ashariff seolah terpaku dengan kata-kata tunangnya. “Apakah dia membohongi aku tentang segalanya? Apakah, Sofea selama ini memang seorang yang patuh pada kehendak islam? Bukan seorang yang jahil pada agama?,” segalanya menjadi tanda tanyapada pemikiran, Muhammad Ashariff.

“Fea,bukan…” Kini, Qasif Nursofea memintas percakapan Tunangnya. “Memang, Fea taktahu apa-apa tentang agama islam. Fea jahil, dan masih jahil. Tetapi dengan sebutan abang untuk menjadi imam, Fea… Fea bersungguh mencari apakah pengertian imam kepada seorang perempuan? Sehingga, Fea seolah memahami pengertian islam.Walaupun, Fea jahil pada kehendak dan tuntutanNya,” Qasif Nursofea meninggalkan,Muhammad Ashariff di situ. Qasif Nursofea melangkah pergi ke arah meja makan yang telah terhidangnya makanan.

Qasif Nursofea melihat susuh tubuh yang asyik memerhatinya. Susuk tubuh itu milik, Muhammad Ashariff yang dari tadi memerhatinya. Qasif Nursofea kalah pada renungan insanyang sangat dicintainya itu. Dia juga melihat wajah, Muhammad Ashariff kini. Lelaki yang memakai kemaja putih dan seluar jeans berwarna hitam.

“Fea,kenapa kau tak ajak, Ashariff tu makan dekat meja sini?,” soal, Nisa. “Nak buat apa? Dia tu tunang aku! Bukannya suami. Nanti apa pulak kata orang lain,” jawab,Qasif Nursofea bersahaja.

“Tapi Handsome kan bakal laki kau? Haih,” keluh,Nisa. “Kau dapat semuanya handsome! Apa rahsia kau?,” tanya, Nisa. “Diam lah! Makan!,” marah, Qasif Nursofea kepada,Nisa yang mengganggunya kini.

Nisa dan hadirin lain membantu mereka menukarkan hantaran. Hantaran dari pihak, Qasif Nursofea ditukar dengan hantaran dari sebelah pihak bakal pengantin lelaki.

“Fikri,kau memang tahu ke pasal…” “Pasal mas kahwin?,” tanya, Fikri walaupun belum sempat dihabiskan bicara, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff mengangguk tanda mengiyakan.

“Kau kena bersyukurlah! Mana ada orang lain letak syarat macam tu. Kalau ada pun sikit je,” kata, Fikiri. “Tak, aku cuma nak tanya kau, kau memang dari awal lagi ke dah tahu semua ni?,” tanya, Muhammad Ashariff lagi kini.

Fikri mengangkat kedua-dua tangannya seperti orang yang mahu mengangkat sumpah. “Aku tak tahu! Memang aku tak tahu! Tadi pun, aku terkejut! Aku tak tahulah pulak dengan, Kak Nur kau. Mungkin dia tahu. Yang kau pun satu! Yang kau tak bincang dulu dengan, Sofea apa pasal??”.

Muhammad Ashariff mula menyapu wajahnya dengan kedua telapak tangan. “Aku tak sangka lah pulak macam ni. Aku dah standby tau duit hantaran bagai”.

Fikri menyentuh perlahan pada bahu, Muhammad Ashariff beberapa kali. “Simpan duit tu bro! Bukan nak rugi apa pun! Okeylah,”Fikri hanya meninggalkan, Muhammad Ashariff yang masih duduk pada kerusi dimana tempat dihidangkan makanan.

Kini,Muhammad Ashariff serta yang lain mula meninggalkan rumah mewah itu. Rumah itu kian kosong. Kini hanya tinggal keluarga, Fikri serta, Nisa dan juga, Riyanti yang kini sedang sibuk mengemas rumah. Mereka duduk rehat di sofa mewah diruang tamu.

“Darwish,pergilah ambil coklat dekat situ. Buah pun ada,” pelawa, Qasif Nursofea kepada anak kecil itu. “Akak tak sangka, Fea mintak itu je,” kata Kak Nur memulakan bicara di situ.

“Ye kak. Bagi, Fea tak ada yang paling berharga melainkan kitab tu,” jawabnya bersahaja. “Tapi, Fea, aku tengok muka, Ashariff tu macam tak puas hati je,”kata Nisa pula. “Nisa, Ashariff bukan tak puas hati sebab permintaan, Fea. cuma dia macam terkejutlah. Sedangkan, Fea tak pernah bincang dengan dia,” jampuk,Fikri.

Qasif Nursofea kini mula menanggalkan hiasan di bahagian kepalanya. “Dia kena faham kenapa, Fea minta itu semua. Bukan harga diri, Fea setanding kitab suci tu.Tapi bagi Fea, tak ada yang lebih bernilai setanding kitab tu, dan tak ada yanglebih berharga setanding Al-Quran. Lagipun perkahwinan adalah sama maksud dengan kita membina masjid, kan?” Nisa mengangguk mengiyakan dan dapat dilihat oleh, Qasif Nursofea. “Sebab tu, Fea minta Al-Quran. Membina masjid dan isinya adalah Al-Quran. Bukan isinya nilai wang ringgit. Pada hati, Fea ni… nak sangat dia hargai, Fea. Maksudnya, dengan dia membaca Al-Quran… adalah salah satu simbolik cinta kami”.

Fikri merakam akan kata-kata bicara, Qasif Nursofea dengan telefon bimbitnya tanpa disedari oleh yang lain. “Abang tak boleh nak masuk campur. Tentang ini semua.Fea kena jelaskan sendiri pada, Ashariff” Qasif Nursofea hanya mengangguk setuju mendengar nasihat, Fikri.

 

Muhammad Ashariff kini bergerak pulang bersama dengan keluarganya yang lain. “Lega lah kamu, Riff tak payah nak cari duit untuk himpun duit hantaran,” kata, MakZainab.

“Ye lah,mak mestilah suka dengar, Fea minta tu je”, jawab, Muhammad Ashariff pada teguran ibunya. “Apa pulak? Mak ni tak kisah pun berapa yang, Fea minta. Yang mak kisah pasal…”.

“Dah mak, dah! Taknak dengar dah pasal tu semua,” bantah, Muhammad Ashariff yang mengetuai pemanduan kepada 5 buah kereta keluarganya yang turut sama mengikuti majlis pertunangan itu.

Deringan telefon bimbit, Muhammad Ashariff berbunyi bahawa ada yang menghantar pesanan kepadanya. Lantas dibukanya pada sistem pesanan ringkas whatsapp. Didapati rakaman suara yang dihantar oleh, Fikri. Muhammad Ashariff membuka dan mendegar melalui alat telefon yang dipasang pada telinga. Muhammad Ashariff terkesima dengan apa yang didengarinya kini.

 

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia