Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 86

Setelah selesai tugasan di tempat kerja, Qasif Nursofea memandu kereta menuju ke kampung halaman, Utazah Mariam di negeri, Perak darul Ridzuan. Sedang, Qasif Nursofea melihat sistem pemandu arah akhirnya malam itu, Qasif Nursofea sampai dihadapan rumah, Ustazah Mariam.

Lokman melihat kereta yang tiba di hadapan rumah. Lokman memerhati pemandu kereta mercedec sport. Apabila diamati terlihat, Qasif Nursofea yang segak berbaju kurung kuning cair serta tudung yang sepadan keluar dari perut kereta itu.

“Assalamualaikum?,”Qasif Nursofea memberi salam kepada lelaki di hadapannya. Lokman menghadiahkan senyuman manis menampakkan gigi yang tersusun cantik.

“Fea sorang je ke? Mana suami? Ashariff tak datang? Anak?,” tanya, Lokman dengan panjang lebar kerana tidak mengetahui apa yang telah berlaku pada wanita cantik dihadapannya kini.

“Astaghfirullah…maaf… kami tak tahu yang, Fea jadi macam ni,” kata Lokman setelah mendengar cerita daripada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea yang tiba awal sehari sebelum adanya kenduri menceritakan segala apa yang telah berlaku kepada, Ustazah Mariam dananak lelakinya, Lokman.

Ustazah Mariam kini membahasakan dirinya sebagai ibu kepada, Qasif Nursofea. Ustazah Mariam merasa sayang akan, Qasif Nursofea semenjak dia mengajar ilmu agama.

 

Kenduri di rumah ustazah Mariam berjalan lancar seperti yang telah dirangcangkan.Ustazah Mariam mengadakan kenduri arwah serta menjemput kesemua anak muridnya.

Qasif Nursofea mencuci pinggan mangkuk di sinking dapur rumah batu sederhana besar milik arwah ibu bapa, Ustazah Mariam. Pinggan yang dicuci tidaklah banyak kerana, Ustazah Mariam mengadakan kenduri secara buffet dan ditempah makanannya kepada pihak ketering.

“Tak payahlah cuci pinggan-pingga tu. Kotor baju tu nanti. Bagi saya je buat,” Qasif Nursofea melihat ke arah seseorang yang menegurnya. “Tak banyak mana pun,Lokman,” jawab, Qasif Nursofea dengan senyuman. “Meh saya tolong,” Lokman memulas tombol paip air di sinking. Qasif Nursofea mencuci pinggan menggunakan sabun dan diberikan kepada, Lokman untuk membilas dengan air bersih.

Ustazah Mariam memerhati, Lokman yang menolong, Qasif Nursofea di dapur. “Sesuai aku tengok dia orang  ni,” bercakap, Ustazah Mariamseorang diri.

How your business? Okay?,” tanya, Lokman. “Sofar so good! Ala… sambung kerja arwah babah. Takdelah susak sangat.Lagipun… ada banyak pekerja yang boleh bagi tunjuk ajar,” jawab, Qasif Nursofea.

“Awak pulak macam mana? Takde yang sangkut lagi ke?,” tanya, Qasif Nursofea bersahaja. Soalan itu menghadirkan ketawa pada, Lokman.

“Takdelah!Takde jodoh lagi gamaknya,” jawab, Lokman sambil membersihkan pinggan dengan air bersih.

“Ke…orang tu memilih sangat? Yelah… takkan takde seorang pun yang sangkut? Banyak guest kan? Guest keluar masuk, keluar masuk hari-hari dekat hotel tu” tanya,Qasif Nursofea sambil ketawa perlahan. “Kalau banyak yang masuk… masuk angin keluar asap nak buat apa kan?” Qasif Nursofea ketawa mendengar ucapan, Lokmanyang dirasakan kelakar.

Kini,Qasif Nursofea bersama, Lokman serta Ustazah Mariam menikmati makan malam bersama. Hanya mereka bertiga di rumah peninggalan arwah ibubapa, Ustazah Mariam.

“Sofea selalu-selalulah datang sini. Lagipun… ibu tinggal sorang-sorang je. Lokman pulak asyik busy je!,” pelawa,Ustazah Mariam yang melihat akan wajah, Qasif Nursofea yang duduk di hadapannya.

“Insya Allah, ibu. Kalau takde apa-apa halangan bolehlah, Fea datang jenguk ibu dekat sini,”jawab, Qasif Nursofea sambil mengukir senyuman di bibir.

“Kalau,Sofea jadi betul-betul anak ibu nak tak?,” Lokman mahu sahaja tersedak dari makan. Qasif Nursofea masih lagi tidak dapat menyangkal apa yang dimaksudkan oleh,Ustazah Mariam.

“Ibu…apa ni?,” tanya, Lokman lembut. Qasif Nursofea kini memahami maksud, Ustazah Mariam sebentar tadi. Qasif Nursofea ketawa kecil. “Ibu, takpe… nanti kita sama-sama carikan anak teruna ibu ni isteri” Ustazah Mariam ketawa mendengar apa yang telah, Qasif Nursofea ungkapkan.

 

Muhammad Ashariff sedang duduk di buaian besi menunggu, Fiza pulang. Terlihat kini cahaya lampu kereta, Fiza masuk ke halaman rumah orang tuanya. “Pergi mana? Waktu sekarang baru nak balik?,” tanya, Muhammad Ashariff apabila melihat, Fiza mahu masuk ke dalam rumah.

“Baru nak tanya isteri pergi mana? Dari mana? Sebelum ni tak pernah pulak nak tanya!,”Fiza bengang dengan, Muhammad Ashariff. “Esok aku kerja! Kau pun kerja kan?! Pergi asing-asing! Tak tahu pukul berapa aku nak balik!,” beritahu, Muhammad Ashariff tegas.

“Kenapa kita tak duduk je rumah awak dekat Kerteh tu? Takdelah kita nak kena berulang jauh-jauh! Lagipun… saya bosanlah duduk dekat sini! Nak buat itu ini pun tak boleh!,” rungut, Fiza tanpa memandang ke arah suaminya. “Dah pandai merungut dah sekarang?,” tanya, Muhammad Ashariff. Pertanyaan Muhammad Ashariff itu tidak pula diendahkan, Fiza.

 

“Fikri,bagi aku laporan semalam,” pinta, Muhammad Ashariff semasa bertugas. Tanpa menunggu lebih lama, Fikri mencetak dan terus memberikan kepada, Muhammad Ashariff tanpa berkata apa-apa. Muhammad Ashariff melihat Fikri yang mula melangkah meninggalkan ruang tempat kerja. Muhammad Ashariff turut menjejaki, Fikri.Fikri menuju ke kafeteria begitu juga dengan Muhammad Ashariff. Semenjak,Muhammad Ashariff berkahwin dengan Fiza selama itu jugalah hubungan baiknya dengan Fikri semakin suram.

“Sampai bila kau taknak cakap dengan aku ni? Macam budak-budaklah perangai kau!,” tegur,Muhammad Ashariff setelah mereka duduk sama di meja makan. “Fikri, Come on lah! Aku tahulah kau marah dengan aku! Tapi itu semua dah lepaslah, Fikri. Dah lama dah masa berlalu. Takkan kau nak pulaukan aku terus macam ni?,” Muhammad Ashariff cuba memujuk sahabatnya. 

Previous: Bab 85
Next: Bab 87

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia