Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 63

Melihat kediaman dua tingkat sudah mulai cerah. Terlihat pembantu rumah kediaman itu sudah berada di permukaan pintu menanti menyambut ketibaan majikannya.

Kini,Qasif Nursofea bergegas untuk pergi ke hospital. Didalam pemanduannya kini, dia masih lagi tersenyum lebar kerana apa yang direncanakan olehnya malam tadi membuahkan hasil.

Muhammad Ashariff yang kini berada di kamarnya membuka satu laci yang terdapat di situ. Dia mencapai sampul surat berwarna koko. Mengeluarkan gambar-gambar yang menjadi racun pemusnah selama ini dan menjadi penghalang kebahagiaan dalam rumahtangga yang baru dibina.

Muhammad Ashariff membakar satu persatu gambar yang suatu masa dulu menjadi penghalang cintanya kepada isteri.

“Kenapa aku tak pernah fikir tentang ini semua? Kenapa aku jadikan gambar-gambar ni sebagai racun dalam rumahtangga aku? Ya Allah … bodohnya aku! Berdosanya aku,Ya Allah!,” bicara, Muhammad Ashariff seorang diri.

 

Fikri merasakan suasana di makmal tempatnya bertugas masih sunyi walaupun ada kakitangan lain yang turut sama menjalankan tugas bersama.

“Fikri,kau dah siapkan report belum?,” tanyasalah seorang petugas yang lain. “Aku dah siapkan. Dah serahkan pun dekat pejabat,” jawab, Fikri bersahaja.

“Lama lagi ke, Ashariff tu cuti?,” soal rakan, Fikri lagi. “Aku pun tak tahu. Tengok pada condition dia jugalah. Aku haritu… ada pergi tengok dia. Nampak masih teruk. Itu pun baru sekali je aku sempat pergi tengok,” jawab, Fikri.

 

“Betul ke apa yang kau cakap ni?,” tanya, Hakimi inginkan kepastian. “Mesti lah betul! Aku sendiri yang pergi tengok dengan mata kepala aku. Kau tu!! Sampai bila kau nak sorokkan diri kau tu dari, Sofea?,” tanya, Fiza kepada Hakimi yang menemaninya makan di sebuah restoran.

Hakimi tersenyum puas. Diselang-selikan dengan menghirup minuman teh tarik yang dipesan. “Aku tanya kau ni! Bila kau nak tonjolkan diri kau depan perempuan tu??!,” marah, Fiza.

“Tak payahlah kau nak sibuk tentang aku! Aku tahulah kerja aku!” Fiza mencebik selepas mendengar jawapan daripada, Hakimi. Hakimi melihat sahaja reaksi, Fiza.“So, kau ambik tak?,” tanya pula,Hakimi.

“Ambik apa?,” tanya, Fiza hairan. “Itu pun aku nak kena cakap ke?? Number contact dia lah bebal!!,” marah,Hakimi pula.

Fiza tidak seperti yang disangkakan oleh, Hakimi. Fiza memberikan telefon bimbit miliknya lalu menghulurkan kepada lelaki yang selalu menjadikannya tempat pemuas nafsu. Hakimi terseyum lebar menandakan berpuas hati dengan tugas yang dilakukan, Fiza.

 

“Doktor,ini report test blood patient,” QasifNursofea membaca laporan yang diberikan oleh petugas makmal wanita itu.

Dalam pembacaan, Qasif Nursofea kadangkala diselang-selikan dengan menekan papan kekunci komputer yang disediakan di dalam bilik tempatnya bertugas.

Qasif Nursofea bangun dari tempat duduk dan menyusun langkah menuju ke wad. Wad pesakit yang memerlukannya untuk memeriksa kesihatan para pesakit.

Kini,Qasif Nursofea menjalankan tugasnya di wad pesakit tulang iaitu bahagian orthopedic.“Bila agaknya pak cik boleh keluar dari wad ni, doktor?,” tanya seorang pesakit lelaki dalam lingkungan umur sebaya dengan, Pak Mullia.  

“Pak cik kena rajin makan ubat supaya cepat pulih. Masa tu baru pak cik boleh keluar. Apa yang saya tengok dekat laporan pak cik ni… keadaan pak cik dah semakin baik. Jadi… mungkin esok ataupun lusa… pak cik dah boleh keluar,” Qasif Nursofea memberikan harapan kepada seorang pesakitnya yang mengalami lemah anggota tulang pada bahagian kaki.

Setelah selesai dari tugas sehariannya di hospital, kini telah tiba masa untuk dia kembali pulang ke pangkuan suami yang masih memerlukan perhatian dari dirinya.

Qasif Nursofea kini tiba dihadapan rumah.“Abang?,” Qasif Nursofea menyapa, Muhammad Ashariff yang sedang membaca akhbar di luar rumah. “Penat?,” tanya, Muhamad Ashariff membalas teguran isterinya.

“Penatlah jugak. Sibuk sikit hari ni. So, apayang abang buat seharian dekat rumah?,” tanya, Qasif Nursofea yang masih lagitidak mengalihkan tumpuan melihat wajah suami tercinta.

“Takde apa yang abang nak buat. Makan, Tidur, Makan, tidur jelah. Bosan abang macam ni.Abang dah rindu dengan tempat kerjalah,” rungut, Muhammad Ashariff sambil melihat kakinya yang masih lagi berbalut.

“Doktor kan dah kasi cuti… abang kenalah cuti. Abang nak tahu tak? Berapa banyak orang dekat luar sana datang klinik berlakon?,” cerita, Qasif Nursofea dengan nada suara yang manja.

“Apa kena mengena pulak dengan orang yang berlakon? Herm? Abang sekarang ni… dah tak larat dah rasanya nak buat benda yang sama je hari-hari. Bosan yang teramat, sayangoi!!,” hidung mancung, Qasif Nursofea di tarik perlahan akan, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea ketawa. Sengaja dia membelitkan cerita. “Maksud, Fea… orang datang berlakon sebab nak dapatkan MC. Berapa orang sangat yang sakit betul-betul,yang sakit tipu-tipu tulah yang selalu datang klinik. Cakap cirit-biritlah… apalah!Bila doktor check takde lah sakit betul pun!,” cerita, Qasif Nursofea.

“Itu orang lain! Ni… abang ni yang sakit betul-betul ni. Dah tak larat dah nak duduk macam ni. Kalau kerusi ni boleh bercakap… dia akan kata apa tau dekat abang? Hoi,Ashariff oi! Bila kau nak bangun dari tempat duduk ni ha?? Lama-lama boleh berlubang aku ni sebab tadah bau kentut punggung kau,” cerita, Muhammad Ashariff yang berbunyi jenaka.

“Ye lah…dah takde kerja nak buat. So… anginkus-kus pun datanglah,” Qasif Nursofea ketawa dengan kuat selepas mendengar kata-kata suaminya itu.

“Abang takde topik lain ke nak cerita? Apa pulak kentut dijadikan topik nak cerita! Isyh, entah apa-apa abang ni tau! Pengotor!,” Qasif Nursofea tersenyum dan mempamerkan ketawa yang masih lagi berbaki.

“Okeylah.Nanti ikut, Fea pergi check up dekat hospital. Bila Tulang abang tu dah mula bersambung, abang dah boleh buang ketul bata dekat kaki ni,” kata, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff mempamerkan senyuman. “Itulah yang abang nak dengar tu” Mereka masih lagi berbual. Diselang-selikan dengan gelak tawa, Muhammad Ashariff Mullia dan Qasif Nursofea Darwish.

Riyanti seakan turut merasa bahagia. Jika dulu majikannya tidak pernah duduk berbual sebegitu, tetapi berbeza pula pada pandangan matanya hari ini.

“Barangkali, non dengan tuan sudah berbaik. Waduh…! Suka sekali aku kalau terus baik begini. Tak lama lagi bolehlah aku punya bosskecil,” Riyanti bercakap seorang diri di dalam ruang dapur.

Kini,Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff duduk berdua di dalam kamar utama. Jika dahulunya menjadi milik, Qasif Nursofea seorang, kini tidak lagi. Mereka duduk berduadi hadapan televisyen setelah selesai solat maghrib yang diimamkan oleh,Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea menyandarkan kepalanya pada bahu, Muhammad Ashariff yang duduk bersamanya di sofa kamar bilik itu. “Baru hari ni abang kotakan janji abang yang sebenar,”ungkit, Qasif Nursofea dengan ukiran senyuman.

“Jangan cakap benda tu lagi. Abang mengaku… abang yang salah,” Muhammad Ashariff memegang wajah, Qasif Nursofea dengan kedua telapak tangannya.

“Abang janji… abang tak akan lakukannya lagi untuk kali yang kedua. Tak akan! Never!” Qasif Nursofea tersenyum bahagia mendengar kata-kata serupa janji daripada suami tercinta.

“Boleh,Fea tanya?” Muhammad Ashariff mengangguk. “Apa sebenarnya yang dah jadi? Sampai sikap abang berubah 100%. Jadi pemarah sampaikan, Fea tak kenal siapa suami,Fea yang sebenarnya,” Qasif Nursofea kini menantikan jawapan.

Muhammad Ashariff menghembus nafas yang panjang. Terus memerhatikan wajah dan anak mata,Qasif Nursofea.

“Abang bodoh… selfish. Takde lain yang abang boleh cakap… yang sebenarnya abang cemburu,” Muhammad Ashariff tidak pula menceritakan punca sebenar perubahan sikapnya.

“Cemburu? Cemburu dengan siapa?,” Qasif Nursofea menyoal, Muhammad Ashariff dengan senyuman. “Sudahlah! Tak perlu kita ungkit benda yang lepas. Biarlah yang lepas menjadi sejarah untuk kita,” pujuk, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea kembali menyandarkan kepala pada bahu, Muhammad Ashariff. “Fea penah bercinta sebelum ni?,” ringan sahaja bibir, Muhammad Ashariff menyoalkan soalantersebut.

“Tak,”ringkas sahaja jawapan isterinya. “Betul?,” soal, Muhammad Ashariff lagi. “Hey! Why you ask me like that? Bukan ke,Fea pernah cerita dekat abang dulu yang, Fea tak pernah bercinta. Trust me!,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Kenapa tidak bagitahu aku yang kau pernah ada hubungan dengan dia? Jelas sekali hubungan mesra kau dengan dia,” ngomel, Muhammad Ashariff di dalam hati. Entah mengapa gambar yang, Muhammad Ashariff lihat masih lagi hinggap di dalam fikirannya sehingga kini. 

Previous: Bab 62
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia