Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 92

Kini, telah genap satu tahun pemergian, Pak Mullia. Semakin kerap juga, Qasif Nursofea keluar bersama, Lokman. Setiap hari juga, Lokman mengupah budak penghantar bunga untuk memberikan bunga tulip kepada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea juga semakin selesa dengan apa yang dilakukan oleh, Lokman.

Hubungan mereka juga dapat dihidu dan direstui oleh ibu, Lokman iaitu Ustazah Mariam. “Sofea,sudi tak kalau awak jadi peneman dalam hidup saya?,” Lokman menyatakan hasratnya dan memberikan cincin kepada, Qasif Nursofea di dalam sebuah restoran mewah.

Qasif Nursofea terkesima dengan apa yang telah dilakukan oleh, Lokman. “Lokman, awak dah fikir masak-masak ke? Awak terlalu baik untuk saya, Lokman. Saya tak sempurna untuk awak. Dan kita tak sepadan. Awak teruna dan saya pula adalah seorang janda,” Qasif Nursofea merasa rendah diri dengan status dirinya sekarang.

“Kalau awak rasa saya ni terlalu baik untuk awak dan awak rasa saya terlalu sempurna untuk awak… tak perlulah  awak menolaknya, kan?,” tanya, Lokman sambil menatap wajah jelita, Qasif Nursofea yang duduk dihadapannya.

“Lokman,saya” “Takpe, Fea. Saya tak paksa awak. Jangan risau… saya takkan sesekali mendesak awak. Saya cuma nak awak jadi sah untuk saya. Saya nak awak menjadi isterisaya,” beritahu, Lokman lagi.

Qasif Nursofea sangat merasa bersalah. Qasif Nursofea tidak mampu mengecewakan insan yang terlalu baik seperti, Lokman. Qasif Nursofea melihat wajah, Lokman yang sangat megharapkan jawapan setuju darinya.

“Saya pernah dikecewakan, Lokman. Awak tak akan kecewakan saya kan?,” pertanyaan,Qasif Nursofea itu membuatkan senyuman manis dibibir, Lokman terukir kini.

“Awak terima lamaran saya, Fea?,” Qasif Nursofea mengangguk setuju. Lokman begitu gembira dengan jawapan yang telah diberikan oleh, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mengambil cincin yang diberikan, Lokman lantas disarungkan ke jari manisnya di sebelah kanan.

“Terima kasih, Fea,” ucap, Lokman. “Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih. Yelah, setelah awak tahu apa yang pernah saya alami… awak tetap sudi menjadikan saya isteri awak. Saya betul-betul tak sangka, Lokman,” berkata, Qasif Nursofea sambil merenung wajah kacak,  Lokman.

“Mungkin jugak apa yang pernah terjadi dalam hidup awak sebelum ni… ada hikmah disebaliknya. Yelah… mungkin ini hikmahnya. Mungkin saya adalah jodoh yang tepat untuk awak,” berkata, Lokman seakan orang yang sedang memujuk.

Lokman dan Qasif Nursofea berjalan keluar dari restoran mewah tadi dan duduk di sebuah pondok rehat. Pondok rehat yang dikelilingi daunan hijau serta bunga-bungaan yang disuluh cahaya lampu. Susana malam yang dihiasi lampu-lampu pelbagai warna dan juga bentuk dilihat indah akan, Qasif Nursofea.

“Awak dah bagitahu ibu?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Lokman. “Sebelum saya melamar awak, saya dah nyatakan hasrat saya ni dulu kepada ibu. Ibulah yang paling gembira bila dengar apa yang saya hajatkan,” jawab, Lokman.

Kini,Lokman menghantar, Qasif Nursofea pulang. Qasif Nursofea melangkah masuk ke dalam rumah setelah, Lokman mula meninggalkan perkarangan luar rumah tersebut.Setelah pintu utama dibukakan oleh, Riyanti kelihatan, Muhammad Ashariff berada di ruang tamu menunggu kepulangan dirinya.

Qasif Nursofea tersentak melihat, Muhammad Ashariff yang kini berada di hadapannya.Qasif Nursofea melihat tiada pula kelihatan kereta milik, Muhammad Ashariff diluar. Muhammad Ashariff datang ke rumah itu dengan mengambil perkhidmatan teksi setelah tiba di KLIA.

Riyanti meninggalkan, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff di situ. Riyanti hanya mendengar dari ruang dapur akan perbualan mereka kini.

“Buat apa awak datang sini? Untuk apa lagi? Untuk sakitkan hati saya lagi?,” tanya,Qasif Nursofea tanpa melihat riak wajah, Muhammad Ashariff. “Abang datang membawa hajat,” jawab, Muhammad Ashariff yang memandang tepat pada wajah bekas isterinya. Qasif Nursofea mengalihkan pandangannya dan memandang tepat pada wajah,Muhammad Ashariff.

“Abang datang… abang nak mohon maaf. Maafkan abang, Fea!,” rayu, Muhammad Ashariff.  “Dah takde apa lagi untuk saya maafkan awak.Antara kita dah lama putus! Antara kita dah tak ada apa-apa. Jadi, awak tak bersalah apa-apa langsung dengan saya,” jawab, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mahu melangkah pergi meninggalkan, Muhammad Ashariff di situ. “Nanti,Fea!,” Muhammad Ashariff menghalang langkah, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea kini menghentikan langkah dan menunggu apa yang mahu, Muhammad Ashariff katakan lagi.

“Abang nak rujuk kembali dengan, Fea,” kata-kata, Muhammad Ashariff memberi tamparan hebat buat, Qasif Nursofea ketika ini. Dia memandang tepat pada wajah, Muhammad Ashariff. “Begitu senang? Awak memang jenis senang untuk luahkan sesuatu perkarake? Senang awak buang saya setelah pelbagai janji manis awak ungkapkan!! Dan sekarang… awak datang balik pada saya bagitahu awak nak rujuk kembali?! Begitu senang untuk awak meluahkan sesuatu! Awak tak fikir ke, yang saya ni meranasebabkan awak! Awak buat saya seperti mangsa cinta awak! Saya tak perlukan awak lagi, Ashariff! Saya tak akan sesekali terima awak lagi dalam hidup saya! Dan,saya tak akan sesekali menapakkan kaki saya ke rumah orang tua awak lagi!,” jelas,Qasif Nursofea dengan meniti sebak.

“Abang minta maaf sekali lagi. Abang sedar abang perlukan, Fea untuk terus bernafas.Abang mengaku abang salah! Abang dah tahu perkara sebenar! Mak yang telah bunuh bayi kita!,” beritahu, Muhammad Ashariff dengan nada sebak.

Qasif Nursofea tersentak setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh, Muhammad Ashariff.“Mak yang buat??!!,” tanya, Qasif Nursofea tegas. “Ye. Abang dah tahu perkara sebenar,” beritahu, Muhammad Ashariff lagi.

Qasif Nursofea duduk lemah di atas sofa. Muhammad Ashariff juga duduk menanti akan kata-kata, Qasif Nursofea seterusnya. Muhammad Ashariff melihat, Qasif Nursofea menyapu air mata dengan telapak tangannya. Seperti mahu akan dirinya pergi mengesat air mata itu. Tetapi, apakan dayanya kini.

“Dah takde apa lagi untuk kita bincangkan. Pergilah balik” Muhammad Ashariff mendengar kata-kata, Qasif Nursofea yang seakan menghalaunya. Muhammad Ashariff akur untuk melangkah keluar.

“Satu saya minta pada awak, Ashariff” Muhammad Ashariff menoleh ke arah, Qasif Nursofea dengan sebuah harapan.

“Tolong jangan datang jumpa saya lagi! Saya harap awak faham!,” Qasif Nursofea berjalan meninggalkan, Muhammad Ashariff di situ. Qasif Nursofea menaiki anak tangga menuju ke tingkat tiga banglo mewah itu.

Muhammad Ashariff kini pasrah. Muhammad Ashariff mula mengatur langkah meninggalkan banglo mewah itu. “Tuan!,” panggil Riyanti. “Tuan, maafkan Non Sofea,” pinta,Riyanti setelah berada dibelakanya.

Muhammad Ashariff hanya memandang, Riyanti dan hanya menyampaikan kata-kata dengan senyuman. Riyanti melihat, Muhammad Ashariff yang kini beredar dengan menaiki teksi.

 

Previous: Bab 91
Next: Bab 93

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia