Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 39

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini keluarga, Muhammad Ashariff berkunjung ke rumah baru, Qasif Nursofea yang terletak di Bandar, Kuala Terengganu. Seperti biasa,Fikri dan juga isterinya menjadi orang penting bagi pihak perempuan iaitu,Qasif Nursofea.

Seperti yang telah dibincangkan, hari perkahwinan Qasif Nursofea dan juga, Muhammad Ashariff hanya berbaki sebulan. Qasif Nursofea mengambil langkah supaya upacara pernikahan dan juga sanding akan diadakan pada hari yang sama dan bertempat dihotel yang akan ditentukannya kemudian. Mak Zainab dan keluarga juga mengambil keputusan supaya upacara sambut menantu akan turut diadakan selepas 3 hari berlangsungnya majlis di sebelah pihak, Qasif Nursofea.

“Kalau macam tu… maknanya dah selesailah semuanya ye?,” tanya Fikri yang mengetuai upacara itu. Ada senyuman gembira yang terukir pada wajah, Qasif Nursofea dan juga,Muhammad Ashariff.

Mereka kini bersalaman antara satu sama lain, menandakan perbincangan sudah pun tamat.Keluarga Muhammad Ashariff juga turut berpuas hati dengan apa yang telah diputuskan.

 

Malam ini, Qasif Nursofea sibuk mencari hotel yang ingin dijadikan tempat upacara berlangsungnya majlis akad nikah dan sanding di Kuala Terengganu. Qasif Nursofea menekan internet google.  Manakala diselang-selikan dengan panggilantelefon hotel yang dicarinya.

“Ohye? Kalau macam tu… pihak hotel encik juga ada sediakan pelamin dan baju jugak ke?,”tanya, Qasif Nursofea pada petugas hotel yang sedang berbual dari dalam talian.“Yelah, kalau macam tu… saya akan pergi ke hotel encik esok?” “Hah! Selesai!!,”Qasif Nursofea mendengus kecil apabila dia telah temui apa yang dicarinya.

 

Kini pagi sudah menjelma. Muhammad Ashariff yang mengambil cuti pada hari itu pergibersama kak long, untuk mencari barang hantaran buat majlis dia bersama, Qasif Nursofea yang hanya tinggal kurang dari sebulan untuk diijab kabulkan.

“Kak long, Riff nak cari kedai yang mencetak Al-Quran dulu,” cadang Muhammad Ashariff. “Ada ke kedai yang cetak Al-Quran? Setahu kak long… kedai yang jual kitab dan Al-Quran adalah,” tanya kak long. “Ada, Riff dah google pun malam tadi”.  

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia