Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 84

Qasif Nursofea selesai mengadakan mesyuarat bersama semua kakitangannya. Qasif Nursofea membuat peraturan semula selaku dia adalah pemegang saham yang terbesar.

“Terima kasih babah kerana berikan, Fea kepercayaan sebesar ini,” Qasif Nursofea memandang luar tingkap. Melihat banyak kereta yang bergerak. Qasif Nursofea melihat pemandangan, Kuala Lumpur dari dalam luar tingkap di dalam pejabat.

 

Muhammad Ashariff dan Fikri berborak di kafe yang terdapat di dalam kawasan tempat kerja mereka. “Kau dah gila ke apa ni, Riff?? Kau sedar tak apa yang kau cakap  ni?,” Fikri terkejut dengan perkhabaran yang disampaikan oleh rakan baiknya, Muhammad Ashariff.

“Betul! Apa yang kau nak pelik sangat?!,” tanya, Muhammad Ashariff yang seakan geram.“Kau tanya aku apa yang pelik?? Hey, Riff! Kau kan tahu perangai, Fiza tu macammana?! Kenapa tiba-tiba kau boleh tukar fikiran ni? Siapa yang dah racun fikiran kau sebenarnya ni?,” soal, Fikri yang hairan akan sikap pelik sahabat baiknya itu.

“Apa beza, Sofea dengan Fiza? Sama je kan sikap dia orang! Takde pro and contra nya, Fikri! Aku nakbagitahu kau yang aku akan berkahwin dengan, Fiza dalam masa terdekat ni!”Fikri tersandar di kerusi setelah mendengar apa yang diberitahu oleh, Muhammad Ashariff.

Sudah setahun lebih, Fikri tidak mendengar khabar berita dari, Qasif Nursofea. Selama itu juga, Muhammad Ashariff Mullia dan Qasif Nursofea Darwish tidak pernah berjumpa.Akhir mereka berjumpa ketika berada di mahkamah untuk mengesahkan penceraian.

Fiza gembira apabila impiannya untuk memiliki, Muhammad Ashariff terlaksana apabila,Mak Zainab memberitahu bahawa, Muhammad Ashariff telah bersetuju untuk menikahinya.

Seluruh keluarga syarikat petroleum diundang ke majlis pernikahan dan persandingan diantara,  Muhammad Ashariff Mullia bersama Noor Hafiza Sulaiman. Ada yang gembira dengan khabar berita itu dan ada juga yang terkejut setelah mengetahui, Muhammad Ashariff memilih untuk berkahwin dengan, Fiza.

Hakimi hanya meneruskan kerjayanya sebagai jurutera di situ. Hakimi tidak lagi mengganggu, Fiza. Malah, Hakimi merasa sangat gembira apabila dia menganggap, Muhammad Ashariff hanya sesuai untuk sisanya. Hakimi tidak berang apabila keputusan, Muhammad Ashariff yang mahu menikahi, Fiza.

“Pengantin baru?! Kenapa monyok je muka?,” tegur kak long yang sibuk menyiapkan hantaran. Muhammad Ashariff mengalihkan pandangannya ke arah kak long. “Takde apa. Penat sikit kot,” jawab, Muhammad Ashariff bersahaja.

“Kak long tahu… Riff setuju kahwin dengan, Fiza sebab mak kan? Kenapa, Riff paksa diri? Riff ada hak tau untuk menolak!,” kata kak long.

“Takdelah long. Riff rela. Takde siapa pun yang paksa, Riff buat keputusan” Kak long hanya tersenyum  mendengar kata-kata, Muhammad Ashariff.

Pak Mullia dan Mak Zainab kini sibuk mengundang orang kampung ke kenduri perkahwinan antara, Muhammad Ashariff dengan Fiza. Mak Zainab gembira berbanding dahulu. Fiza juga diwakilkan oleh keluarga kandungnya sendiri di majlis pertunangan yang telah berlangsung minggu lepas.

 

“Sah!,”kata kadi yang menikahkan, Muhammad Ashariff dengan Fiza.

 

Jari di tangan, Qasif Nursofea berdarah akibat terkena kaca cawan yang pecah. “Ya Allah, non! Kenapa?,” Riyanti melihat darah yang mengalir di jari runcing majikannya.

Riyanti mengambil penyapu dan penyodok sampah yang berada di belakang pintu dapur banglo mewah milik arwah ibubapa majikannya, Qasif Nursofea. Lalu dibersihkan oleh, Riyanti pada kaca yang berderai itu.

Qasif Nursofea mencuci lukanya menggunakan air di sinking. “Non nak minum air ya? Saya buatkan ye?,”.

Kini,Riyanti menghulurkan air yang telah dibancuhnya kepada, Qasif Nursofea.“Terima kasih,” ucap, Qasif Nursofea. “Non kenapa? Ada masalah ya? Ceritakan saja samasaya. Apa yang saya boleh bantu… saya akan bantu,” pujuk, Riyanti.

“Takde apa lah. Ha! Masak sedap-sedap tau!,” sempat sahaja, Qasif Nursofea meninggalkan pesan kepada, Riyanti yang masih berdiri di situ.

 

Thanks, terima kasih tau sebab sudi datang,” tidak henti-henti, Fiza mengucapkan kepada teman-teman yang hadir padamajlis perkahwinannya bersama, Muhammad Ashariff.

“Sayang,kenapa ni? Macam tak happy je?,” tanya,Fiza kepada Muhammad Ashariff apabila melihat wajah suaminya itu muram sahaja. “Takde apa lah! Panas!,” Muhammad Ashariff meninggalkan, Fiza di situ. Fiza yang masih berada di khemah jamuan makan melihat, Muhammad Ashariff mula meninggalkan tempat itu.

Fiza tidak dapat mengikut, Muhammad Ashariff kerana rakannya masih berkunjung tiba.“Riff, nak ke mana tu?,” tanya, Mak Zainab apabila melihat, Muhammad Ashariff hendak masuk ke dalam rumah.

“Tak kemana. Nak naik atas kejap. Panas!,” jawab, Muhammad Ashariff yang terus melangkah. Mak Zainab masih sibuk melayan para tetamu yang tidak henti kunjung tiba.

“Mak,mana Ashariff?,” Fiza merapatkan diri kepada ibu mertuanya kini iaitu, Mak Zainab. “Ada dekat dalam bilik. Katanya panas,” jawab, Mak Zainab pada pertanyaan menantu pilihannya, Fiza.

Fiza mengukir senyuman manis mendengar jawapan,Mak Zainab. Fiza mula mengatur langkah untuk menuju pergi kepada suaminya.Tetapi langkahnya terhalang apabila, Mak Zainab sering memanggilnya untuk diperkenalkan kepada jiran tetangga serta saudara mara terdekat
Previous: Bab 83
Next: Bab 85

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia