Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 83

“Pandai mak cik! Ni yang buatkan, Fiza sayang dengan mak cik ni!” Muhammad Ashariff mendengar perbualan diantara, Mak Zainab dengan seseorang. Muhammad Ashariff melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Muhammad Ashariff memandang wajah,Fiza.

“Ha…dah balik? Mari sini makan sekali. Mak ada masak mee goreng ni. Mari teman,Fiza makan,” ajak, Mak Zainab kepada anaknya, Muhammad Ashariff yang masih lagi berdiri di situ.

Mak Zainab dan Fiza hanya memandang sesama sendiri setelah melihat, Muhammad Ashariff mengatur anak tangga menuju ke tingkat atas tanpa menghiraukan mereka.

“Takpelah.Fiza balik dulu,” sengaja, Fiza mahu mengambil peluang untuk membiarkan, Mak Zainab memujuk akan dirinya. “Eh, janganlah balik dulu! Tak payahlah, Fiza nak terasa hati dengan, Ashariff. Mak cik rasa… dia masih sedih tu,” pujuk, Mak Zainab.

“Apa yang dia nak sedih lagi, mak cik? Dia masih sayangkan bekas isteri dia ke?,” pertanyaan,Fiza meninggalkan kesan kepada, Mak Zainab. Kesan amarah kembali hinggap dihatinya kini.

 

Solat maghrib, Muhammad Ashariff bersama Mak Zainab diimamkan oleh, Pak Mullia.Setelah selesai membaca doa, Muhammad  Ashariff bangun dan terus melipat tikar sejadah.

Mak Zainab hanya melihat perubahan sikap anaknya itu. “Orang lain yang mati suami boleh je teruskan hidup! Ini dia… yang mati anak dalam perut, kecik pulak…. sedihnya macam satu keluarga yang mati!,” sindir, Mak Zainab.

Mereka bertiga turun ke tingkat bawah menuju ke dapur. Mak Zainab menyendukkan nasi kedalam pinggan, Muhammad Ashariff dan ke dalam pinggan, Pak Mullia. “Kamu kahwin lain jelah, Riff! Senang!,” kata-kata yang diluahkan, Mak Zainab menyebabkan mata, Muhammad Ashariff terbuka luas. “Apa mak ni? Kesitu pulak yang difikirnya,”jawab, Muhammad Ashariff.

“Mak tengok si, Fiza tu baik! Berkenan pulak mak dengan budak tu” Muhammad Ashariff terkesima mendengar apa yang telah dibicarakan oleh ibunya, Mak Zainab.

“Apa mak? Fiza? Mak rasa dia baik? Kalau baik… apa kata mak je kahwin dengan dia!,” Muhammad Ashariff bangun meninggalkan meja makan tanpa sempat menjamah makanan yang telah siap dihidang.

Perbuatan,Muhammad Ashariff tadi hanya dilihat oleh, Pak Mullia. Pak Mullia tidak membuka bicara. “Tengoklah anak awak tu! Sekarang ni… dah pandai nak membangkang apa yang saya cakap! Itu pun nasib baik bekas menantu awak dah takde! Kalau dia adalagi… entah-entah kaki anak awak tu naik dekat kepala kita!,” bebel, MakZainab.

“Yang awak tak berhenti nak kaitkan dengan, Sofea tu kenapa? Budak tu ada depan mata awak ke sekarang? Sofea takde depan mata awak pun… awak tak henti-henti nak kutuk dia! Apa salah budak tu pada awak?,” tanya, Pak Mullia yang sedikit marah pada sikap, Mak Zainab.

“Yang awak nak marahkan saya pulak sekarang ni dah kenapa? Apa… awak pulak nak ganti jadi laki budak tu ke??,” sindir, Mak Zainab.

“Ya Allah… syaitan apa yang dah hasut kepala awak ni, Zainab??,” Pak Mullia bangun dan menolak sedikit pinggan makan kerana marah.

“Semua orang tak habis-habis nak sebelahkan perempuan tu! Ubat apa yang perempuan tu pakai?? Sampai semua orang suka dekat dia!,” bebel, Mak Zainab yang kini duduk seorang diri di meja makan.

Pak Mullia melihat, Muhammad Ashariff termenung di bangku luar rumah. Pak Mullia menyarung selipar dan berjalan ke arah tempat duduk, Muhammad Ashariff.

“Kamu tak lapar ke, Riff? Dari tadi tak makan,” tanya, Pak Mullia yang duduk bersama anaknya,Muhammad Ashariff. “Tak. tadi… Riff dah makan dekat tempat kerja,” jawab, MuhammadAshariff.

“Ayah jaga kamu dari kaki kamu sama lebar dengan dua jari ni. Ayah tahu apa yang terbuku dalam hati kamu tu sekarang,” kata, Pak Mullia.

Muhammad Ashariff tersenyum mendengar bicara, Pak Mullia. “Ayah tak pernah ajar kamu buat perkara yang boleh kita menyesal di kemudian hari. Tak perlulah kita mengejar kebencian. Sebab kasih… sedang menunggu kamu. Fikir baik-baik. Jangan sampai kamu menyesal apabila orang lain dapat apa yang kamu telah singkir di dalam hati”.

Apa yang diperkatakan oleh, Pak Mullia meninggalkan kesan pada fikiran, Muhammad Ashariff.“Aku mengejar kebencian?,” ngomel, Muhammad Ashariff.

 

Kini,sebulan sudah berlalu. Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea hadir di mahkamah dan perbicaraan sudah pun selesai. Qasif Nursofea memakai sepasang baju kurung moden berwarna hitam dan mengenakan bersama tudung berwarna putih. Qasif Nursofea berjalan bersama sahabat baiknya, Nisa. Nisa yang datang dari perak semata-mata menemani sahabat baiknya.

Muhammad Ashariff yang berjalan bersama, Fiza turut ditemani, Mak Zainab dan Pak Mullia.Kehadiran, Fiza bukan diundang oleh, Muhammad Ahsariff tetapi ianya diundang oleh, Mak Zainab.

“Pergilah salam dengan bapak mertua dan mak mertua kau. Tak elok kau buat macam ni, Fea,”nasihat, Nisa. Qasif Nursofea berjalan ke arah, Pak Mullia yang sedang memerhatinya dari jauh.

Tangan lelaki tua itu dikucup dan Qasif Nursofea menghadiahkan ciuman kasih sayang di pipi, Pak Mullia. “Halalkan makan minum, Fea ye ayah?,” Qasif Nursofea yang memakai cermin mata gelap dapat menghalang matanya yang mula manakungkan airmata.

“Ayah halalkan. jaga diri baik-baik,” Pak Mullia meninggalkan beberapa pesan kepada,Qasif Nursofea.

“Buatdramalah pulak!,” kata, Fiza yang kini duduk menunggu di dalam kereta bersama, Muhammad Ashariff dan Mak Zainab. Rasa benci yang teramat buat diri, Fiza apabila melihat layanan baik, Pak Mullia kepada bekas isteri, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff memerhati, Qasif Nursofea dari dalam kereta yang belum dipandunya.Pandangan mata, Muhammad Ashariff ke arah, Qasif Nursofea tidak disedari, MakZainab dan Fiza kerana dia memakai cermin mata berwarna gelap.

Pak Mullia menunggu, Qasif Nursofea beredar dahulu dan barulah, Pak Mullia beransur pergi bersama kenderaan, Muhammad Ashariff.

 

“Geram betullah aku tengok bekas mak mertua kau tu, Fea! Dengan angkuhnya! Kau nampak tak yang mak mertua kau tu bukan main baik… lagi layan perempuan dengan dia tu?Itu siapa, Sofea?,” tanya, Nisa setelah mereka tiba di perkarangan rumah, Qasif Nursofea.   

“Menantu pilihan dia. Dari dulu lagi dia selalu sebut nama, Fiza,” jawab, Qasif Nursofea.“Jadi… itu teman wanita, Muhammad Ashariff lah ye?,” tanya, Nisa lagi.

“Dulu,Ashariff pernah bagitahu aku… Fiza tu je gilakan dia. Tapi aku rasa… mungkin dia nak sedapkan hati aku je waktu tu. Mungkinlah… mungkin itu calon isteri baru dia,” jawab, Qasif Nursofea pada persoalan yang ditanya oleh, Nisa.

“Bila kau nak pindah balik KL? Yelah… aku boleh tolong kau,” tanya, Nisa yang melihat sahabat baiknya  mula termenung.

“Lagi dua minggu. Takde apa pun yang nak aku bawak. Bawak kain baju aku dah cukup.Aku fikir… aku nak jual rumah ni. Aku taknak simpan kenangan lama yang aku ada dalam rumah ni,” cadang, Qasif Nursofea.

“Habistu?Kerja kau macam mana?,” tanya, Nisa lagi. “Aku dah resign” “What??!! Gilalah kau ni, Fea! Sebab laki tak guna tu… kau sanggup tinggalkan kerja yang kau idamkan selama ni?,” tegas, Nisa.

“Bukan sebab tulah Nisa! Aku plan… aku nak focus kepada company arwah babah aku. Lagipun… selama ni aku cuma harapkan orang lain. Aku rasa… pilihan aku ni adalah pilihan yang paling tepat,” jawab, Qasif Nursofea.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 82
Next: Bab 84

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia