Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 71

Setelah pulang dari tempat kerja, Qasif Nursofea menuruni anak tangga kediaman 2 tingkat miliknya. Membawa beg yang berisi baju. “Non mahu ke mana?,” tanya,Riyanti yang melihat majikannya sedang mengambil kunci kereta.

“Saya nak pergi, Kerteh. Jaga rumah”. Riyanti ditinggalkan seorang diri di rumah. Riyanti membawa beg majikannya masuk ke dalam kereta.

Setelah sampai di bandar Kerteh, Qasif Nursofea memandu kereta memasuki ke perkarangan sebuah pasaraya besar di bandar tersebut. Qasif Nursofea ingin membeli barangan dapur.

“Apa aku nak beli ye?,” tanya Qasif Nursofea sendirian yang kini telah berada di dalam pasaraya. Qasif Nursofea mengambil pelbagai jenis bahan mentah seperti ikan, udang, sayur serta ayam.

Kini tiba sudah, Qasif Nursofea di hadapan rumah, Muhammad Ashariff. Rumah Muhammad Ashariff yang sangat selesa tatkala dipandang kerana berhadapan dengan pantai.Qasif Nursofea membuka pintu rumah satu tingkat milik suaminya.

Qasif Nursofea melihat susun atur rumah, Muhammad Ashariff yang kemas dan bersih.Kedatangannya hari ini tidak pula diketahui akan suaminya. Qasif Nursofea lebihselesa merahsiakan kunjungannya.

Qasif Nursofea mengambil barang yang telah dibeli sebentar tadi dan meneruskan apa yang telah dia rancangkannya.

Setelah bertungkus lumus di dapur, Qasif Nursofea mengambil sudu dan merasa masakan yang dimasaknya sendiri. “Erm… not bad!,”pujinya seorang diri di dapur setelah merasa makanan yang dimasak. Qasif Nursofea memasukkan makanan yang telah siap dimasak ke dalam pinggan untuk dihidangkan di atas meja makan.

Qasif Nursofea menunggu kepulangan, Muhammad Ashariff yang bekerja pada sebelah pagi.Qasif Nursofea juga tahu waktu pulang, Muhammad Ashariff kerana setiap kali suaminya pulang dari kerja, suaminya akan terus menghubunginya.

Muhammad Ashariff melihat kereta isterinya di parkir dalam pagar rumahnya. Ada senyuman di wajah, Muhammad Ashariff.

“Sayang,”panggil, Muhammad Ashariff apabila melangkah masuk ke dalam rumah dan terpandang, Qasif Nursofea yang sedang membawa dulang minuman. Qasif Nursofeamenuju ke dalam pelukan, Muhammad Ashariff.

“Kenapa datang tak bagitahu abang?,” hidung mancung, Qasif Nursofea ditarik lembut oleh,Muhammad Ashariff. “Saje! Nak buat surprise!,”jawab, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff melihat hidangan yang disediakan oleh isterinya. “Pandai masak ye? Kenapa baru sekarang nak tunjukkan bakat?,” tanya, Muhammad Ashariff mesra. “Saje!”. MuhammadAshariff tersenyum mendengar jawapan daripada, Qasif Nursofea.

Mereka kini makan malam bersama. Menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh, Qasif Nursofea. “Amacam? Boleh buka kedai tak?,” tanya, Qasif Nursofea yang mengharapkan pujian daripada suaminya.

“Bolehlah.Buka kedai untuk budak-budak tadika,” usik, Muhammad Ashariff. “Abang ni! Malas lagilah, Fea nak masak nanti!,” Qasif Nursofea bangun membawa pinggan untuk dicuci.

Muhammad Ashariff mencuci tangan. Pinggang isterinya dipeluk, Muhammad Ashariff dari arah belakang. Sengaja, Muhammad Ashariff memperlakukan sebegitu apabila melihat isteri sedang mencuci pinggan kotor.

“Suka sangat merajuk dengan abang sekarang ye? Sedaplah. Suami mana pun dekat duniani… kalau isteri dia orang goreng telur sekali pun akan makan berpinggan-pinggan tau! Macam tu jugak dengan abang,” pujuk, Muhammad Ashariff dengan pujian.

“Ikhlas?,”Qasif Nursofea memusing tubuh menghadap wajah, Muhammad Ashariff. “Ye,ikhlas!,” jawab, Muhammad Ashariff ringkas. Tanpa, Muhammad Ashariff sedari isterinya mencapai buih sabun pinggan dan disapu pada hidung, Muhammad Ashariff. Gelaktawa mereka menghiasi ruang dapur.

 

Disubuh hari, sepasang suami isteri ini bangun bersama untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat subuh bersama, Qasif Nursofea memilih untuk pergike dapur. Qasif Nursofea menyediakan roti bakar bersama kopi panas untukmengisi perut suami yang mahu pergi bertugas.

“Rajinnya isteri abang. Malam tadi masak… pagi ni pun masak jugak?,” puji, Muhammad Ashariff kepada isterinya setelah dia sudah selesai bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

“Mestilah!Tengok tanganlah! Duduklah… apa yang ditengok je makanan tu? Nanti kang lambat pulak nak masuk kerja,” pelawa, Qasif Nursofea setelah melihat, Muhammad Ashariff masih berdiri melihat hidangan.

“Abang ni tak berapa selera nak makan pagi-pagi ni. Tapi… isteri dah masak kenalah makan jugak. Kang… merajuk pulak!,” kata, Muhammad Ashariff sambil menghirup kopi panas.

Qasif Nursofea menarik kerusi dan duduk bersebelahan, Muhammad Ashariff. “Abang, breakfast penting tau. Kalau tak makan pagi… lepastu terus makan tengah hari, itu yang gemuk! Sebab… kalori kita akan bertambah kalau kita tak makan disebelah awalnya. Jadi… sekarang abang perlu jamah sikit,” Qasif Nursofea menyapu jem di atas roti dan meletakkannya di atas pinggan kecil di hadapan, Muhammad Ashariff.

Seperti kebiasaannya sewaktu, Muhammad Ashariff ataupun Qasif Nursofea mahu meninggalkan rumah, mereka akan melakukan salam dan ciuman di wajah. Muhammad Ashariff kinimemulakan perjalanan menuju ke tempat kerja.

Setelah sampai di perkarangan tempat kerja, Muhammad Ashariff mengatur langkah menuju masuk ke dalam makmal.

“Riff,”panggil, Fikri yang merupakan sahabat baik, Muhammad Ashariff yang kini turut bertugas bersama. “Herm,” jawab, Muhammad Ashariff ringkas. “Jom makan?,” ajak,Fikri. “Makan?,” Muhammad Ashariff menyoal kembali pada ajakan, Fikri. “Ye, makan!Breakfast!,”  jawab, Fikri pula sambil melakukan aksi suapan makanan.

“Ala…aku dah makan dekat rumah tadi,” jawab, Muhammad Ashariff yang menolak ajakan,Fikri. “Sejak bila pulak kau masak dekat rumah?,” tanya, Fikri lagi.

“Bukan aku yang masak. Fea yang masak kan,” Fikri mengangkat kening tetapi tidak diendahkan pula oleh, Muhammad Ashariff.

“Sofea ada dekat sinilah ye?,” tanya, Fikri lagi. “Ye. Eh, yang kau banyak tanya nidah kenapa?,” marah, Muhammad Ashariff yang merasakan, Fikri mengganggu tugasannya pagi itu.

“Yelah! Orang dah ada isteri… mana mahunya nak teman aku ni lagi!” Fikri berlalu dari situ dan,  Muhammad Ashariff ketawa perlahan melihat tingkah laku, Fikri.

“Sofea ada dekat sini?,” Hakimi terdengar perbualan antara, Muhammad Ashariff bersama Fikri. Hakimi memberhentikan kerja yang dilakukannya kini. “Sofea datang sini??,”ngomel, Hakimi lagi. Hakimi diam seorang diri. Entah apa yang difikirnya lagikini. 

 

Mak Zainab mengambil pisau dan melangkah menuju ke rimbunan daun pandan yang di tanam oleh, Pak Mullia di belakang rumah mereka. “Mak nak buat apa dengan daun pandantu? Nak masak apa?,” tegur, kak long yang melihat ibu mertuanya sedang memotong daun pandan pada rimbunan pokok.

“Maknak buat kuih seri muka,” jawab, Mak Zainab yang masih mengerat daun pandan.“Oh,  Riff nak balik ke mak?,” soal, kak long yang cuba meneka. “Entah,” jawab, Mak Zainab ringkas.

“Ingatke mak tahu yang dia nak balik ke tidak. Yelah… kuih seri muka tu kan makanan yang, Riff suka,” kata, kak long lagi. “Manalah mak tahu yang dia nak balik ke tidak. Kuih ni mak yang nak makan. Buat apa nak kenangkan orang yang tak ingat dekat kita!,” jawab, Mak Zainab dengan nada amarah.

Mak Zainab dan kak long duduk bersama di pangkin hadapan rumah. Mak Zainab mencuci daun-daun pandan dengan kain lap yang dibawa bersamanya tadi. Kak long ingin menanyakan sesuatu. Sesuatu yang menjadi tanda tanya. “Kenapa mak marah sangat dengan, Sofea?,” kak long ingin lagi meruskan soalan kerana, Mak Zainab masih membisu.

“Sofea ada buat salah dengan mak ke?,” soalan, kak long hanya dijawab dengan hembusan nafas kuat, Mak Zainab. “Jangan sebut nama dia pagi-pagi macam ni long! Dah! Mak nak masuk dalam nak buat kuih,” Mak Zainab melangkah pergi meniggalkan kak long sendirian di pangkin. Kak long telah cuba untuk mencari jawapan. Tetapi masih lagi tidak menemui jawapannya.

 

Hakimi meninggalkan kawasan pejabat. Hakimi memandu kereta menuju ke tempat yang diinginkan.Memandu laju kereta yang dipandunya.

Hakimi memberikan lampu isyarat kereta ke arah kanan sebelum membelok. Hakimi memberhentikan kereta. Berhenti di satu tempat yang boleh nampak ruang hadapan rumah, Muhammad Ashariff.

Hakimi melihat kereta yang masih lagi memarkir di ruang hadapan. Hakimi tahu siapa pemilik kenderaan mewah itu. Hakimi masih menunggu kelibat manusia yang tinggal di kediaman satu tingkat itu.

Penantian,Hakimi akhirnya membuahkan hasil apabila melihat, Qasif Nursofea yang tidak bertudung keluar bersama pegangan plastik sampah berwarna hitam. Hakimi melihat,Qasif Nursofea yang leka membuang sampah dan melihat surat-surat di dalam kotak peti surat.

Hakimi memandu kereta perlahan dan pergi ke arah, Qasif Nursofea yang berada di luar pagar rumah. Hakimi memberhentikan kenderaan miliknya. Hakimi memerhati wajah gebu,Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mencari kelibat manusia yang memandu kereta di hadapannya kini. Tetapi,dia tidak dapat melihat dengan jelas kerana cermin kereta, Hakimi sangat gelap.

Dia cuba menunggu dari dalam pagar dan mempamerkan senyuman di wajah. Setelah hampir beberapa saat, dia tidak mengetahui siapa pemilik kenderaan tersebut.Maka dia memilih untuk bergegas menuju masuk ke dalam rumah. Dia merasa khuatir jikalau itu adalah kenderaan perompak. Lantas dia mengunci pintu utama kediaman. Dia melihat dari sebalik tirai rumah dan mendapati kenderaan itu masih lagi tidak bergerak.

Dia semakin khuatir. Tiba-tiba, dia terlihat akan jiran sebelah rumah pulang dan mula membuka pagar rumah mereka. Dia menarik nafas lega kerana dia tidak lagi keseorangan di kawasan rumah tersebut.

Qasif Nursofea melihat kereta Toyota Caldina mula menyusur pergi. “Siapa tu?,” dia mula berfikir. Seakan pernah melihat kenderaan tersebut. “Herm, mungkin orang sesat jalan. Ataupun… orang tu tengah cakap phone.Herm… mungkin jugak,” pujuk dirinya. 

Hakimi meninggalkan kawasan rumah, Muhammad Ashariff dan memberhentikan kereta pada sebelah bahu jalan. “Sofea, aku cintakan kau!,” Hakimi melafaskannya di dalam kereta seorang diri. Hakimi mula mengenangkan satu peristiwa diantara dirinya dengan, Qasif Nursofea.

Hakimi tersenyum seorang diri. “Aku akan pastikan kau dalam genggaman aku! Dan kau,Ashariff… akan melutut kepada aku!!,” bangga sekali, Hakimi waktu itu.

 

Mak Zainab sibuk menyediakan hidangan kuih seri muka di dalam dapur. Pak Mullia baru pulang dari kebun. Pak Mullia masuk ke dalam rumah dan melihat, Mak Zainab sedang sibuk memasak.

Apabila melangkah masuk di dalam rumah, Pak Mullia sangat mengetahui apa yang sedang dimasak oleh isterinya, Mak Zainab. Pak Mullia dapat menghidu makanan yang sedang dimasak oleh isterinya itu.

Manakan tidak, bau kuih seri muka sangat harum kerana hidangan itu menagambil air perahandaun pandan yang sangat harum baunya. Sesiapa yang terhidu akan daun pandan itu,pasti akan terasa kesedapan sewaktu menikmati hidangan kuih seri muka.

Pak Mullia menarik kerusi di dalam ruang dapur dan turut disedari oleh, Mak Zainab.Pak Mullia menggulung daun rokok dan sesekali menoleh ke arah, Mak Zainab.

“Riff nak balik ke?,” tanya, Pak Mullia. “Kenapa semua orang asyik tanya saya, Riffnak balik ke tidak? Lantak dialah nak balik ker… taknak balik terus ke dekat rumah ni! Saya peduli apa!,” jawab, Mak Zainab yang tidak puas hati.

Mak Zainab membawa minuman sejuk kepada, Pak Mullia. “Yelah. Selalunya… kalau awak sibuk masak kuih tu… mesti, Riff yang nak balik,” kata, Pak Mullia.

“Mana saya tahu! Saya yang teringin nak makan kuih seri muka ni. Itu yang saya buat,”jawab, Mak Zainab. Tetapi di dalam hati kecil, Mak Zainab sangat mengharap kepulangan anaknya yang tersayang iaitu, Muhammad Ashariff Mullia.

 

Previous: Bab 70
Next: Bab 72

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia