Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 99

Kini,Muhammad Ashariff bersama isterinya telah bersiap sedia untuk pergi ke Lombok,Indonesia. Begitu juga dengan, Lokman bersama isterinya,Nisa yang turut samamenyertai mereka ke sana. Mereka semua sama-sama mempersetujui rancangan yang telah dirancang oleh, Qasif Nursofea. Irdina pula ditinggalkan kepada, MakZainab di kampung. Kedatangan, Riyanti juga disambut baik oleh, Mak Zainab bagi membantunya menjaga, Irdina.

Setelah beberapa jam mereka menaiki kapal terbang, kini mereka tiba di destinasi pilihan mereka. Mereka dibawa oleh teksi untuk pergi ke Pantai Senggigi. PantaiSenggigi merupakan tempat yang dipilih untuk mereka bermalam.

“Macammana? Lepasni kita nak berpecah ke, atau macam mana? Ada plan?,” tanya, Qasif Nursofea kepada mereka. “Apa pulak nakberpecah. Jalan sama-samalah. Senang nak gerak nanti,” cadangan, Nisa itu diperetujui mereka bersama.

 

“Wah! Cantiknya bilik ni,” puji, Qasif Nursofea setelah mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik hotel. Qasif Nursofea bersama suaminya berjalan menuju ke arah balkoni bilik.

Best kan dapat tengok suasana damai macam ni?,” kata, Muhammad Ashariff pula. Muhammad Ashariff merangkul pinggang isterinya. Qasif Nursofea juga membalas rangkulan tersebut dengan merangkul pinggang, Muhammad Ashariff juga. 

 

Malam ini, mereka berempat telah memilih untuk membawa pasangan masing-masing ke sebuah restoran untuk makan malam romantik. Makan malam di situ sungguh santaiapabila angin laut meniup ke arah restoran yang mereka kunjungi.

 

Keesokan harinya, mereka berempat kini berjalan bersama di sisir pantai. Lokman dan pasangan memilih berjalan ke arah lain manakala, Qasif Nursofea bersamapasangan berjalan ke arah utara pantai. Mereka berdiri menghadap pantai.

“Terima kasih sayang sebab membahagiakan abang hinggalah sekarang ni,” ucap, Muhammad Ashariff sambil memegang tangan isterinya, Qasif Nursofea.

“Tak perlu untuk abang ucapkan terima kasih. Apa yang perlu kita laksanakan sekarang adalah sama-sama menjaga dan mendidik amanah Allah iaitu, Irdina,” ucap pula, Qasif Nursofea.

“Abang taknak lagi berpisah dengan sayang. Untuk abang… perpisahan sementara dulu,sangat menyeksakan abang. Abang harap kita akan sama-sama menjaga rumahtangga kita,” ungkap, Muhammad Ashariff kepada isterinya.

“Fea pun harap abang takkan tinggalkan, Fea lagi. Hanyalah ajal yang dapat memisahkan kita. Bukannya manusia lagi,” ungkap, Qasif Nursofea pula kepada suaminya, Muhammad Ashariff.

 

Kini,mereka berempat berkumpul kembali. Berjalan mereka seiring untuk masuk ke dalam butik yang terdapat di pantai tersebut. “Cantikkan, Fea?,” tunjuk akan, Nisasehelai baju kepada, Qasif Nursofea.

“Memanglah cantik. Nisa, kalau kau mengandung nanti aku hadiahkan kau baju tu. Kau tak payah nak beli sendiri,” Qasif Nursofea bersama Nisa ketawa bersama setelah perasan akan baju yang dipilih, Nisa itu adalah baju untuk wanita mengandung.

 

Pada petang itu juga, mereka berempat bermain aktiviti pantai. Mereka bermain dengan pasangan masing-masing. Ramai pengunjung yang hadir di pantai Senggigi tersebut. Melihat akan para pelancong tersebut, sudah pasti mereka datang dariberlainan bangsa dan negara.

Bermain aktiviti air adalah hari terakhir mereka berada di pantai Senggigi. Keesokan harinya,mereka akan berkunjung pula ke tempat perlancongan menarik di Senaru. Senaru merupakan sebuah kampung yang berada di lereng gunung Rinjani.

Udara di Rinjani ketika ini sangat dingin. Mereka berempat berjumpa di satu tempat.Tempat yang boleh mereka lepak dan berborak.

“Macammana kahwin? Seronok tak?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada Lokman dan pasangannya,Nisa. Qasif Nursofea hanya tersenyum menunggu akan jawapan mereka.

“Mestilah seronok! Makan orang jaga, pakai pun ada orang jaga,” jawab, Lokman bersahaja.Nisa turut tersenyum mendengar kata-kata suaminya, Lokman.

“Kau orang pulak macam mana?,” tanya, Nisa pula kepada mereka. “Dah tentu best. Tambah pulak dengan kehadiran,Irdina. Cara hidup kita orang pun dah tak sama macam dulu. Irdina dah rampas kekasih aku ni,” mereka ketawa mendengar jawapan, Qasif Nursofea.

“Apapulak kata macam tu? Walaupun, Irdina dah rompak separuh dari hati abang… abang tetap utamakan sayang tau! Kalau tak ada sayang, mana mungkin ada, Irdina,” jawab,Muhammad Ashariff yang berbaur romantik.

Qasif Nursofea meminta izin untuk pergi membeli makanan bersama, Nisa di kedai berhampiran. Kini hanya tinggal, Muhammad Ashariff bersama Lokman yang masihlagi duduk di situ.

“Lokman,”panggil, Muhammad Ashariff. “Yes,” jawab,Lokman kepada panggilan, Muhammad Ashariff.

“Akutahu… tanpa kau tak mungkin aku dengan, Sofea bersatu. Aku tak sempat nakucapkan terima kasih pada kau dulu,” bicara, Muhammad Ashariff.

“Tak ada apalah yang perlu kau ucapkan terima kasih dekat aku. Sofea adalah jodohkau. Kau adalah orang yang paling layak untuk memiliki dia. Memang aku sakitsaat aku lepaskan dia pergi pada kau dulu. Tapi aku bersyukur! Kehadiran, Nisa…menyembuhkan luka aku. Apa yang aku harapkan kau akan terus menyayangi, Sofea,”kata, Lokman dengan panjang lebar.

“Kau happy tak bersama, Lokman?,” tanya,Qasif Nursofea disaat berjalan seiring bersama, Nisa.

“SyukurAlhamdulillah, Sofea. Kalau bukan kerana kau perkenalkan aku dekat dia… mungkin aku tak rasa bahagia macam sekarang,” beritahu, Nisa.

“Alhamdulillah.Aku tumpang gembira bila kau bahagia dengan dia. Apa yang aku boleh cakap,  Lokman dan ibu sangat baik. Bertuah kaumenjadi sebahagian daripada hidup dia orang,” puji, Qasif Nursofea.

“Bila kau sebut tentang ibu… aku teringat dekat dia. Kau tahu tak… dia ada jugak sebut pasal kau yang tak pernah datang jenguk dia dekat rumah,” maklum, Nisa.

“Bukan aku lupakan dia. Tapi… tak eloklah kalau aku bertandang lagi dekat rumah dia.Lokman dah ada kau sekarang. Kalau aku tak jadi tunang, Lokman dulu pasti aku akan pergi. Tak best lah pulak kannanti orang bercakap pasal bekas tunang, Lokman pergi rumah mak dia,” jelas,Qasif Nursofea kepada rakan karibnya itu.

 

Previous: Bab 98
Next: Bab 100

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia