Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 14

“Cantik betul, Sofea tu ye mak?,” tanya, kak long kepada mertuanya yang kini siap memerah kelapa.

“Ha’ah.Harapnya… sikap dia, perangai dan kisah hidup dia sama cantiklah dengan orangnya,” Mak Zainab berkata dengan nada sindiran. Sambung, Mak Zainab lagikini. “Kamu berkenan ke dengan pilihan adik kamu tu? Padan ke, Sofea tu dengan adik kamu??”.

“Apa pulaknya mak…? Kalau dah itu jodoh dia orang… padanlah dengan, Riff. Long tengok, Sofea tu baik je. Lagipun kalau dah suka sama suka diorang tu… jadinya sesuailah. Lama dah, Ashariff tu membujang, mak. Agaknya perempuan yang macamtu pilihan dia. Ashariff pun apa kurangnya? Belajar tinggi, kerja pun besar,baik pulak ilmu agama dia. Long rasa tak ada yang kurangnya, mak” jawab, kak , long sambil melihat akan raut wajah, Mak Zainab.

Akir, mencelah setelah keluar dari dalam rumahnya. “Pak su tu ada citarasa tinggilah,ibu. Sebab tu dapat, Sofea”.

“Tapi,Akir… tak sampai tanganlah ibu kalau nak bermenantukan perempuan macam, Sofea tu,” usik, kak long kepada anak lelaki sulungnya.

Akir terus berkata. “Eh apa pulak salahnya ibu?”.

“Iyelah!Maksud ibu… ada ke orang nak dekat kamu tu?,” Ibu, Akir ketawa dan terus bangun untuk menyambung semula masakannya di dapur.

“Amboi…dah siap dah sambal belacan dia?,” kak long menegur setelah sambal belacan yang dibuat oleh, Qasif Nursofea sudah terhidang di atas meja.

Qasif Nursofea mengelap peluhnya yang sedikit muncul pada dahinya. Disapunya dengan belakang tapak tangan.

“Kalau panas… bukalah selendang tu,” tegur, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea hanya mengeleng kepala kerana melihat, kak long masih memakai tudung yang disarung. Walaupun sibuk di dapur, kak long kelihatan begitu selesa.

“Kenapa?,”soal, Muhammad Ashariff perlahan. Qasif Nursofea memuncungkan mulut menunjukkan akan, kak long. Muhammad Ashariff memahami.

Makanan yang dimasak oleh, kak long dan dibantu oleh, Mak Zainab kini sedia terhidang di atas meja makan bersama sambal belacan yang dihasilkan oleh, Qasif Nursofea.

“Marilah semua… jemput makan,” panggil, kak long kepada seluruh isi keluarga. Mereka semua kini menjamu selera.

“Eh…mana budunya?,” tanya, Pak Mullia apabila tidak kelihatan pencicah ulaman iaitu makanan tradisional negeri, Terengganu.

“Ayah,hari ni takde budu. Hari ni bakal menantu ayah yang buatkan sambal belacan,” usik,kak long kepada, Qasif Nursofea yang duduk di sebelah, Muhammad Ashariff.

Bagaimahu tersembur air yang diminum oleh, Qasif Nursofea. “Sofea, ambil nasi tu dan sendukkan dekat, Ashariff.Biasa-biasakan,” usik, kak long Lagi.

Tidak keruan, Muhammad Ashariff dan juga, Qasif Nursofea di meja makan. Qasif Nursofea terus menyendukkan nasi ke dalam pinggan makan, Muhammad Ashariff.“Cukup?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff.

“Cukup-cukup…tolong abang ambilkan sambal belacan tu,” Muhammad Ashariff memberikan arahan kepada kekasihnya, Qasif Nursofea. Lantas, Qasif Nursofea mengambil sambal itu dengan sudu dan diletakkan ke dalam pinggan makan, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff juga ada mengasingkan ikan terubuk yang mempunyai banyak tulang untuk diberikan kepada, Qasif Nursofea. Aksi mereka jelas dilakukan di hadapan keluarganya yang sedang menjamu selera bersama.

“Sofea tidur sini jelah malam ni ye?,” ajak, Mak Zainab kepada, Qasif Nursofea yang kini selesai mencuci pinggan setelah selesai makan tengah hari.

“Eh…terima kasih je, mak cik. Sebenarnya… esok pagi, Sofea dah nak kena balik KL.Sebab, Sofea dah ada kelas” Penolakan akan, Qasif Nursofea merasa tidak senang pada hati, Mak Zainab.

“Sofea balik dengan siapa esoknya?,” tanya, Pak Mullia pula.

“Sofea balik sorang,” jawab, Qasif Nursofea pada pertanyaan, Pak Mullia yang mencelah perbualannya bersama, Mak Zainab.

“Isy! Bahaya tu Riff,” kata, Pak Mullia kepada anak bujangnya, Muhammad Ashariff. “Iulah,”jawab, Muhammad Ashariff seakan bimbang.

“Takpe,Sofea dah biasa. Lagipun abang dah kena masuk kerja kan esok?,” tanya, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff yang masih duduk di kerusi meja makan.

“Abang boleh ambik cuti lagi. Abang hantar, Sofea jelah esok. Lepas tu, abang ambik flight untuk balik sini,” cadang,Muhammad Ashariff kini.

“Ambik cuti jer, Riff. Bahaya orang perempuan balik jauh seorang diri. Kalau macam tu,Sofea ambil kereta bawak datang ke rumah ni. Esok pagi senang sikit nak bertolak. Ashariff tak payah pergi ambil, Sofea dekat hotel dah. Tak macam tu,Riff?,” cadang, Pak Mullia pula.

Muhammad Ashariff sangat setuju mendengar cadangan, bapanya. “Betul jugak ayah. So, jom kita balik ke hotel dan check out” Qasif Nursofea tidak boleh menolak lagi kerana ramai yang mempersetujui cadangan, Pak Mullia.

 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia