Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 25

Tanpa disedari, dia terlelap di sofa empuk di ruang tamu. Qasif Nursofea tersedar yang kini sudah pukul 7 pagi. Qasif Nursofea bingkas bangun dan mencapai telefon bimbit dan mendapati 3 panggilan tidak dijawab iaitu panggilan daripada, Muhammad Ashariff.

Hello, abang…? Sorry… Fea tertidur malam tadi,” Qasif Nursofea menghubungi, Muhammad Ashariff yang kini sedang mula bertugas.

“Ha,itu lah, Fea mesti penat malam tadi. sayang buat apa ni?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Tak buat apa, cuma nak message abang, Aish dengan, Kak Ain nak ingatkan dia orang pasal esok. Takut dia orang lupa pulak,” beritahu, Qasif Nursofea.

“Okey nanti, Fea call abang kalau semuanya dah okay. Lagipun abang nak kena naik dekat platform 2 hari. Nak kena standby dekat sana,” beritahu, Muhammad Ashariff.

“Siapa nama awek kau, Rif? Fea?,” tanya, Hakimi kepada, Muhammad Ashariff yang telah selesai berborak di telefon. “Kau dengar mana pulak nama dia?,” Muhammad Ashariff menjawab pertanyaan, Hakimi. “Takde lah, macam familiar,” jawab Hakimi. “Argh! Kau tu asal awek je mulalah  familiar bagai. Farah namanya orang panggil, Fea!,” Muhammad Ashariff sengaja tidak memberitahu nama yang betul. Entah kenapa dari dahulu, Muhammad Ashariff tidak pernah mempercayai, Hakimi. Mungkin kerana sikap lelaki itu.

Kini, Muhammad Ashariff bertembung dengan Fiza. Tetapi sikap gadis itu tidak seperti biasa. Dahulunya pantang sahaja terserempak dengan dirinya pasti, Fiza akan tunjuk reaksi manjanya. Tetapi berlainan pula akan sikapnya hari ini.

“Eh,apa kena Minah tu hari ni? Macam lain je aku tengok,” Kata seorang teman sekerja, Muhammad Ashariff yang menyedari perubahan sikap, Fiza.

“Angin senggugut gamaknya. Lebih baik dia berterusan dengan mood macam tu. Tenang hidup aku,” kata,  Muhammad Ashariff sambil ketawa kecil. “Kesian pulak aku tengok dengan, si Fiza tu. Punyalah bersungguh-sungguh dia nak dekatkau, Riff. Tapi kau buat derk je dekat dia,” kata rakan sekerja, Muhammad Ashariff lagi.

“Kalau kau dah kesian, apa kata kau je ambil dia! Aku boleh adjust,” kata, Muhammad Ashariff pada teman sekerjanya yang turutsama-sama menuju ke helikopter untuk pergi ke platform,KertehTerengganu.

 

Qasif Nursofea kini menghantar pesana ringkas kepada abang kandung serta kakak kandungnya. “Jangan lupa perjumpaan kita dengan syarikat guaman esok jam 10pagi”.

“Herm,lantaklah dia orang nak balas mesej atau tak. Asalkan aku boleh jumpa dia orang esok,” ngomel hatinya sambil tersenyum.

“Rindunya,Fea dekat abang,” Qasif Nursofea meninggalkan pesanan ringkas kepada, Muhammad Ashariff melalui telefon bimbit. Dia mengetahui bahawa, Muhammad Ashariff tidak membawa telefon bimbit ketika berada di Platform.Hatinya merasa sunyi tatkala ketiadaan, Muhammad Ashariff walaupun hanya berhubung melalui telefon bimbit.

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia