Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 50

Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea menunaikan solat Fardhu maghrib bersama. Selesai sahaja solat, Muhammad Ashariff membaca doa dan diaminkan, Qasif Nursofea.Qasif Nursofea menyambut tangan, Muhammad Ashariff untuk bersalam diakhir doa.

Muhammad Ashariff leka memandang wajah isterinya yang masih lagi memakai telekung sembahyang. Begitujuga dengan, Qasif Nursofea yang leka memandang wajah suaminya.  Isterinya menghadiahkan satu senyuman buat suaminya. Qasif Nursofea melihat sebuah kitab Al-Quran yang merupakan mas kahwin buat dirinya.

“SYURGA CINTA QASIF”. Itulah ayat yang terpapar pada kulit utama kitab suci itu. Muhammad Ashariff juga memandang kepada kitab itu lantas mengambil dan memberikan kepada isterinya. “SYURGA CINTA QASIF,” sebut akan, Muhammad Ashariff.

“Mana abang dapat perkataan ni?,” soal, Qasif Nursofea yang melihat kulit hadapan kitab tersebut. “Entah, abang dapat idea tu masa abang dengar permintaan, Feaserta hujah Fea dulu. Kan, Fea ada bagitahu abang kenapa, Fea mintak Al-Quransebagai mas kahwin? Dan… pertama kali, Fea lafazkan cinta pada abang, Fea sebut… abang mampu bagi syurga cinta Qasif di dalam kehidupan, sayang,” Muhammad Ashariff memandang, Qasif Nursofea yang masih lagi leka melihat kitab Al-Quran di tangannya.

“Tapi sayang, Fea tak pandai nak baca isinya. Fea juga tak faham apa maksud disebalik ayat-ayat suci ni” Muhammad Ashariff memegang tangan isterinya lantas mencium tangan tersebut.

“Sayang,abang akan ajar, Fea kenal ayat-ayat ni. Maksud akan isinya, kita boleh belajar dari kelas agama” Qasif Nursofea hanya memandang wajah Muhammad Ashariff sambil terseyum.

“Abang tahu tak? Abang, adalah syurga cinta, Fea dekat dunia ni. Fea, nak kita kekal sampai bila-bila. Kekal sampai ke Syurga Jannah.”.

Qasif Nursofea, merasakan amat bahagia setelah bergelar isteri kepada, Muhammad Ashariff.Kehilangan kedua orang tua suatu masa dahulu diganti dengan kehadiran, Muhammad Ashariff yang mampu membuatkan dirinya lupa akan segala yang pernah berlaku dalam kehidupannya suatu masa dahulu.

Malam itu, satu lagi kejutan yag dilakukan oleh, Muhammad Ashariff untuk isterinya.Sedang asyik, Qasif Nursofea menonton televisyen dengan suami, pintu bilik hotel mereka diketuk. Apabila, Qasif Nursofea membuka pintu tersebut, terlihat akan dua orang pekerja hotel menolak meja kecil dan diletakkan di dalam bilik.

Disaat,Qasif Nursofea membuka semua penutup dulang disamping, Muhammad Ashariff dia melihat ada jambangan bunga tulip serta satu kotak baldu merah berbentuk hati.Setelah dibuka kotak itu dilihatnya rantai berlian serta subang berlian dihadiahkan dari suami buat dirinya. Qasif Nursofea, memeluk tubuh suami yangberdiri tegap di sisinya kini.

                                                                                                                      

Pagi telah menjelma dan, Qasif Nursofea merasakan berat pada pinggang kirinya. Qasif Nursofea terkejut lantas dia bangun. Bangun dirinya apabila merasakan ada sesuatu yang sedang memeluknya. Kenangan itu menjelma lagi kini.

“Astaghfirullahhal’azim!,” dia menyapu peluh pada wajahnya dengan kedua telapak tangan.Dilihat wajah suaminya yang masih nyenyak tidur. Qasif Nursofea, mengucup pipi wajah kacak lelaki tersebut yang masih nyenyak beradu.

“Erm,janganlah kacau, abang nak tidur,” rengek manja suara, Muhammad Ashariff yang sedar akan perlakuan isterinya. “Abang, bangunlah solat subuh,” Qasif Nursofea,menggoyangkan tubuh, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff membuka kini kedua belah matanya. “Kalau abang bangun sekarang, Fea kena tunggu abang dalam bilik mandi sekarang,” usik nakal akan, Muhammad Ashariff.“Ei! Gatal!,” Qasif Nursofea bingkas bangun dari katil. Tapi diriannya tidak mampu diteruskan.

Muhammad Ashariff menarik tangan isterinya dan lantas terjatuh kembali di atas tilam empuk hotel. Kini tubuh, Muhammad Ashariff bergerak rapat pada tubuh, Qasif Nursofea.

“Abang,janganlah!,” rungut, Qasif Nursofea. “Tak kira, Fea kena ganti balik tidur abang. Tengok tu? Baru pukul 5 pagi, Fea dah kejutkan abang. Fea, kena denda sebab kacau abang tidur!” Qasif Nursofea ketawa apabila, Muhammad Ashariff cuba untuk menggeletek pinggangnya.

“Fea?Fea? Bukalah pintu ni,” panggil, Muhammad Ashariff dari luar kamar mandi. “Tak mahu!” Muhammad Ashariff ketawa dari luar bilik air apabila isterinya dapat meloloskan diri dari rangkulannya.

Kini,jam sudah hampir pukul 10 pagi. Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff perlu meninggalkan hotel itu pada hari ini. Mereka berjalan bersama menuju ke kaunter utama hotel bagi urusan pendaftaran keluar dan ingin berjumpa dengan pegawai yang membantu melengkapkan majlis yang telah berlangsung.

Masih kelihatan inai merah yang menghiasi jari jemari, Qasif Nursofea begitu juga dengan, Muhammad Ashariff yang memakai inai pada tiga jari kirinya.

“Selamat pagi, saya nak jumpa dengan, Encik Lokman,” kata, Qasif Nursofea kepada petugas di kaunter lobi hotel.

“Selamat pagi, Doktor Sofea. Encik Lokman bercuti hari ni. Tapi, dia suruh saya sampaikan…kejap ye?,” kelihatan petugas hotel itu mencari sesuatu di belakang mejanya.

“Ini untuk, doktor” Pekerja hotel itu memberikan jambangan bunga tulip segar dan sebuah kotak hadiah yang dibalut kemas. Jelas pada pandangan mata, Muhammad Ashariffdan Qasif Nursofea melihat barangan yang telah diterima.

“Untuk kami?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Ye, Encik Ashariff. Encik Lokman, bagi hadiah ini untuk ucapkan, selamat pengantin baru,” beritahu pekerja hotel itulagi.

“Ucapkan terima kasih kami kepada dia. Sampaikan salam kami juga ye?,” pesan, Qasif Nursofea sambil tersenyum. Qasif Nursofea juga seakan rasa terharu apabila, Lokman jugatahu akan bunga kegemarannya selain, suaminya sendiri.

 

“Encik Lokman, dia orang dah pergi,” beritahu petugas kaunter tersebut kepada, Lokman yang sedang  berada di bilik belakang kaunter.

“Terima kasih,” Lokman melangkah menuju ke kafeteria kerana di situ boleh menampakkan kelibat pengantin baru yang baru hendak meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

 

“Kita nak balik rumah mak terus ke?,” tanya, Qasif Nursofea yang duduk menemani suaminya memandu. “Tak. Kita pergi rumah, Fikri dulu,” jawab, Muhammad Ashariff.

“Hai pengantin baru! Jemput masuk,” Tegur, Kak Nur setelah tibanya mereka berdua dihadapan rumah, Fikri.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff berjabat tangan bersama isteri, Fikri. “Mana,abang Fikri kak?,” tanya, Qasif  Nursofea.“Dia ada dekat dalam. Tengah tengok TV. Jemputlah masuk,” ajak, Kak Nur.

 

“Hai…lepak dekat rumah je ke?,” tegur, Muhammad Ashariff yang melihat, Fikri sedang berbaring di hadapan televisyen.

“Oi,kau orang! Bilanya sampai?,” tegur, Fikri yang sedar akan kehadiran kedua pengantin baru itu. “Amacam pengantin baru? Syok tak?,” tanya Fikri lagi seakan membuat jenaka.

Muncul kemerahan pada wajah, Qasif Nursofea kerana malu akan maksud soalan, Fikri itu.Muhammad Ashariff, sedar akan perubahan wajah isteri disebelahnya. “Uih… kau!Tanya lagi?! Padahal kau yang ada pengalaman dulu dari aku!” Mereka bertiga di situ ketawa mendengar jawapan, Muhammad Ashariff.

“Apayang kelakarnya sangat? Ketawa dengar sampai ke belakang rumah. Ha, Fea?,” tanya,Kak Nur yang sedang membawa dulang air. “Entahlah kak. Malas, Fea nak layan dia orang ni,” jawab, Qasif Nursofea bersahaja. Kak Nur serta 2 lelaki yang beradadi situ turut ketawa mendengar jawapan daripada, Qasif Nursofea.

Setelah 2 jam mereka di situ duduk berborak, kini tiba masa untuk, Muhammad Ashariff membawa, Qasif Nursofea pulang ke kediaman orang tuanya.

“Terima kasih banyak kak sebab banyak sangat tolong, Fea,” ucap, Qasif Nursofea sambil berjabat tangan dengan, Kak Nur. “Takde apalah! Tak payah nak ucap terima kasih. Bukan susah pun”.

 Qasif Nursofea kini berjabat tangan puladengan, Fikri yang turut berdiri di situ. “Abang, terima kasih banyak tau.Kalau takde abang dengan, Kak Nur tak tahulah macam mana, Fea nak handle. Agaknya tak kahwin lagi sampai sekarang” Fikri hanya menggeleng kepala perlahan menunjukkan bahawa tidak perlu untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.

 

Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia