Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 79

Qasif Nursofea memulakan tugas pada hari berikutnya. Dia tidak sabar menunggu waktu petang kerana hari esok merupakan hari minggu dan menjadi kebiasaan bagi suaminya untuk pulang ke Bandar, Kuala Terengganu.

“Doktor,saya panggil pesakit seterusnya ye?,” tanya seorang jururawat kepada, Qasif Nursofea yang turut sama bertugas di bahagian klinik pesakit luar. “Ye,” jawabnya ringkas. Jururawat tadi memanggil nama pesakit dan menyuruh masuk ke dalam bilik rawatan, Doktor Qasif Nursofea Darwish.

“Assalamualaikum, Doktor?,” tegur seorang pesakit. “Waalaikumussalam,” jawab, Qasif Nursofea kepada suara yang memberi salam. Qasif Nursofea kembali ke tempat duduk asal setelah selesai mencuci tangan selepas merawat luka seorang pesakit.

“Kau??!!,”Qasif Nursofea terkejut apabila melihat, Hakimi yang berada di bilik rawatanbersamanya. Qasif Nursofea memegang kad pesakit luar dan jelas tertera nama,Hakimi. “Ye! Aku!,” Hakimi memerhati perut, Qasif Nursofea yang masih belum membuncit.

“Kau keluar dari sini sebelum aku jerit!” ugut, Qasif Nursofea. “Kau nak ugut aku?Kau lupa apa yang pernah aku pesan?! Hakimi datang dekat dengan, Qasif Nursofea.

Tombol kunci pintu bilik, Qasif Nursofea ditekan, Hakimi. Jururawat tadi menjalankan tugas yang sama memanggil pesakit lain untuk dirawat oleh doktor yang bertugas di bilik rawatan yang lain.

Qasif Nursofea berjalan dengan mengundur diri ke belakang. Qasif Nursofea berlari ke arah dulang yang meletakkan pelbagai alatan tajam untuk merawat pesakit. Qasif Nursofea mencapai gunting dan diajukan kepada, Hakimi.

Pantas sahaja, Hakimi berjalan ke arah dirian, Qasif Nursofea dan mengambil gunting yang dipegang. Hakimi memeluk, Qasif Nursofea dari arah belakang. “Jangan buataku macam ni!,” bisik, Hakimi di telinga wanita yang dipeluknya kini.

“Kau gilalah, Hakimi! Baik kau keluar dari sini sebelum aku jerit! Keluar, Hakimi!,”Qasif Nursofea menghalau, Hakimi. “Jeritlah!! Aku tak kisah, Sofea! Sebab kedatangan aku memang tidak diundang!” Qasif Nursofea hanya memerhati langkah, Hakimi kini.

“Aku datang sini sebab nak ingatkan kau… mana cinta yang kau pernah janji pada akudulu??,” ungkit, Hakimi. “Apa kau dah buta ke, Kimi? Kau tengok perut aku ni!!Aku mengandung! Aku dah mengandung! Tak lama lagi aku akan dapat anak! Anak,Ashariff! Kawan kau!!,” Qasif Nursofea mengingatkan, Hakimi.

“Aku tak kisah! Aku hanya kisahkan kau sekarang! Aku sanggup bela anak kau lah!”Qasif Nursofea perlahan-lahan mengundur diri ke arah belakang. Hakimi sedar akan perbuatan, Qasif Nursofea. Hakimi berlari ke arah, Qasif Nursofea tetapi,Qasif Nursofea terlebih dahulu dapat menekan punat kecemasan dari dalam bilik.

Bunyi bising menyulubungi ruang pesakit luar sehingga ke bilik pengawal kecemasan.Para pengawal kecemasan berlari laju pergi ke ruang yang menekan butang kecemasan tersebut.

Hakimi membuka pintu terlebih dahulu dan berlari meninggalkan, Qasif Nursofea di situ.Semua doktor dan petugas yang lain bergegas masuk ke dalam bilik rawatan, QasifNursofea bagi melihat apakah yang telah terjadi.

Mereka melihat keadaan, Qasif Nursofea yang memegang perut akibat sakit. Mereka membawanya ke bilik rawatan kecemasan. Doktor yang bertugas memeriksa keadaan,Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menceritakan kepada pengawal tentang apa yang telah terjadi sebentar tadi. Qasif Nursofea direhatkan di dalam bilik kecemasan. Pihak hospital menghubungi, Muhammad Ashariff untuk melaporkan apa yang telah berlaku kepada isterinya. Kini, sudah beberapa jam dia merehatkan diri barulah, Muhammad Ashariff berkunjung tiba. Dia bergegas masuk ke dalambilik yang menempatkan isterinya berehat.

“Kenapa boleh jadi macam ni sayang? Abang risau sangat tahu tak?,” Muhammad Ashariff risau setelah melihat keadaan, Qasif Nursofea yang sedang berbaring lemah.

“Takde apa… mungkin, Fea penat sikit je,” beritahu, Qasif Nursofea. “Penat sikit?? Takde apa-apa, Fea cakap? Tadi pihak hospital call abang bagitahu, Fea diganggu oleh seorang lelaki! Takde apa-apa lagi, Fea cakap??,” Muhammad Ashariff berkata dengan nada yang risau.

“Betul! Fea dah okey. Tadi memanglah ada orang kacau. Tapi… Fea yang tak sengaja jatuh sebab nak tekan button emergency. Itu sebabnya, Fea jatuh. Abang janganlah risau, okey?,” Qasif Nursofea memujuk keresahan suaminya, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea merahsiakan cerita sebenar. Dia tidak mahu, Muhammad Ashariff mengetahui cerita sebenar apa yang telah berlaku diantara dia dengan, Hakimi.

“Abang nak call siapa tu?,” tanya, Qasif Nursofea. “Mak,” jawab, Muhammad Ashariff. “Eh, tak payahlah,” Qasif Nursofea menghalang tindakan, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea mengambil telefon bimbit milik, Muhammad Ashariff lalu menekan cancel.

“Abang tak payahlah nak bagitahu semua orang. Fea dah boleh balik kejap lagi. Isyh… gelabahsangatlah abang ni!,” dia tidak mahu, Muhammad Ashariff memberitahu keluarganya kerana kesihatan yang dialami akan dirinya tidaklah seteruk mana.

Telefon bimbit, Muhammad Ashariff kini berdering. Melihat di skrin nombor telefon rumahdi kediaman orang tuanya. “Hello mak? Ye, ye… baiklah,” hanya itu sahaja dialog yang didengari, Qasif Nursofea pada perbualan suaminya bersama, Mak Zainab.

“Kenapa abang? Mak cakap apa?,” tanya, Qasif Nursofea. “Mak jemput kita makan malam.Macam mana?,” tanya, Muhammad Ashariff kini. “Pergi jelah,” jawab, Qasif Nursofea ringkas.

 

Seperti yang telah dijanjikan kini, Qasif Nursofea bersama Muhammad Ashariff beserta keluarga kak long hadir bersama ke rumah, Mak Zainab dan Pak Mullia untuk makan malam bersama.

Suasana meriah daripada perbualan mereka menghiasi ruang makan di rumah, Mak Zainab.“Biar mak je buat air tu,” Mak Zainab mahu mengambil tugas yang hendak dilakukan,Qasif Nursofea. Qasif Nursofea hanya terpaksa akur.

Mak Zainab mengatur gelas kosong di talam. Mak Zainab kini berada seorang diri di dapur. Mak Zainab mengambil bungkusan di dalam lipatan kain batik yang dipakainya. Dimasukkan ubat itu ke dalam gelas kaca berwarna hitam.

Gelas yang tidak nampak akan serbuk ubat akar kayu yang diletakkan oleh, Mak Zainab diisikan dengan air dan diberikan kepada, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea mahu memberikan gelas yang sudah berisi air itu kepada, Muhammad Asharifff yang duduk di sebelahnya. Tetapi tangan, Mak Zainab terlebih dahulu memberikan gelaslain kepada, Muhammaad Ashariff.

Qasif Nursofea membatalkan hasrat itu dan memilih untuk meminum air yang telah diberikan oleh ibu mertuanya. Gelas yang berwarna hitam tidak menampakkan serbuk kayu yang berada di dalam gelas, Qasif Nursofea. Air yang dihidangkan oleh, Mak Zainab juga berwarna ungu gelap. Ketika yang lain sedang enak menjamu seleramakan masakan air tangan, Mak Zainab, Qasif Nursofea merasa sedikit tidak selesa di bahagian bawah perut. Lantas dia berfikir mungkin kesan peristiwa petang tadi.

Mak Zainab pada malam itu sungguh baik dan tidak pula menunjukkan sikap dinginnya kepada, Qasif Nursofea. “Nak ayam?,” lalu, Muhammad Ashariff meletakkan seketul ayam masak merah di dalam pinggan isterinya. Qasif Nursofea tidak memberikan sebarang respon.

Qasif Nursofea mengambil minuman miliknya lagi dan kembali meminumnya. Akir merasakan sesuatu di kakinya. Terasa lender dan menoleh ke bawah. Akir melihat darah yang mengalir dari, Qasif Nursofea yang duduk bersebelahan dengannya.

“Mak su?!” Akir melihat wajah, Qasif Nursofea. Wajah, Qasif Nursofea yang kini menahan sakit. “Argh!!,” Qasif Nursofea menjerit. “Ya Allah! Kenapa ni??,” pekik,Muhammad Ashariff setelah melihat keadaan isterinya.

Akir dan Muhammad Ashariff bangun dari tempat duduk mereka dan menarik kerusi yang diduduki oleh, Qasif Nursofea. Melihat darah yang banyak keluar mencemaskan, Muhammad Ashariff.

Pak Mullia dan kak long turut cemas dan mengarahkan, Muhammad Ashariff dan Akir membawa, Qasif Nursofea pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Muhammad Ashariff mengangkat tubuh isterinya. Kereta milik, Muhammad Ashariff dipandu oleh Akir. Muhammad Ashariff duduk di kerusi belakang bersama isterinya.

“Sakitnya abang!,” air mata, Qasif Nursofea mengalir menahan kesakitan yang dialaminya kini. “Sabar sayang! Sabar sikit sayang! Dekat je! Dah nak sampai dah!,” pujuk,Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff juga sangat cemas melihat keadaan isterinya yang penuh dilimpahi darah pada kain yang dipakai.

“Cepat,Akir!!,” pinta, Muhammad Ashariff apabila melihat, Qasif Nursofea yang kini sudah tidak sedarkan diri. “Sayang??!,” Muhammad Ashariff menangis risau apabila melihat keadaan isterinya. “Ya Allah… jangan kau ambil isteriku daripada aku, Ya Allah,” doa, Muhammad Ashariff yang kini masih lagi di dalam kereta. Muhammad Ashariff membelai rambut, Qasif Nursofea yang sudah tidak sedar pada pangkuannya.Membelai rambut yang tidak sempat disarungkan tudung.

Previous: Bab 78
Next: Bab 80

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia