Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 44

“Abang, Fea dah ambil kad jemputan yang kita tempah. Abang dah bayar ke? Sebab Fea nak bayar orang kedai tu cakap bil abang dah jelaskan”.

“Ye.Abang dah bayar,” jawab, Muhammad Ashariff dari dalam talian. “Okey lah kalau macam tu. Fea nak gerak pergi ke Kerteh. Nak pergi rumah, Kak Nur. Nanti, Feasinggah dekat abang dulu. Nak bagi kad ni. Boleh? Nanti dah takde masa nakjumpa,” cadang, Qasif Nursofea.

“Ye boleh. Nanti abang boleh edarkan dekat pejabat ni. Nanti, sayang sampai bagitahu abang. Abang pergi ambik dekat parking lot,” pesan, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea menamatkan panggilannya bersama, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea memandu kereta Mercedec sport menuju ke Kerteh, Terengganu. Qasif Nursofea juga telah berjanji dengan, Kak Nur dan Fikri untuk berjumpa.

Hampir 2 jam perjalanan barulah, Qasif Nursofea sampai di parking lot yang telah dijanjikan oleh Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea keluar dari perut kereta setelah melihat susuk tubuh, Muhammad Ashariff yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya.

Hakimi yang sedang berjalan menuju ke makmal tenampak akan kelibat 2 pasangan yang sedang berjumpa. Ternampak akan Muhammad Ashariff yang sedang berbual dan memegang satu kotak. Wanita yang dilihat oleh Hakimi cantik bertudung kini.

“Sofea??,”Hakimi merasakan perasaan rindu yang kian hadir dalam dirinya. Kereta mercedec sport yang di pandu, Qasif Nursofea kini dikejar oleh Hakimi. Deras larian,Hakimi mengejar kereta itu. Tetapi tetap gagal untuk dia memberhentikan keret aitu, malah gagal untuk Qasif Nursofea melihat kelibat Hakimi yang berlari laju mengejarnya.

“Kimi?! Kau buat apa dekat situ? Cari apa? Macam orang dikejar hantu je kau,” tegur, Muhammad Ashariff yang terlihat akan perlakuan, Hakimi yang termengah-mengah.

“Oh! Aku… aku cari bos! Ha… bos! Kau nampak tak mana bos?,” Hakimi bijak menyembunyikan reaksinya.

“Apa pasal pulak kau cari bos dekat situ? Bos ada dekat dalam bilik dia lah! Hish… peliklah aku dengan kau ni!” Hakimi hanya tersengih. “Kau bawak apa tu? Nak aku tolong?,”tanya, Hakimi yang melihat kotak yang dipegang, Muhammad Ashariff.

“Tak payahlah. Oh ye! kejap!,” Muhammad Ashariff membuka kotak yang dipegangnya. Dihulurkan sekeping kad kepada, Hakimi. “Nah, itu kad kahwin aku. Jangan tak datang pulak!” Bagai mahu meletus hati Hakimi setelah, Muhammad Ashariff memberinya kad yang berwarna putih dihiasi lukisan baldu kuntuman bunga tulip.

Hakim imembacakan kad di tangannya setelah, Muhammad Ashariff mula meninggalnya di situ.“Undangan perkahwinan diantara dua mempelai, Muhammad Ashariff Bin Mullia dengan Dr. Qasif Nursofea Binti Dato’ Dr. Darwish”.

Hakimi tidak tahu lagi apa yang wujud di sudut hati kecilnya kini. Adakah ia nyacemburu? Sedih? Hancur? Hakimi tidak dapat lagi membezakan akan perasaannya.

Hakim imelangkah kaki menuju ke tempat, Fiza bertugas. “Fiza??!,” Fiza terkesima apabila melihat Hakimi dihadapan mejanya. Hanya renungan anak mata Fiza menyoal Hakimi. Tangan Fiza ditarik kuat oleh, Hakimi. Timbul tanda tanya pada teman setugas Fiza yang turut berada di situ.

“Kau baca ni!” Fiza membaca kad yang diberikan oleh, Hakimi. “Cepatnya?!,” tanya, Fiza sambil membetulkan lipatan tudung di kepala.

“Ye lah,memang cepat! Memanglah cepat! Tapi kau tu yang bodoh! Lambat sangat bertindak apasal?? Lembab!,” marah, Hakimi.

“Yang awak nak marah saya sorang-sorang je kenapa? Senang sangat biar jelah dia orang nikah! Tak payah nak pening kepala!,” jawab, Fiza yang geram dengan amarah,Hakimi.

Fiza mahu meninggalkan tempat mereka berbincang di tangga bangunan. Lengan Fiza ditarik,Hakimi. “Yang kau nak mengalah apahal? Ha? Kita masih ada cara lagi untuk hancurkan perkahwinan dia orang!,” kata, Hakimi sambil tersenyum. “Cara? Cara apalagi, Kimi? Tunggu dia orang ada cucu baru buat dia orang bercerai??,” peril,Fiza.

“Apa pasal kau ni bengap sangat??!!,” tudung Fiza di rentap, Hakimi. “Sakitlah!,” rungut,Fiza. “Sakitlah… nak bagi kau tu cerdik! Boleh fikir!” Fiza mengerutkan dahi mendengar kata-kata, Hakimi.

Hakimi membisikkan sesuatu di telinga kiri, Fiza. Fiza tersenyum, begitu juga dengan,Hakimi. “Kau faham tak?,” tanya Hakimi kepada Fiza. “Boleh ke kita buat macamtu, Kimi?,” tanya Fiza lagi. “Kau tengok jelah nanti!,” bercakap, Hakimi bangga.

 

“Assalmualaikum,”“Waalaikumusalam, Fea” Qasif Nursofea bersalam dengan Kak Nur dan memeluk wanita itu. “Darwish mana kak?,” tanya, Qasif Nursofea sambil menyerahkan plastik makanan ringan yang dibeli olehnya di pasaraya yang berdekatan.

“Darwish pergi ke kedai dengan abang. Ni apa yang banyak sangat ni, Fea? Sempat pergi shopping erk?,” tanya, Kak Nur yang melihat barang-barang makanan di dalam beg plastik yang dipegang olehnya kini.

“Fea teringat dekat, Darwish. Itu yang beli nugget dengan keropok tu” Kak Nur tersenyum mendengar jawapan daripada, Qasif Nursofea.

“Terima kasih” Qasif Nursofea membalas ucapan, Kak Nur dengan senyuman . “Erm, Fea pergi ambil kad jemputan tadi. Itu yang call akak bagitahu nak datang sini,” Qasif Nursofea menyambung bicara kini.

“Kalau,Fea tak call pun… memang abang naksuruh, Fea datang,” beritahu, Kak Nur. “Oh ye? Kenapa kak?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Pasal wali hakim tu, abang dah settle kan,” beritahu, Kak Nur.

Qasif Nursofea membulatkan matanya. Masalah yang paling rumit bagi, Muhammad Ashariff dapat diselesaikan oleh, Fikri.

“Ya Allah, Alhamdulillah. Ashariff risau sangat tentang hal ni kak. Fea, pun naikrisau!,” rungut Qasif Nursofea. “Tak ada benda yang tak boleh settle Fea. Tambahan pula nak bina masjid ni. Allah permudahkan” Qasif Nursofea merasa kian lega.

“Bila,Fea mula berhijab ni?,” tanya, Kak Nur yang melihat akan perubahan pada diri,Qasif Nursofea. “Alhamdulillah kak, Fea memang banyak berubah dan nak berubah lepas, Fea kenal dengan, Ashariff. Allah berikan petunjuk pada, Fea. Fea ada terjumpa dengan seorang ustazah ni, then… dia lah yang banyak ajar, Fea tentang semua ni,” cerita, Qasif Nursofea.

“Syukur sangat. Tapi bukan sebab, Ashariff. Tapi, Hidayah yang Allah bagi dekat, Fea.Sebab tu, Fea berubah. Bukan sebab orang lain,” kata, Kak Nur. Qasif Nursofea hanya tersenyum manis. “Fea, duduk dulu, Kak Nur buat air dan goreng apa yang, Feabeli ni,” pinta, Kak Nur.

Qasif Nursofea melihat pada arah bunyian enjin kereta. Bangun akan tubuhnya dan melihat Fikri dan Darwish di luar. Qasif Nursofea, menghadiahkan senyuman kepada si pemandu kereta itu.

“Fea?,”kata, Fikri sambil memandang wajah Qasif Nursofea dari jauh. “Subhanallah, cantiknya”“Ayah, bukalah pintu ni” Fikri tersedar dari lamunannya setelah mendengar rengetan, Darwish.

Aunty,” Darwish berlari ke arah, QasifNursofea. “Darwish, pergi mana?,” Qasif Nursofea mendukung kanak-kanak itu.“Darwish pergi kedai,” jawab anak itu. “Pergi kedai beli apa? Ha, pergi dapurambil keropok dekat ibu. Aunty ada belikandekat, Darwisy keropok,” Qasif Nursofea menurunkan kanak-kanak itu dari dukungnya dan anak itu berlari masuk ke dalam dapur.

“Abang,”Qasif Nursofea bersalam dengan, Fikri lantas tangan, Fikri diciumnya tanda hormat. “Ye, lama dah ke sampai?,” tanya, Fikri. “Takdelah. Baru je sampai”Fikri memandang tepat pada anak mata, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea sedar akan renungan, Fikri. Timbul rasa segan dihatinya.

Fikri sedar akan perbuatannya itu. “Kak Nur, mana?,” tanya, Fikri yang kini duduk disofa di ruang tamu rumahnya.

“Ada dekat dapur” beritahu, Qasif Nursofea. Kak Nur kini datang dengan membawa makanan yang digorengnya. “Mana awak dapat semua ni? Saya tak beli pun. Bukan dah habis ke semalam?,” tanya, Fikri yang melihat makanan di pinggan hidangan.

“Adik awak ni yang beli,” jawab, Kak Nur sambil menuang air ke dalam cawan. “Oh, yeke? Susah-susah je. Abang dah pun selesaikan masalah wali hakim. Hari nikah nanti tak payahlah diwalikan oleh abang, Fea. Abang dah buktikan yang abang, Fea tak boleh bagi kerjasama, dan pihak hakim pun dah bersetuju. So, acara akad nikah nanti diwalikan oleh wali hakim. Jadi takde masalah lagi lepas ni. Semuanya dah selesai,” terang, Fikri kepada Qasif Nursofea.

“Terima kasih, abang, Kak Nur sebab banyak dah tolong, Fea. Kadang rasa malu pun ada.Yelah,  sampai ketahap ni, abang dengan Kak Nur bersusah-payah,” ucap, Qasif Nursofea. “Tak payahlah nak terima kasih. Anggap je kami ni keluaga, Fea,” kata, Kak Nur pula.

 

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia