Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 40

Muhammad Ashariff meluncur laju keretanya menuju ke tempat yang dikehendaki. Kini tiba di hadapan sebuah kedai yang dicarinya.

“Kak long nak ikut Riff tak?,” tanya Muhammad Ashariff. “Tak. Kak long nak pergi butik dekat sana kejap,” kak Long menunjukkan pada Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff mengangguk setuju.

Muhammad Ashariff masuk ke dalam kedai yang dicarinya. “Ye, nak cari apa?,” tanya seorang wanita yang berkerja di kedai tersebut. “Yer kak, saya nak tanya… sini tempat yang boleh cetak Al-Quran kan?,” kini, Muhammad  Ashariff duduk di hadapan gadis tersebut.

“Sebenarnya,Al-Quran memang dah pun siap dicetak. Cuma, encik boleh pilih warna, jenis kertas ataupun penukaran jenis tulisan Qad,” terang gadis itu. “Boleh saya tengok sample dia?” Wanita tersebut bangun dan mengambil contoh hasilan syarikatnya lalu diberikan kepada, MuhammadAshariff.

Muhammad Ashariff memilih kertasnya yang berwarna putih suci dan memilih tulisan Qad yang senang untuk dibaca. “Saya nak tambah tulisan di kulit Quran ni boleh ke?,”tanya ,Muhammad Ashariff lagi.

“Boleh,”lantas wanita tersebut mengambil sekeping kertas dan pen untuk, Muhammad Ashariff menulis apa yang dikehendakinya selagi tidak melandaskan kesalahan pada islam.

“SYURGA CINTA QASIF” Muhammad Ashariff kini menyerahkan kembali kertas yang ditulisnya.“Syurga Cinta Qasif? Boleh saya tahu, untuk siapa?,” tanya wanita itu lagi yang duduk dihadapannya. “Untuk bakal isteri saya. Berapa lama boleh siap?,” kataMuhammad Ashariff. “Tak lama… dalam 30 minit. Kejap ye,” maklum akan wanita itu.

 

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia