Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 2

Setelah sampai di perkarangan luar rumah banglo mewah, Qasif Nursofea hanya melihatakan kereta serta tetamu yang membanjiri kediaman rumah mewah itu. Tiada lagi kelihatan seseorang yang tidak sabar menunggu kepulanganya.

“Babah?!Babah?!,” meraung sekuat hatinya setelah melangkah masuk ke dalam banglo mewah ibubapanya.

Qasif Nursofea seolah terpaku melihat dua bujur tubuh yang berbaring diselimutkan dengan kain putih. Betapa luluh hati kecilnya setelah melihat dua jenazah yang diam terpaku di tengah ruang tamu mewah mereka. 

Dia terus memandang baki keluarganya yang berada disamping kedua jenazah dan masing-masing darinya dilimpahi air mata kesedihan. Qasif Nursofea seakan sedarakan kurangnya seseorang.

“Mama?!Mama?! Mama?! Mana mama, kak? Mana mama?!,” dia meraung sekuat hatinya dan tubuhnya yang lemah disambut oleh abang sulungnya, Aish Irfan.

Qasif Nursofea terus layu di dalam pelukan, Aish Irfan. “Kenapa semua ni boleh jadi macam ni? Kenapa, Sofea tak tahu semua ni?? Kenapa berita ni abang semua rahsiakan?? Macam mana semua ni boleh terjadi? Kenapa? Kenapa boleh jadi macamni? Tolong bagitahu, Fea,” hanya raungan, Qasif Nursofea kedengaran ketika ini.

Berkaca matanya melihat wajah abang sulung daripada tiga beradik itu. “Semua berlaku dalam sekelip mata, Fea. Mama jatuh pengsan di dalam kelas dan babah meninggal akibat serangan jantung di hadapan hospital,” jelas, Aish Irfan.

 

Datuk Dr. Darwish adalah babah mereka yang merupakan seorang doktor pakar yang bertugas di hospital berhampiran dengan kawasan, Putrajaya. Manakala mama mereka,Datin Dr. Maria merupakan seorang mualaf daripada agama serani  yang telah lama memeluk agama islam seusia perkahwinan mereka. Beliau merupakan seorang pensyarah perubatan di institusi pengajian tinggi awam di daerah, Selangor.

 

Kini,selesai sudah acara pengkebumian kedua orangtua mereka. Banglo mewah yang dahulunya meriah dengan suara berbual dan juga gelak tawa, kini usang seolah tiada penghuninya.

“Fea,pergilah naik atas dulu berehat. Fea, balik tadi tak sempat pun nak berehatkan?,” pelawa kakak iparnya, Awatif yang sudah hampir 2 tahun menjadi isteri kepada, Aish Irfan merangkap menantu kepada arwah, Datuk Dr. Darwish dan Datin Dr. Maria.

Qasif Nursofea melangkah masuk ke kamar mewah kedua orang tuanya. Berbaring lesu tubuhnya di atas tilam empuk. Disapu air mata pada wajah jelita miliknya hasil kacukan melayu dengan serani.

Airmata, Qasif Nursofea tidak henti mengalir akibat menangis diruntun  hiba. Bingkai gambar di meja kecil tepi katil ditatapnya. Melihatkan gambar arwah kedua ibubapanya. Qasif Nursofea terus menangis sambil memeluk bingkai gambar itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia