Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 67

Selepas tragedi yang berlaku pada petang tadi, Muhammad Ashariff bersama Qasif Nursofea mengambil keputusan untuk pergi ke Cameron Highlands, Pahang. Cuacanya yangsejuk amat mendamaikan buat pasangan suami isteri ini. Mereka berdua berada di balkoni hotel di dalam bilik.

Muhammad Ashariff merangkul pinggang, Qasif Nursofea dan mencium di pipi kiri isterinya.“Maafkan abang. Dulu abang yang layan, Fea macam tu. Sekarang mak pulak. Maafkan abang, sayang,” Muhammad Ashariff merasa sangat bersalah kepada isterinya.

Masih berbaki tangisan pada, Qasif Nursofea kini. Sehingga sekarang air mata tadi masih bertakung. Ada air jernih lagi yang menampakkan matanya mulai berkaca.

“Fea rasa… Allah masih menguji, Fea. Fea belajar dulu dengan, Ustazah Mariam. Dia pernah kata… dugaan yang Allah berikan adalah hadiah daripadaNya. Sebab,apabila kita temui jalan keluar pada ujian itu… dia akan berikan kita hadiah yang sangat istimewa yang kita tak pernah jangka. Fea terima semua ni, abangFea tahu… ada hikmah disebalik kejadian ni,” Qasif Nursofea merenung wajah suaminya yang masih lagi memeluk pinggangnya.

“Apa yang mak buat ni, abang pasti yang mak akan menyesal bila dia tahu menantu dia ni sangat baik orangnya” Qasif Nursofea menyentuh bibir, Muhammad Ashariff dengan menggunakan jari telunjuk untuk memberi isyarat tidak meneruskan kata lagi.

 

Pagi telah berkunjung tiba serta mendengar bunyian suara burung sangat memberi ketenangan pada sesiapa yang datang ke tanah tinggi, Cameron Highlands. Begitu juga buat suami isteri ini.

Mereka berdua menuruni ke tingkat bawah hotel dengan menggunakan lif. Muhammad Ashariff masih lagi berjalan menggunakan tongkat sebagai peneman kerana keadaannya yang masih lagi berbalut di kaki.

Mata yang memandang keadaan, Muhammad Ashariff pasti mengetahui bahawa dia mengalami patah kaki bila melihat akan keadaan dirinya kini.

Qasif Nursofea mengambil makanan serta minuman yang sudah siap terhidang secara buffet untuk diberikan kepada suami tercinta.

“Lepas kita makan kita pergi jalan-jalan ye, sayang? Dekat sini banyak tempat menarik,”ajak, Qasif Nursofea seperti ingin melupakan setiap masalah yang dihadapinya buat masa kini.

“Fea bolehlah jalan. Abang tak boleh guna kaki. Kaki kerusi roda tu yang boleh bawak berjalan,” Muhammad Ashariff mula berjenaka. “Jangan kerusi roda tu pun cakap dekatabang… dah berlubang sebab abang punya kentut busuk!” Muhammad Ashariff ketawa mendengar usikan isterinya yang kini sudah pandai buat jenaka.

Mereka kini berada di ladang lavender terbesar di, Cameron Highlands. Muhammad Ashariff kadangkalanya menggunakan tongkat pada jalan yang tidak rata. Dia mengambil gambar isterinya dan diselang-selikan dengan isterinya mengambil gambar dirinya yang bertongkat dan kadangnya duduk di atas kerusi roda.

Qasif Nursofea meminta tolong daripada pelawat yang lain yang berkunjung di ladang tersebut untuk mengambil gambar mereka berdua. Muhammad Ashariff melihat kembali gambar-gambar yang telah diambil. Tersenyum keseorangan kerana, Qasif Nursofea masuk ke dalam galeri yang menjual barangan berasaskan bunga lavender.

Hello, bro?,” Muhammad Ashariff kini menjawab panggilan yang dihubungi oleh, Fikri. “Aku dekat Cameron Highlands ni. Yelah… dengan siapa lagi? Dengan,Fea lah!,” jawab, Muhammad Ashariff yang sedang bersembang dengan, Fikri ditelefon.

Muhammad Ashariff melihat reaksi bahasa isyarat isterinya apabila bertanya dengan siapa dia berbual di telefon. “Fikri,” Muhammad Ashariff menjawab pertanyaan isterinya.Panggilan telefon itu tamat dengan kiriman salam darpada, Fikri untuk, Qasif Nursofea.

“Mak ai! Banyaknya barang sayang? Beli apa yang banyak sangat ni?,” Muhammad Ashariff melihat setiap bungkusan yang dibawa oleh, Qasif Nursofea.

“Dah abang bagi, Fea duit… Fea belilah! Rambang mata ni kalau nak pilih. So… Fea beli je lah apa yang rasa berkenan dekat mata ni,” jawab, Qasif Nursofea sambil melihat isi di dalamplastik yang dibawanya.

Muhammad Ashariff hanya tersenyum menampakkan lesung pipit mendengar kata-kata, Qasif Nursofea. Kini mereka berkunjung pula ke ladang strawberry.

Qasif Nursofea bersama Muhammad Ashariff memilih untuk berhenti rehat di sebuah gerai yang menjual makanan berasaskan strawberry.

Mereka berkongsi makanan yang dibeli iaitu aiskrim dan strawberry yang dicelup coklat.“Sayang belilah strawberry untuk,Riyanti dekat rumah. Ada balance lagitak duit tadi?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Banyak lagi,” jawab, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff memberikan lagi duit kepada isterinya.Kini, Qasif Nursofea kembali ke tempat duduk suaminya dengan membawa beberapa bungkusan strawberry.

“Banyaknya! Ini… kalau banyak macam ni, si Riyanti tu makan… mahu tak keluar jamban minah tu!” Qasif Nursofea ketawa mendengan percakapan suaminya. “Apalah abang ni!Takkanlah semua ni, Fea nak bawak balik rumah bagi, Riyangti makan sorang! Fea nak bawak pergi office. Boleh nurse-nurse dekat ortho tumakan. Ni… untuk Akir, abang Fikri, semualah,” terang, Qasif Nursofea sambil mengira bungkusan buah strawberry di dalam plastik.  

Previous: Bab 66
Next: Bab 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia