Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 10

Setelah mereka mengambil masa 2 jam dalam perjalanan kini, Muhammad Asharifff menghentikan kereta di kawasan rehat di sebelah lebuhraya Pantai Timur.

“Awak nak makan tak? Atau… nak pergi toiletker?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea yang asyik memerhati pemandangan luar.

“Erm,memang nak pun. Nak pergi toilet,”beritahu, Qasif Nursofea pada pertanyaan, Muhammad Ashariff.

“Nah,pegang kunci ni dulu. Takut saya lambat pulak. Saya nak tukar baju,” arah,Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea.

 

Setelah selesai urusan, Qasif Nursofea di tandas, dia melangkah memasuki ke dalam kereta terlebih dahulu sambil mendengar radio.

Qasif Nursofea mengambil telefon bimbit miliknya untuk melihat pesanan ringkas setelah terdengar deringan telefon bimbitnya berbunyi. Apabila diamati terlihat bahawa, Edwin menghantar mesej dari kejauhan.“Boleh I call dan bercakap dengan you?I miss you so much”.

“Apalagi yang Edwin ni nak?! Isyh!,” Qasif Nursofea terus mematikan telefon bimbitnya kerana tidak mahu diganggu.

Matanya menoleh ke kiri dan dia melihat seorang lelaki yang mengenakan t-shirt berwarnahitam serta jeans berwarna cerah. Muhammad Ashariff kini tampak lebih segak dan bergaya.

Muhammad Ashariff Mullia perasan akan renungan gadis itu. Muhammad Ashariff membalas renungan itu dengan senyuman segak manampakkan lesung pipit kiri. Qasif Nursofea terkesima dan mengalihkan renungan tersebut. 

“Usar abang erk?,” tanya, Muhammad Ashariff setelah melangkah masuk ke dalam kereta.Sungguh wangi dari semburan minyak wangi. Meletakkan beg yang mempunyai isibaju uniform tadi di tempat duduk belakang.

“Siapa?,”tanya, Qasif Nursofea dalam nada bersahaja.

Muhammad Ashariff memusingkan tubuhnya kepada gadis yang berada di sebelah kirinya. “Siapa apa?,” tanya, Muhammad Ashariff kembali.

“Yelah! Siapa yang awak kata tadi? Ada orang usar?,” tanya, Qasif Nursofea kembali.Sengaja dia sebegitu untuk mengenakan, Muhammad Ashariff.

“Eh,tanya kita pulak? Ada lah tadi… nampak gaya macam kucing comel pakai gincu tengok saya tadi” Tiba-tiba perut lengan, Muhammad Ashariff yang sasa dicubit,Qasif Nursofea.

“Adoi! Ya Allah! Ingat ke ketam je tahu mencubit? Ni… kucing pakai mulut merah pun tahu cubit jugak? Habislah terkopek kulit ni. Eh silap! Bukan kucing pakai mulut merah,tapi… kucing pakai mulut pink. Hehehehe,” usik,  Muhammad Ashariff lagikepada, Qasif Nursofea.

Sengaja dia menukar warna pemerah bibir kerana melihat, Qasif Nursofea menggunakan pemerah bibir berwarna merah jambu.

“Ei! Jahat dia ni tau! Ada pulak dia samakan kita dengan kucing!,” rungut, Qasif Nursofea.

“Siapa?,”usik, Muhammad Ashariff lagi kepada gadis cantik itu.

Pantas sahaja, Qasif Nursofea membalas. “Siapa apa? Siapa?? Apa? Supper?” Muhammad Ashariff ketawa dengan sekuat hati apabila mendengar ayat dari kenyataan, Qasif Nursofea.

 

Qasif Nursofea terlelap selepas berpura merajuk daripada lelaki yang bersamanya kini.“Astaghfirullah!! Muhammad Ashariff membelokkan kereta yang dipandunya setelahhampir melanggar belakang lori yang tersadai di sebelah lorong kanan. 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia