Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 56

Didalam perjalanan ke hospital, Qasif Nursofea menyapu peluh suaminya dengan menggunakan kedua belah telapak tangannya. Tetapi, Muhammad Ashariff enggan membiarkan isterinya itu terus memperlakukannya sebegitu. Amarahnya masih lagi membara.

Kini,Muhammad Ashariff merasa sedikit lega pada kesakitannya. Muhammad Ashariff melihat isterinya, Qasif Nursofea menjalankan rawatan pada kakinya bersama beberapa orang penolong pegawai perubatan dan juga jururawat di hospital.

Kelihatan kaki, Muhammad Ashariff sebesar tiang elektrik kesan daripada baluti simen.“Abang, abang kena admit ward tau.Untuk beberapa hari je okey?,” beritahu, Qasif Nursofea kepada suaminya setelah mereka berdua sahaja di situ.

“Taknak! Aku nak balik!” Qasif Nursofea sedih dengan bahasa yang digunakan oleh, Muhammad Ashariff kini.

“Janganlah macam ni. Atleast kita tunggu sampaiesok okey? Senang untuk abang dirawat dekat sini,” pujuk isterinya. “Aku cakap…aku nak balik! Mana letak telinga kau??,” Muhammad Ashariff memandang tepat pada wajah isterinya itu. lalu berkata lagi. “Apa guna kononnya… aku punya bini bergelar doktor? Ha?,” kasar sungguh pertanyaan, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea hanya menurut kemahuan, Muhammad Ashariff.  Muhammad Ashariff membisu sehingga tiba diperkarangan rumah orangtuanya.

“Akir nak bawak pak su ke mana ni, mak su?,” tanya, Akir setelah mereka tiba di rumah. Mak su rasa… lebih baik kita bawak pak su dekat bilik bawah. Senang untuk pak su nak buang air,” cadang, Qasif Nursofea.

                                                                                                    

Hello, Nita. Saya ambil emergency leave seminggu ye? Because my husband sakit,” Qasif Nursofea menamatkan panggilan telefon yang di buat. Qasif Nursofea mahu membawa makanan serta minuman panas kepada, Muhammad Ashariff yang berada di dalam bilik.

“Erm,sedap? Makan lebih sikit. Cepat sembuh kaki tu nanti,” cakap, Mak Zainab yang berada bersama, Muhammad Ashariff di dalam bilik.

Qasif Nursofea menghentikan niatnya untuk membawa makanan kepada, Muhammad Ashariff apabila melihat, Mak Zainab terlebih dahulu melakukan perkara itu.

“Mak, Ashariff tak boleh makan makanan sejuk macam ni. Nanti tambah sakit dekat kaki dia tu. Dia kena pantang. Tak boleh ambil makanan sejuk macam ni. Tambah lagi… mak bagi dia makan pisang,” tegur, Qasif Nursofea setelah melihat apa yang sedang dimakan oleh suaminya kini.

“Itu kau punya cara. Ni cara aku! Tok nenek aku dulu… bagi je makan ni semua! Payah dapat orang belagak tahu semua benda!,” Mak Zainab merampas makanan yang diberi kepada, Muhammad Ashariff dan terus berlalu dari situ.

“Nah,minum pelan-pelan. Panas lagi air ni,” Qasif Nursofea duduk di atas katil bersebalahan dengan suaminya. “Kenapa tegur mak macam tu?,” tanya, Muhammad Ashariff.

“Bukan niat, Fea nak halang mak. Apa yang, Fea cakap ni betul. Makanan yang mak bagi dekat abang tu berbisa nanti dekat kaki tu,” beritahu akan Qasif Nursofea. “Dia tahulah apa yang dia nak buat. Dia dah jaga kita orang ni dari kecil lagi tau! Takkannya dia nak bunuh kami ni!,” jawab, Muhammad Ashariff sinis.

“Abang!,”Qasif Nursofea memandang tepat pada wajah, Muhammad Ashariff dengan sedikit geram. Tetapi, Qasif Nursofea masih lagi mampu bersabar. “Apa?? Ha, teruskan lah!,”kata-kata, Muhammad Ashariff tidak diendahkan oleh isterinya.

Qasif Nursofea menarik bantal dan tidur di sisi, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff tidak dapat mengelak oleh kerana keadaan kakinya serta katil yang kecil.

Dalam kegelapan malam dan juga keadaannya yang sunyi di rumah, Pak Mullia serta Mak Zainab, Qasif Nursofea nyenyak tidurnya bersebelahan dengan suaminya, Muhammad Ashariff.

Tetapi,Muhammad Ashariff tidak dapat melelapkan mata. Hendak dialih ke kiri dan ke kanan dihalang oleh balutan simen pada kakinya. Menghalang setiap gerak geri yang mahu dilakukan.

Muhammad Ashariff melihat wajah isterinya yang sedang tidur. Perasaan cinta atau benci yang harus dibezakan olehnya sekarang? Kadangkala membuatkan amarah, Muhammad Ashariff kian menebal mengenangkan peristiwa semalam.

“Abang nak pergi mana?,” tanya, Qasif Nursofea yang tersedar daripada tidur apabila mendengar gerak geri, Muhammad Ashariff pada katil. Pertanyaan, Qasif Nursofea tidak diendahkan oleh, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff membatukan diri. Dia cuba mencapai tongkat. Tetapi gagal. Tongkat yang bersandar di dinding terjatuh di lantai. Qasif Nursofea menghulurkan tongkat dan diberikan kepada suaminya, Muhammad Asharifff. “Abang nak pergi mana? Fea tolong okey?,” pertolongan, Qasif Nursofea ditolak keras oleh, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea semakin hairan dengan sikap tidak endah akan suaminya itu. Dia tetap mahu meneruskan niat membantu suaminya. “Biar Fea tolong. Abang nak pergi bilik air ke?” “Dah tahu cepatlah tolong!,” Muhammad Ashariff terpaksa membiarkan isterinya menolong.

“Abang nak buang air besar ke kecil?,” tanya, Qasif Nursofea yang kini telah berada di hadapan pintu bilik air.

“Hey,takkanlah semua benda aku nak kena cerita dekat kau? Dah! Pergi sana!,” Muhammad Ashariff menolak tangan, Qasif Nursofea yang masih memegang pada perut lengannya.

“Tapi…macam mana abang nak,” Qasif Nursofea terfikir akan perihal, Muhammad Ashariff.“Patahnya dekat sini… dekat kaki ni ha! Bukan punggung aku yang patah!,” QasifNursofea kini membiarkan, Muhammad Ashariff memasuki bilik air seorang diri.“Isyh, abang buat apa tu? Lama sangat dalam bilik air,” Qasif Nursofea mengetukpintu bilik air. Tetapi tidak mendapat jawapan daripada, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea mengetuk lagi pintu itu. Kini, Muhammad Ashariff bersuara. “Abang tak boleh keluar” “Lah, kenapa pulak? Abang buat apa tu?,” Qasif Nursofea semakin kehairanan. “Ni… abang tak boleh basuh. Tak boleh!” Qasif Nursofea mahu sahaja ketawa mendengar rungutan, Muhammad Ashariff. Tetapi dapat dikawal olehnya. Muhammad Ashariff membukakan pintu bilik air supaya isterinya dapat melangkah masuk.

“Lah…patutlah tak boleh nak basuh. Berak rupanya!,” Qasif Nursofea ingin menghulurkan bantuan. “Jangan tengok!,” larang suaminya. “Habis tu? Kalau, Fea tak tengok macam mana, Fea nak tolong basuh?,” Qasif Nursofea yang berada di belakang tubuh, Muhammad Ashariff ketawa perlahan supaya tidak didengari oleh suaminya.“Ala… boleh! Buat jelah! Tapi jangan tengok!,” larang, Muhammad Ashariff lagi.

Kini selesai sudah, Qasif Nursofea menghulurkan bantuan kepada suaminya. “Dah! Jom.Ei… abang ni tengah-tengah malam macam ni pun nak terberak bagai,” Qasif Nursofea pura-pura membebel mengharapkan supaya, Muhammad Ashariff ketawa.

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik tidur di tingkat bawah. Qasif Nursofea menarik selimut sehingga di paras dada suaminya. Qasif Nursofea membantu suaminya membetulkan bantal di bahagian kepala. “Tidur okey? good night sayang,” ucapan, Qasif Nursofea bersama ciuman hinggapdi pipi suaminya. Qasif Nursofea juga kembali kepada lenanya sebentar tadi yang sedikit terganggu.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia