Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 49

Kedengaran lagu pengantin baru serta orang ramai mula membarisi masuk ke dalam dewan makan yang telah disenggarakan oleh pimpinan, Lokman. Hari ini adalah hari amat bersejarah antara dua mempelai iaitu, Qasif Nursofea serta pilihan hatinya,Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff mengatur langkah atas hamparan karpet putih untuk menuju naik di atas pelaminan yang telah disediakan. Cantik sekali pada wajah, Qasif Nursofea dengan solekan pengantin dan wajahnya kelihatan sangat ceriabersama pimpinan suami setelah selesai upacara akad nikah sebelum majlis perarakan bermula.

Dapat dilihat sanak saudara serta sahabat handai yang sedang enak menjamu selera sambil melihat pengantin di atas pelaminan. Upacara renjis dilakukan oleh keluarga, Muhammad Ashariff dan kehadiran teman rapat kedua-dua pengantin turut merenjis pengantin yang sama cantik dan sama padan.

“Cantik kan, Ibu?,” tanya Lokman kepada kehadiran ibunya, Ustazah Mariam. “Cantik. Jodoh dia dah sampai. Ibu harap anak ibu nanti akan duduk atas pelamin macam dia orang jugak,” pujuk, Ustazah Mariam. Wajah, Lokman tersenyum hiba kerana gadis yang ingin dijodohkan oleh ibunya, Ustazah Mariam adalah orang yang sama iaitu,Qasif Nursofea.

 

“Adik,nanti sampaikan sampul ni dekat pengantin lelaki ye?,” suruh, Hakimi kepada seorang pekerja hotel yang bertugas di dalam dewan hotel tersebut.

Kemudiannya,perkerja hotel itu menyampaikan sampul  tersebut kepada, Muhammad Ashariff yang kini telah bangun bersama isterinya untuk berjumpa dengan para tetamu yang turut hadir atas undangan mereka.

“Encik,ada orang bagi saya sampul ni untuk bagi dekat encik” Muhammad Ashariff mengambil sampul surat tersebut. Muhammad Ashariff mahu sahaja membuka lipatanyang menghalangi isian sampul itu. Lantas perlakuannya itu dihalang oleh isterinyabagi diperkenalkan kepada rakan-rakan.

“Tak jadi apa pun?,” rungut, Fiza kepada Hakimi. “Yang kau lembab siapa suruh? Ala…kau tunggu je malam ni! Semua rahsia akan terbongkar!,” Hakimi meyakinkan, Fiza yang duduk bersamanya di dalam kereta.

Qasi fNursofea melangkah kaki bersama Muhammad Ashariff untuk bertemu seluruh keluarga besar, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff memperkenalkan satu persatu saudaranya kepada isteri. Qasif Nursofea juga berjabat tangan dengan setiap yang diperkenalkan oleh suaminya.

“Cantik menantu, Kak Nab. Pandai cari,” ucap salah seorang keluarga, Muhammad Ashariff yang memuji kecantikan, Qasif Nursofea kepada, Mak Zainab. Mak Zainab hanya tersenyum.

“Mak,,”panggil, Qasif Nursofea kepada ibu mertuanya kini. Mak Zainab memberikan senyuman dan ingin melupakan segala yang pernah berlaku sebelum ini. Mak Zainab berhasrat bahawa dia akan melayani sebaik mungkin menantu bongsunya itu.

“Ye,”jawab, Mak Zainab. “Terima kasih mak,” Qasif Nursofea memeluk, Mak Zainab dan pipi gebu serta dahi, Qasif Nursofea dikucup pula, Mak Zainab. Qasif Nursofea juga turut memeluk dan mencium pipi, Pak Mullia yang kini telah menjadi ayah mertuanya.

Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff kadangkala diusik oleh rakan-rakan mereka.Kadangkala juga mereka mengikut ajakan teman dan keluarga untuk bergambar bersama.

Kini,kemuncak majlis sudah tiba. Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea memotong kek 5 tingkat yang dihias cantik. Muhammad Ashariff menyuap kek kepada isterinya dan isterinya pula membalas suapan kepadanya.

Ucapan daripada kedua mempelai mengakhiri majlis akad nikah dan persandingan pada hariitu. Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea meminta diri untuk naik ke bilik yang disediakan khas untuk pengantin pada hari ini.

Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea hanya duduk berdua di dalam bilik yang telah dihias indah oleh pihak hotel. Pertama kali buat mereka berdua duduk bersama setelah sah bergelar suami isteri.

Qasif Nursofea telah selesai membersihkan diri dan kini memakai baju tuala mandian. Muhammad Ashariff juga terlebih dahulu selesai mandi sebelum, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menuju ke katil yang ditiduri oleh suaminya, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea tidur di sisi suaminya. Timbul degupan jantung kencang di dada, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff bangun dan mencium dahi isterinya yang sedang berbaring dan kini mencium di pipi kiri dan kanan pula.

“Ops! Abang, Actually I’m not ready” Muhammad Ashariff memberhentikan langkah seterusnya. “Kenapa?,” Muhammad Ashariff masih lagi tidak berganjak dari kedudukannya ketika ini. Qasif Nursofea, bingkas bangun dari baringan. “Tak kenapa tapi, Fea tak ready. Itu je,”jawab, Qasif Nursofea yang seakan merasa kebas pada wajahnya kerana risau.“Tapi, abang kan dah jadi suami, Fea?,” kata, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea, hanya memandang wajah suaminya. “Abang kenalah sabar. Lagipun… majlis di sebelah rumah abang pun belum berlangsung lagi, kan? Fea, Fea rasa… kita tunggu dulu sampai majlis di sebelah sana berlangsung, okey?,” cadangan, Qasif Nursofea membuatkan wajah, Muhammad Ashariff berubah.

“Herm,abang dah ready tau! Bukan je air tongkat ali abang minum! Dengan akar-akar, dengan batangnya sekali abang telan tau! Baru… abang nak test power kejantanan abang ni,” Muhammad Ashariff, sengaja membuat jenaka.

Kata-kata,Muhammad Ashariff itu tidak mampu lagi dapat ditahan tawa isterinya. “Kelakar lah abang ni!”.

Wajah Qasif  Nursofea, dipegang kini oleh kedua telapak tangan, Muhammad Ashariff. “Abang tak akan pernah memaksa, Fea. Abang hormati setiap keputusan, Fea. Yang paling bermakna untuk abang sekarang adalah,Fea sudi jadi isteri abang. Itu yang paling bermakna bagi, abang,” ucap,Muhammad Ashariff.

Telapak tangan, Muhammad Ashariff dikucup oleh, Qasif Nursofea. “Terima kasih… terimakasih juga sebab sudi memperisterikan, Fea,” ucap pula, Qasif Nursofea.

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia