Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 93

“Kenapa kau kembali setelah kau singkirkan aku dalam hidup kau? Kenapa kau perlu datang setelah aku merasakan bahagia disamping orang lain?,” cakap, Qasif Nursofea seorang diri setelah berada di dalam bilik. Bantal yang berada di sisinya diambil lantas memeluk akan bantal tersebut di atas tilam empuk. Qasif Nursofea melihat cincin yang cantik dipakai pada jarinya kini. Qasif Nursofea terkenang akan penerimaannya terhadap lamaran, Lokman.

Air mata, Qasif Nursofea kini gugur lagi. Qasif Nursofea masih mengenangkan kedatangan, Muhammad Ashariff yang tidak dijemput.

 

Muhammad Ashariff merehatkan diri di dalam bilik hotel. Terasa rindu pada, Qasif Nursofea menerjah masuk di dalam hati. Terbayang saat indah bersama dan merasa kesal kerana pernah menyingkirkan wanita itu di dalam hidupnya.

“Lokman dah melamar, Sofea,” beritahu, Lokman sewaktu menghubungi ibunya, Ustazah Mariam. Ustazah Mariam masih lagi berada di Ipoh, Perak. “Betul ke ni? Jadi, Sofea terima lamaran, Lokman tak?,” tanya, Ustazah Mariam yang sangat teruja dengan berita itu. “Dia terima ibu,” jawab, Lokman sewaktu di dalam talian telefon. “Alhamdulillah,”Ustazah Mariam sungguh gembira setelah mendengar berita baik daripada anak bujangnya.

 

“Abang sangat memerlukan, Fea dalam hidup abang. Abang tak boleh teruskan hidup ni kalau,Fea terus membenci abang. Abang mengaku abang salah. Tapi, abang dah sedar tentang  kesalahan abang. Please… Fea! Tolong terima abang kembali. Abang nak bina masjid bersama, Fea semula. Sama-samalah kita membina semula masjid yang pernah runtuh dahulu. Abang merayu pada, Fea!” Qasif Nursofea membaca pesanan ringkas whatsapp yang telah dihantar oleh bekas suaminya, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea hanya membaca tanpa memberikan respon. Telefon bimbit, Qasif Nursofea kini dimatikan.

Muhammad Ashariff melihat telefon bimbit miliknya tanpa dibalas mesej oleh, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff bangun merapatkan dirinya dengan balkoni di dalam bilik. Muhammad Ashariff terkenang akan malam kejutan istimewa yang dirancangkan oleh, Qasif Nursofea pada waktu dahulu. Terasa terlalu indah apabila dikenangkannya semula.

 

Kotak baldu merah dibuka oleh Ustazah Mariam. Lantas, mengambil cincin itu sebagai isinya. Ustazah Mariam mengambil cincin yang pernah diberikan arwah suaminya sewaktu awal pernikahan mereka dahulu.

“Abang,Mariam akan berikan cincin yang abang pernah bagi pada, Mariam ni kepada,Sofea. Sofea, bakal menantu kita. Mariam tahu… kalau abang masih ada… abang pasti akan izinkan,” bercakap, Ustazah Mariam seorang diri dan masih memegang cincin pemberian suaminya dahulu.

Qasif Nursofea melangkah masuk ke dalam pejabatnya pada pagi itu. Meletakkan beg di dalam laci dan membuka komputer di meja. Qasif Nursofea melihat sampul surat berwarna coklat diletakkan di atas rak meja. Qasif Nursofea mengambil sampul surat yang tertera akan namanya.

Qasif Nursofea membuka dan melihat kotak cakera padat. “CD apa ni?,” bertanyanya seorang diri. Dilihat cakera padat yang tidak mempunyai tanda atau tajuk.

Qasif Nursofea terus memasukkan cakera padat itu di komputer. Menunggu beberapa saat,cakera padat itu memutarkan video. Video yang dilihat oleh, Qasif Nursofeacukup memberikan impak kepada dirinya. “Ya Allah! Video apa ni?!!,” dia terus mengeluarkan cakera padat itu dari komputer. Jantungnya mula berdegup laju.

Qasif Nursofea bangun dan melangkah pergi ke meja setiausahanya. “Siapa yang masuk dalam bilik saya dan letakkan sampul surat di atas meja saya?!,” tanya, Qasif Nursofea dengan nada marah pada setiausaha itu.

“Sampul surat apa doktor? Sebab… saya belum masuk dalam bilik doktor pun hari ni,” beritahu setiausaha itu sambil berdiri.

Qasif Nursofea melangkah kembali masuk di dalam bilik. Qasif Nursofea mengambil cakera padat tadi dan memijaknya dengan kasut tumit tinggi yang dipakai. “Tak guna Hakimi! Kau terus mengganggu hidup aku! Apa yang kau nak sebenarnya?,”Qasif Nursofea kini menghubungi, Hakimi.

Beberapakali, Qasif Nursofea cuba menghubungi, Hakimi dan kini kedengaran suara, Hakimi menjawab panggilan, Qasif Nursofea. “Hello sayang! Akhirnya kau cari jugak aku kan?,” ketawa, Hakimi dari corong telefon. Suara, Hakimi cukup membingitkan telinga, Qasif Nursofea.

“Tak guna kau, Hakimi! Kau rekod video tu, Hakimi?? Perbuatan sumbang kau dulu buat aku mahu bunuh kau, Hakimi! Kau memang lelaki tak guna! Aku minta tolong pada kau sangat- sangat. Tolong hapuskan semua video yang kau simpan tu! Please!,” Qasif Nursofea mengarahkan,  Hakimi.

“Syh!Jangan sebut bunuh-bunuh! Tak baik sayang!,” ketawa, Hakimi lagi. “Kimi! Aku minta tolong sangat-sangat! Kau tolong delete video yang kau simpan tu. Tak guna kalau kau terus simpan!,” pinta, Qasif Nursofease akan merayu.

“Siapa cakap tak guna? Okey… aku nak kau jumpa aku dulu. Kemudian aku delete lah. Boleh?,” cadang, Hakimi. Qasif Nursofea merasakan berat hatinya untuk mengikut cadangan Hakimi. Tetapi dia perlu berjumpa juga dengan lelaki kejam itu. Qasif Nursofea sanggup bertemu lelaki itu demi video tersebut.

Qasif Nursofea memandu kereta pergi ke tempat yang telah dicadangkan oleh, Hakimi.Tempat yang dijadikan janji temu itu merupakan di sebuah bilik hotel. Qasif Nursofea pergi seorang diri.

Kini,Qasif Nursofea tiba di perkarangan hotel. Ditekan pada punat lif untuk menuju ke tingkat 5 menuju ke bilik yang diarah, Hakimi.

Muhammad Ashariff melihat akan susuk tubuh keluar dari pintu lif. “Sofea? Dia tinggal dekat hotel ni jugak ke?,” ngomel, Muhammad Ashariff seorang diri yang mahukeluar dari pintu bilik hotel. Muhammad Ashariff memilih untuk mengokori, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff hanya melihat dari jauh. Qasif Nursofea dibukakan pintu oleh seseorang dari dalam.

Muhammad Ashariff berjalan menuju ke arah bilik yang, Qasif Nursofea masuk sebentar tadi. Muhammad Ashariff duduk di belakang pintu kecemasan untuk terus menunggu,Qasif Nursofea. Pelbagai soalan muncul di ruang hati, Muhammad Ashariff ketika ini.

Previous: Bab 92
Next: Bab 94

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia