Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 42

Muhammad Ashariff kini sampai di hotel yang dipilih, Qasif Nursofea. “Ye, encik? Boleh saya bantu?,” tanya seorang petugas hotel.

“Erm…macam mana nak cakap ye? Oh ye, tunang saya ada datang sini untuk perbincangan tentang majlis kahwin kitorang,” jelas, Muhammad Ashariff. “Sekejap ye. Saya hubungi pengurus saya” Muhammad Ashariff hanya menunggu.

MuhammadAshariff cuba menghubungi, Qasif Nursofea tetapi tidak pula dijawab. “Encik, sekarang ni perbincangan diadakan dengan, Qasif Nursofea,” pekerja itu memaklumkan “Ye,itu tunang saya,” maklum akan, Muhammad Ashariff. “Kalau macam tu, encik boleh ikut saya” Muhammad Ashariff mengikut langkah lelaki yang bekerja di hotel berkenaan.

Mereka menuju ke aras 3 hotel tersebut. Lalu lelaki itu membukakan pintu kepada, Muhammad Ashariff. “Di situ Encik” Kini, Muhammad Ashariff melihat akan seorang gadis yang kini tersenyum manis kepadanya serta lengkap bertudung merah.

Hi, sayang,” tegur, Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff yang berdiri di sebelah meja perbincangan mereka. “Ohye, Encik Lokman. Perkenalkan ini tunang saya, Ashariff. Abang, inilah perunding kita” Muhammad Ashariff berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Muhammad Ashariff duduk di sebelah, Qasif Nursofea.

“Encik Lokman, saya tak kisah pasal budget.Kalau semuanya okey, saya akan bayar hari ini,” kata, Qasif Nursofea kepadaLokman.

Okay kalau macam tu, deal!,” Lokman menghulurkan tangan kepada,Qasif Nursofea dan Qasif Nursofea menyambut akan salam tersebut.

Qasif Nursofea kini menulis jumlah dan menandatangani pada cek yang ditulisnya.“Abang, semuanya dah settle sekarang.Ada apa-apa lagi ke yang perlu kita tambah?,” Qasif Nursofea kini menoleh kepada,Muhammad Ashariff yang tidak menjawab pertanyaannya.

“Abang? Hey!,” Qasif Nursofea memetik jari pada hadapan wajah, Muhammad Ashariff. “Eh,ye? Apa tadi?,” soalan, Muhammad Ashariff itu membuatkan, Lokman dan Qasif Nursofea ketawa.

“Takpe,takpe, Dr. Sofea. Orang nak kahwin memang macam ni. Banyak perkara nak difikir”kata, Lokman. Muhammad Ashariff tersenyum dan merah mukanya kerana sedikit maluakan sikapnya.

Lokman bangun mengambil resit pembayaran untuk diberikan kepada, Qasif Nursofea.“Abang, kenapa?,” soal, Qasif Nursofea yang melihat sikap ganjil, Muhammad Ashariff.

“Sejak bila Fea bertudung ni?,” belum sempat, Qasif Nursofea menjawab, Lokman datang kembali untuk menyerahkan resit.

Okay terima kasih. Nanti, Doktor Sofea dengan tunang boleh datang semula untuk try baju dan lihat persiapan tema yang, Doktor Sofea pilih,” maklum akan, Lokman.Muhammad Ashariff berjabat tangan semula dengan, Lokman begitu juga denganQasif Nursofea.

Qasif Nursofea bersembang dengan tunangnya semasa berjalan keluar dari hotel. “Fea pilih tema… snow and tulips flowers. Fresh flower tau! Bukan plastik” Muhammad Ashariff hanya tersenyum sewaktu mereka berjalan keluar bersama.

“Fea,kita jumpa dekat kopitiam sana,” ajak, Muhammad Ashariff. “Okay sayang” Mereka kini memandu kereta masing-masing.

Mereka berdua kini sampai di sebuah kopitiam yang berhampiran. Mereka memilih meja di dalam kafe memandangkan cuaca yang agak panas. “Fea, nak minum apa?,” tanya,Muhammad Ashariff yang duduk menghadap tunangnya. “Cappuccino ice” Muhammad Ashariff menandakan pada kertas yang disediakan untuk memesan minuman.

“Abang,kenapa Fea tengok abang lain macam je hari ni?,” Qasif Nursofea memandang tepat pada wajah, Muhammad Ashariff.

“Fea,abang fikir banyak hal lagi ni,” jawab, Muhammad Ashariff. “Apa lagi yang abang fikir? Semuanya dah settle kan? Cumatinggal ujian HIV. Permohonan nikah luar negeri dan kursus kahwin pun dah! Apalagi yang tak settle? Oh ye… kad, kadjemputan macam mana ni, abang?,” resah, Qasif Nursofea memikirkan akan lupa pada cetakan kad jemputan. Qasif Nursofea hanya  tersenyum sambil menyedut minuman yang kinitelah terhidang di atas meja.

Muhammad Ashariff mengeluh resah. “Bukan itu yang abang fikir. Fea, tahu tak? Kita ada masalah dengan wali! Susahlah macam ni! Orang lain nak kahwin tak payah pun nakfikir soal ni. Ini semua buat abang penat tau tak? Fikirkan hal ni! Padahal… inibukan masalah abang!”. Qasif Nursofea tersentuh pada perasaannya mendengar rungutan, Muhammad Ashariff. “Abang,,” Qasif Nursofea tidak sempat untukberkata apa-apa.

“Cukup! Abang tension! Ni, abang nak tanya abang,Fea tu takkan tak boleh pakai? Abang apa macam tu? Adik dia sendiri nak kahwin…dia endah pun tak! Susahlah macam ni kalau nak kahwin! Macam nikah dengan orang yang sebatang kara!,” kata-kata, Muhammad Ashariff cukup memukul benak hati,Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff tidak sedar akan perubahan pada wajah lembut,Qasif Nursofea.

“Abang,”lembut sahaja suara, Qasif Nursofea memanggil. “Tak payah bincang apa lagilah! Nanti abang fikirkan,” pintas, Muhammad Ashariff. “Abang!” Muhammad Ashariff kini  memandang wajah, Qasif Nursofea.

“Abang tahu tak? Ke, abang tak sedar?? Orang yang abang kutuk tu adalah abang kandung,Fea! Walaupun dia orang buang Fea, tapi Fea tak pernah membenci dia orang!Jangan mengutuk kekurangan, Fea! Fea tahu, Fea tak sempurna seperti orang lain!!Ye, Fea anak yatim piatu dan hidup, Fea sekarang tak ubah seperti sebatang kara! Abang lupa ke? Ha? Abang lupa yang perempuan depan abang ni adalah anak yatim piatu dan hidup seorang diri! Memang susah abang nak nikahi, Fea! Kalau susah bagi abang… cukup! Cukup setakat ni! Fea, nak ingatkan lagi sekali mana janji yang pernah abang ucapkan dulu??,” Qasif Nursofea merasakan dirinya begitu kekurangan diatas apa yang telah diungkapkan oleh, Muhammad Ashariff.

“Sayang,”Muhammad Ashariff cuba untuk tenangkan keadaan. Tetapi gagal. Qasif Nursofea laju berbicara tanpa memberi ruang untuk, Muhammad Ashariff dari berkata.  “Abang, berapa kali, Fea nak cakap?? Fea,bukan tagih kasih! Fea, bukan peminta sedekah kasih orang lain!”. Muhammad Ashariff terkesima dan amat terkejut dengan kata-kata, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff tidak sengaja akan kata-katanya sebentar tadi. Kini, Qasif Nursofea bangun dari tempat duduknya dan melangkah laju meninggalkan, Muhammad Ashariff  di situ.

Teresak-esak,Qasif Nursofea dalam pemanduannya. Qasif Nursofea memberhentikan kereta digarisan tepi. Dia meraung sekuat hati. Kesedihan, Qasif Nursofea hadir kembali.Teresak-esak tangisannya. “Ya Allah, hentikan aku dengan dugaan ini! Bantu aku…bantu aku, Ya Allah!”.

Qasif Nursofea tidak lagi jahil dengan suruhan agama. Qasif Nursofea merelakan dirinya untuk kenal pengertian islam selepas dia memahami kehendak dan suruhan daripada,Allah. Walaupun masih baru dia mengenali Ustazah Mariam, tetapi wanita itubanyak mengajarnya tentang agama islam. Kini, Qasif Nursofea menetap di KualaTerengganu membekalkannya ajaran agama yang telah diajarkan oleh, Ustazah Mariam. Qasif Nursofea juga sudah pandai untuk menunaikan solat dan banyak membaca buku-buku agama yang telah dihadiahkan oleh, Ustazah Mariam. 

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia