Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 65

Qasif Nursofea melangkah masuk ke dalam sebuah butik berjenama yang menjual beg tangan.Mak Zainab hanya membatukan diri. Muhammad Ashariff melihat sikap dingin ibunyaitu. Muhammad Ashariff menolak pada tayar kerusi roda yang dinaikinya sendiri dan memujuk, Mak Zainab untuk masuk memilih beg tangan yang ingin dibeli.

“Taknak lah!Kenapa pulak yang tiba-tiba bawak mak datang beli beg ni?? Argh! Taknak lah, mak!,”Mak Zainab menolak dengan keras pelawaan, Muhammad Ashariff.

“Ala…mak ni, rezeki tau! Tu… menantu mak nak belikan, mak ambik jelah. Apa yang susah sangat?,” pujuk, Muhammad Ashariff yang turut menghadiahkan senyuman yang dihiasi sedikit kumis berserta lesung pipit kepada, Mak Zainab.

MakZainab tetap memilih untuk berdiri di situ sahaja. Mak Zainab merasakan sakit hatinya melihat reaksi, Qasif Nursofea yang sering menunjukkan beg tangan yang cantik kepada dirinya.

“Dah! Jom… jom,” Muhammad Ashariff terus menarik tangan, Mak Zainab. Mak Zainab menepis tangan, Muhammad Ashariff yang terus-terusan menarik tangannya. Atas tindakan, Mak Zainab tadi, kerusi roda yang diduduk oleh, Muhammad Ashariff berjalan laju dengan sendirinya.

Mak Zainab mulai bimbang dengan apa yang terjadi. Mak Zainab berlari untuk menahan kerusi roda yang dinaiki anaknya. Terlihat akan tangan, Muhammad Ashariff menggapai sana sini.

Akhirnya kerusi roda itu dapat dihentikan oleh, Mak Zainab. Kerusi roda itu berhenti bukan kerana pertolongan, Mak Zainab akan tetapi, Muhammad Ashariff sendiri yang menahan dengan menggunakan satu lagi kakinya yang masih sihat. Sengaja, Muhammad Ashariff perlakukan seperti itu  supaya,Mak Zainab tidak dapat menolak ajakan, Muhammad Ashariff lagi.

“Aduh! Sampai hati mak buat, Riff mcam ni. Macam mana kalau, Riff betul-betul jatuh dekat situ?,” rungut, Muhammad Ashariff yang sengaja menggosokkan kakinya yang berbalut itu walaupun tidak merasakan sakit.

Kamu tak apa ke ni? Risaulah mak. Mak takut kamu jatuh dekat tangga tu ha,” Mak Zainab bercakap dengan nada yang bimbang sambil menunjukkan pada tangga yangbergerak menggunakan sistem enjin.

Kini,Mak Zainab menolak kerusi roda yang diduduki oleh, Muhammad Ashariff masuk kedalam butik berjenama yang telah dipilih, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea melihat, Mak Zainab melangkah masuk ke dalam butik beg tangan berjenama tempat dia berdiri. Ada ukiran senyuman lega pada bibir, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea membawa beberapa beg tangan yang telah dipilih olehnya untuk dibawa kepada, Mak Zainab.

“Mak pilihlah. Mak nak yang mana?,” tanya, Qasif Nursofea. Menantunya menunjukkan satu persatu beg itu. “Itu warna terang sangat! Itu kecik! Itu besar! Tak lawa! Macam orang muda! Talinya susah nak galas! kulitnya berkilat sangat!,” itulah antara jawapan-jawapan yang diberikan oleh, Mak Zainab setiap kali dirasakan cantik pada, Qasif Nursofea. Baginya semua tidak elok.

Qasif Nursofea membiarkan sahaja, Mak Zainab memilih sendiri. “Ini jelah!,” akhirnya,Mak Zainab menunjukkan beg yang telah dipilih olehnya sendiri.

“Okey.Bagi beg tu dekat, Fea. Fea nak pergi bayar dekat sana,” Qasif Nursofea mengambil beg yang dipilih, Mak Zainab untuk dibayar. “Rm 800 cik,” beritahu seorang petugas di kaunter. Qasif Nursofea membayar dengan menggunakan kad.

Qasif Nursofea memberikan kepada, Mak Zanab bungkusan beg tadi. Qasif Nursofea menolak lagi kerusi roda suaminya untuk ke butik sebelah. Butik ini pula menjual pelbagaikasut yang berjenama.

Tanpa disuruh menantunya, Mak Zainab memilih dengan sendirinya. Qasif Nursofea menujuke kaunter untuk membayar kasut yang telah dipilih oleh, Mak Zainab.

“Tak payah! Aku ada duit. Simpan je duit kau tu!,” kata, Mak Zainab kepada, Qasif Nursofea dengan nada yang berbisik. Muhammad Ashariff tidak perasan dengan perlakuan,Mak Zainab kerana dia kini sedang asyik melihat kasut-kasut yang terdapat disitu.

Qasif Nursofea akur. Qasif Nursofea pergi ke tempat, Muhammad Ashariff duduk. Dia dapat merasakan sesuatu di kaunter. Qasif Nursofea berjalan semula pergi kepada mertuanya.

“Kasut ni harganya Rm 450, mak cik. Takde diskaun dah. Harga paling murah dekat sini yang inilah,” beritahu petugas kaunter itu. Qasif Nursofea melihat Mak Zainab mencari-cari wang di dalam tas tangannya.

“Berapa tadi?,” tanya, Qasif Nursofea. Mak Zainab melihat menantunya yang mahu membayar kasut yang dipilihnya. Mak Zainab segera memberikan wang kepada wanita itu dengan nilai Rm 250. Tetapi, Qasif Nursofea terlebih dahulu membayarnya.

“Cik,ini bakinya” Qasif Nursofea mengambil wang tersebut daripada wanita yang bertugas. “Kau ingat aku takde duit??” Qasif Nursofea merasa malu akan sikap,Mak Zainab dengan petugas kaunter di hadapannya.

Qasif Nursofea memberikan wang, Mak Zainab itu kepada, Muhammad Ashariff. “Bagi dekat mak balik,” pinta, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff menggelengkan kepala melihatakan sikap, Mak Zainab.

Muhammad Ashariff bersama isteri berserta, Mak Zainab berjalan terus untuk singgah kedalam restoran makanan segera yang terdapat di dalam pasaraya besar itu. Mak Zainab memilih untuk duduk di kerusi menghadap, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea pula duduk di sebelah, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea hendak bangun membeli makanan. Setelah suaminya memberitahu apa yang hendak dimakan, dia menanti pula akan jawapan daripada, Mak Zainab setelahturut ditanya olehnya.

“Mak,mak nak makan apa?,” tanya, Qasif Nursofea buat kali kedua. “Mintak air kosong je lah!,” sinis jawapan, Mak Zainab.

Muhammad Ashariff pula kini menyoal. “Mak nak makan makanan lain ke? Kejap lagi kita pergi beli”. “Tak payah! Entah bersih ke tidak duit dia yang nak bagi aku makan”Qasif Nursofea tersentak dengan apa yang dibicarakan oleh, Mak Zainab.

“Mak,malu kalau orang lain dengar apa yang mak cakap ni. Apa yang tak kena dengan mak sebenarnya ni?,” Muhammad Ashariff merasa marah setelah mendengar kata-kata daripada, Mak Zainab.

Makanan yang dibeli, Qasif Nursofea terhidang kini di meja. Mak Zainab tidak pula meminum air yang dipesan. Makanan yang dipesan oleh mereka berdua juga bagaikan tiada rasa apabila dijamah setelah mengenangkan sikap dingin, Mak Zainab.

Air mata Qasif Nursofea dapat disekat supaya tidak mengalir. Qasif Nursofea tidak mahu air matanya tumpah di tempat awam. Qasif Nursofea memujuk hatinya kini.

Setelah beberapa jam mereka keluar bersama, kini mereka telah kembali semula ke rumah.Keluar sahaja, Mak Zainab daripada kereta, Mak Zainab terus membaling bungkusan beg dan kasut yang di beli tadi ke dalam unggun api.

Perbuatan,Mak Zainab itu betul-betul menguji kesabaran, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff meneggengam jari-jemarinya menahan geram.

“Apa kena dengan mak ni??! Mak?! Mak?!,” Muhammad Ashariff masuk ke dalam rumah untuk mengejar, Mak Zainab. Qasif Nursofea tidak dapat lagi menahan sebaknya.Akhirnya, air mata yang ditahan tumpah jua. Perlakuan, Mak Zainab tadi dapat dilihat oleh kak long.

Kak long datang kepada, Qasif Nursofea dan dengan tidak sengaja, Qasif Nursofea terus memeluk, kak long. Kak long dapat mengagak kenapa sikap,  Mak Zainab berubah seperti itu.

“Mak,Ya Allah! Apa yang mak dah buat ni??!,” Muhammad Ashariff memarahi, Mak Zainab.Tetapi suaranya dapat lagi dikawal supaya tidak nampak biadab.

“Mak tahu yang, Sofea bayar… mak tahu dia belikan mak barang-barang tu. Mak campak barang-barang tu dalam unggun api, mak?? Apa yang tak kena di mata, mak sebenarnyani? Cuba mak bagitahu, Riff!,” Muhammad Ashariff merasa semakin kusut fikirannya apabila ibunya sendiri berubah seperti itu.

Mak Zainab yang berdiri di situ mulai bersuara. “Mak taknak semua yang dia beli dekat,mak tu! Mak taknak duit dia! Kenapa yang kau sakit hati sangat ni? Sanggup kau marah mak kau macam ni, Riff??!! Aku boleh bayar baliklah apa yang dia beli tadi!!,” Mak Zainab bersuara lagi. “Kau jangan nak tunjuk kau tu betul, Riff! Kalau aku tak beranakkan kau… kau tak akan berkahwin dengan bini kau tu sekarang!!”.

“Kenapa kejam sangat, mak ni? Bukan isu bayar ke apa ke sekarang ni, mak. Yang, Riff pelik,  kenapa mak jadi kejam macam ni?Apa yang, Sofea dah buat sampai mak jadi macam ni? Terang dekat, Riff mak!,” pinta,Muhammad Ashariff yang masih berdiri melihat, Mak Zainab.

 

Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia