Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 24

Selesai sudah mereka berbincang kini, Muhammad Ashariff dan kekasihnya meminta izin untuk meninggalkan rumah itu. Qasif Nursofea memeluk, Darwish.

“Darwish,Darwish mengingatkan Aunty dekatarwah babah Aunty,” Qasif Nursofea memeluk kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu hanya menurut. Tanpa disedari terasa ciuman lembut di sebelah pipi kiri, Qasif Nursofea. Darwish mencium pipi, Qasif Nursofea. Entah bagaimana, Qasif Nursofea terkulai layu terduduk lembut di atas permaidani merah ditengah ruang tamu rumah, Fikri dan Kak Nur. Hanyalah lirikan mata manusia di situ yang melihat keadaan, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea teresak-esak di dalam kedaan sedemikian.

Tubuhnya dipeluk oleh, Kak Nur. “Sabar, sayang. Tak baik macam ni” Qasif Nursofea membalas pelukan, Kak Nur.

“Kalau masih ada arwah, Fea tak akan jadi macam ni, kak. Fea tak payah bersusah payah mencari jalan penyelesaian antara kami. Fea tak sempat merasa semua tu kak. Featak sempat merasa seperti orang lain”. 

“Fea,Hey… hey, sayang!  Fea dah ada keluarga baru. Tak lama lagi, Fea akan menjadi milik, Ashariff. Percayalah cakap akak,Fea akan bahagia seperti orang lain,” pujuk, Kak Nur. 

“Maafkan Fea,” menghulurkan tangan untuk bersalam dengan, Kak Nur dan Fikri. Qasif Nursofeaberjalan keluar melintasi, Muhammad Ashariff yang kini masih berada dibelakang.

Fikri memegang bahu, Muhammad Ashariff. “Jaga dia. Dia amanah kau, Riff”. “Aku tak akan sia-siakan, Sofea,” Muhammad Ashariff bersuara.

Muhammad Ashariff dan Qasif Nursofea memulakan perjalanan mereka menuju ke Kuantan.Muhammad Ashariff merasa bersalah dengan apa yang telah terjadi pada situasi hari ini.

“Abang minta maaf” Qasif Nursofea melihat, Muhammad Ashariff yang sedang memandu.“Untuk?”. “Yelah, abang tak sangka perkenalan pertama, Fea dengan keluarga, Kak Nur boleh jadi macam ni”.

“Sepatutnya,Fea yang harus minta maaf. Sebab terlalu beremosi,” Qasif Nursofea meneruskan bicaranya. “Tapi… kenapa abang decide tanpatanya Fea dulu?”.

“Abang tak buat keputusan apa-apa. Abang tak sangka yang, Fikri akan terus tanya, Fea”Qasif Nursofea hanya membatukan diri.

“Elok juga abang bagitahu dia perkara yang sebenar” Muhammad Ashariff memandang, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea meneruskan bicaranya lagi. “Abang, Fea janji,Fea akan lakukan yang terbaik. Fea syukur sangat, abang boleh terima, Fea seadanya”.

“Sudahlah,Fea kan dah janji taknak ungkit perkara tu lagi? Tugas abang adalah mendidik,Fea dan menjadi imam kepada isteri abang,” pujuk, Muhammad Ashariff. “Fea jugajanji, Fea akan bagitahu tentang hal ini kepada keluarga, Fea” Muhammad Ashariffhanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman kepada, Qasif Nursofea.

Mereka meneruskan perjalanan ke Kuantan pahang. “Abang, kita nak kemana sebenarnya ni?,”tanya, Qasif Nursofea sambil membaca papan tanda yang berada di bahu jalan.

“Abang nak bawak, Fea pergi dekat tempat hantaran yang cantik dan murah dekat Kuantan”. Beritahu, Muhammad Ashariff. “Mana abang tahu tempat tu?,” soal,Qasif Nursofea.

“Abang tahu sebab pernah teman kawan abang masa dia nak cari barang untuk hantaran.“Barang ke, bekas hiasan hantaran?,” tanya, Qasif Nursofea pula. Muhammad Ashariff ketawa kecil. “Sama maksud lah jugak tu”.

Akhirnya kini mereka sampai di hadapan kedai yang telah dicadangkan oleh, Muhammad Ashariff.Mereka melangkah masuk. “Wah, banyaknya!,” kata, Qasif Nursofea kepada, Muhammad Ashariff setelah melihat gudang yang menjual barangan hiasan hantaran.“Bukannya banyak je tapi murah. Yang penting cantik sayang!,” kata, MuhammadAshariff.

“Iya adik manis? Mahu apa? Boleh saya tolong?,” tanya seorang pekerja Bangladesh kepada, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea hanya ketawa mendengar percakapan seorang lelaki Bangladesh itu kepadanya.

“Mestilah dia nak cari barang hantaran. Apa? You jual minyak ke dekat sini?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada penjual tersebut sehingga membuatkan, Qasif Nursofea ketawa.

“Saya nak cari hiasan untuk dulang hantaran,” jawab, Qasif Nursofea kepada pekerja tersebut.

“Ohhh,boleh! boleh! Mari sini. Ada banyak bentuk, ada macam-macam pilihan warna.Pilih saja mana yang berkenan,” kata pekerja itu lagi kepada, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff hanya menggeleng kepala tersenyum.

“Apa tema warna nanti?,” tanya pula seorang pekerja perempuan melayu di situ. Tiba-tiba,Muhammad Ashariff tersenyum dan terkesima serta memandang ke arah kekasihnya.

“Iye lah sayang. Apa tema warna kita?” Qasif Nursofea berkerut dahi memikirkan. “Oh, kena ada tema jugak ke?” “Mestilah kena ada warna tema. Baru cantik,” pekerja wanita itu pula menjawab pertanyaan, Qasif Nursofea.

“Apa warna yang, Fea suka?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea. “Fleksible!  Tak tahu. Fea suka semua warna dan takde allergi warna. Apa kata kita gunakan warna putih?,” kata, Qasif Nursofea.

“Bukan putih tu untuk orang yang dah nak kahwin ke?” “Tak semestinya encik. Zaman sekarang ni dah takde ikut warna sangat. Sekarang tak kira apa majlis, Asalkan warna yang dia orang suka dia orang guna sebagai warna tema,” pekerja wanita iuterus menjawab pertanyaan, Muhammad Ashariff.  

“Kalaumacam tu, kita guna warna putih jelah. Bukan je cantik… tapi nampak bersih,suci, betul tak?”. Muhammad Ashariff hanya mengangguk setuju kepada cadangan yang dibuat oleh, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea memilih pelbagai hiasan yang bersesuaian dengan tema putih. “Tak banyak sangat ke, Fea pilih ni? Dah macam nak pinang untuk abang sorang lagi je”Qasif Nursofea seolah tidak memahami apa yang diperkatakan oleh, Muhammad Ashariff pada mulanya. “Amboi! Gatal!,” selepas itu sengatan kecil hinggap di lengankanan, Muhammad Ashariff.

“Fea ambil banyak-banyak ni bukan apa, untuk sebelah abang jugak!,” beritahu, Qasif Nursofea kepada bakal tunangnya. “Sampai banyak macam ni??,” tanya, Muhammad Ashariff lagi setelah melihat banyak yang diborong oleh, Qasif Nursofea.

“Dulang ni nanti, Fea ambil 11 dulang dan abang ambil 9 dulang. Hias buat hantaran,” terang,Qasif Nursofea. “Banyaknya?,” Muhammad Ashariff mengerutkan dahi. “Kak long ada sebut dekat mak dia orang nak hantar 9 dulang berbalas 11 dulang,” jelas, Qasif Nursofea.

“Semuanya cukup Rm 1000”. Muhammad Ashariff memberikan kad kredit miliknya. Tetapi dihalang oleh, Qasif Nursofea yang memberikan wang tunai. Mereka melangkah masuk kembali ke dalam kereta.

“Fea rasa, Fea nak ambil flight hari ini jugalah,abang. Banyak lagi urusan yang, Fea kena selesaikan,” pinta, Qasif Nursofea.“Erm, okay jugak. Kebetulan kita dah ada dekat area sini,” Muhammad Ashariff hanya mempersetujui permintaan bakal tunangnya.

Nasib,Qasif Nursofea baik. Tiket masih belum habis dijual. Dia berangkat pulang pada malam itu juga. Muhammad Ashariff pula kembali pulang ke Kerteh.

Setelah sampai di lapangan terbang LCCT, Qasif Nursofea menaiki teksi untuk pulang ke rumahnya di Damansara setelah menaiki kapal terbang.

“Riyanti? Riyanti?,” panggil, Qasif Nursofea pada pembantu rumahnya sebaik sahaja melangkah kaki masuk di banglo mewah miliknya kini.

“Non, kenapa pulang tidak beritahu,” jawab, Riyanti yang kini berlari menemui majikannya. “Eh, saya nak kena bagitahu dulu ke bila nak pulang? Kan sayacakap, saya pergi untuk 2 ke 3 hari je,” jawab, Qasif Nursofea. “Non mahu minum?” Qasif Nursofea menggelengkan kepala.

Dicapainyakembali telefon bimbit miliknya. Menghantar pesanan ringkas kepada, Muhammad Ashariff.Bagaikan getar akan jiwanya untuk menghubungi abang sulungnya, Aish Irfan tentang perjumpaan ahli keluarga untuk mengagihkan harta.

“Isyh! Boleh ke aku jumpa dia orang? Kalau aku tak pergi, lagilah marah pulak dia orang dengan aku! Aku kena pergi jugak. Aku kena bagitahu juga tentang majlis pertunangan aku”. Ngomelnya seorang diri di ruang tamu utama.

 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia