Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 76

Pak Mullia hanya memandang dan mendengar perbualan telefon isterinya dengan seseorang ketika ini. “Ha… yelah! Mak cik tunggu,” Mak Zainab meletakkan kembali ganggang telefon di tempat asal.

“Dengan siapa awak cakap tadi?,” tanya, Pak Mullia yang berdiri di belakang, Mak Zainab.“Isyh! Awak ni! Terkejut saya!,” Mak Zainab terperanjat apabila menyedari, Pak Mulliatelah berada di belakangnya.

“Kalau tak buat salah takkanlah nak terkejut! Awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke?,” tanya, Pak Mullia yang menyedari perubahan air muka isterinya, Mak Zainab.

“Mana ada saya sembunyikan apa-apa pun! Awak je yang rasa macam tu,” Mak Zainab mahumeninggalkan, Pak Mullia di situ. Tetapi langkah, Mak Zainab terhenti dariterus melangkah apabila mendengarkan lagi bicara suaminya. “Saya ni bawak balik pesan orang kampung” Mak Zainab pelik dengan apa yang disampaikan oleh suaminya kini.

“Pesan apa pulak? Ada yang jemput kenduri ke?,” tanya, Mak Zainab hairan. “Pesan rajin-rajinlah datang ke masjid macam dulu! Lepas dapat menantu… awak langsung takde lagi pergi ke masjid!,” Pak Mullia menyindir, Mak Zainab.

“Nak tunjuk yang dia tu alim sangatlah tu gamaknya!,” Mak Zainab berkata seorang diri. Mak Zainab melihat, Pak Mullia yang kini bermain dengan cucu kecilnya,Husna.

Mak Zainab naik ke tingkat atas dan membuka almari pakaian. Dilihat satu persatu pakaian yang mahu dipakainya esok hari. Mak Zainab tidak sabar menunggu hariesok. Hari yang telah dijanjikan dengan, Fiza untuk keluar bersama.

 

Muhammad Ashariff naik menuju ke kamar tidur kediaman dua tingkat milik isterinya. Dibukanya pintu kamar utama dan melihat, Qasif Nursofea telah berbaring lena di atas tikar sejadah.

“Sayang,kenapa tidur dekat bawah ni? Dah bangun! Tidur atas katil” Qasif Nursofea bangun dan kini berbaring semula di atas tilam empuk katil. Qasif Nursofea menanti, Muhammad Ashariff tidur sama dengannya. Kini, dia memeluk erat akan tubuh suaminya selepas suaminya itu turut sama berbaring di atas katil. Qasif Nursofea menyandar kepalanya pada dada, Muhammad Ashariff.

“Kalau abang dalam kesusahan, Fea janji yang, Fea akan bersama abang walau dalam apa juakeadaan,” ucap, Qasif Nursofea yang mengharapkan, Muhammad Ashariff akan menyatakan ucapan yang sama. “Abang pun sama sayang,” Muhammad Ashariff membalas ucapan yang diharapkan, Qasif Nursofea.

 

Setelah selesai bersarapan pada pagi itu, Mak Zainab menuju keluar setelah mendengar bunyi enjin kereta, Fiza. Pak Mullia pula ketika ini tiada di rumah. Oleh ituamat mudahlah bagi, Mak Zainab mencuri keluar pergi bersama, Fiza.

“Pakcik mana mak cik?,” tanya, Fiza apabila tidak melihat kelibat, Pak Mullia. “Pakcik kamu tak ada. Pergi ke kebun pisang dia. Ha… lekas! Jom kita pergi. Nanti kang dia balik susah pulak mak cik nak keluar,” ajak, Mak Zainab dan dipersetujui oleh, Fiza yang mula memandu meninggalkan kawasan kediaman ibubapa,Muhammad Ashariff.

Mak Zainab tersenyum puas. Mak Zainab merasa sangat gembira apabila dapat kelua rbersama, Fiza. “Kita nak ke mana ye mak cik?,” tanya, Fiza. “Mak cik nak ajak kamu pergi rumah, Mak Embun” Fiza memandang ke arah, Mak Zainab yang duduk pada kerusi penumpang di hadapan.

“Mak Embun? Siapa tu? Kakak mak cik ke?,” tanya, Fiza hairan kerana tidak pernah pula mengenali nama yang disebutkan oleh, Mak Zinab.

“Bukan.Dia tu,” Mak Zainab tidak meneruskan kata. Mak Zainab hanya terus memandang luar dari dalam kereta. “Siapa dia tu,” Fiza bertanya lagi.

Mak Zainab melihat wajah, Fiza. Ada sesuatu yang terlintas di fikiran, Mak Zainab ketika ini. “Kamu ni boleh simpan rahsia tak?” Fiza tersenyum manis melihat, Mak Zainab setelah  mendengar pertanyaan yang diajukan itu. “Boleh! Mestilah boleh!,” jawab, Fiza yang lekas ingin tahu siapakah pemilik nama yang begitu asing buat dirinya. “Betul ni?,” tanya, Mak Zainab lagi.

“Mak cik cakap… mak cik sukakan, Fiza. Kalau mak cik betul-betul ikhlas dengan apa yang mak cik bagitahu dulu… mak cik bagitahu je, Fiza. Tak payah pendam sorang-sorang.Fiza ni memang boleh dipercayai. Fiza janji… Fiza tak akan bocor pada sesiapa termasuk, Ashariff,” Fiza meyakinkan, Mak Zainab.

“Mak Embun tu bukan saudara mak cik. Tapi… dia pandai buat ubat-ubat kampung,” setelah mendengar pujukan Fiza, Mak Zainab menyatakan niatnya kini. “Ubat kampung? Makcik nak ambil ubat apa?,” tanya, Fiza yang seakan hairan dengan apa yang dibualkan oleh, Mak Zainab.

“Mak cik… mak cik nak ambil ubat bagi lembut sikit hati, Ashariff tu! Ikut sangat cakap bini dia! Sebelum dia lupa mak bapak dia ni… mak cik rasa… mak cik kena ikhtiar jugak!,” terang, Mak Zainab.

Fiza tersemyum puas memikirkan akan, Muhammad Ashariff yang sangat dingin dengan dirinya. “Fiza rasa… mak cik tak perlu nak ambil ubat untuk, Ashariff. Sebab… pengikat kasih, Ashariff sekarang adalah diri, Sofea tu!,” hasut, Fiza.

“Sebab itulah mak cik nak ambil ubat untuk, Ashariff! Tapi… kenapa pulak kamu tak bag imak cik ambil ubat untuk, Ashariff? Kamu dah berubah hati ke?,” tanya, MakZainab yang mula merasa pelik dengan kata-kata, Fiza.

Fiza yang masih lagi memandu memandang ke arah, Mak Zainab. Pandangannya itu dibalas dengan pandangan dari, Mak Zainab juga. “Apa kata… kalau mak cik gugurkan saje kandungan, Sofea! Kalau cara ni… memang confirm,Ashariff akan tunduk pada mak cik!,”Fiza memberikan pendapat jahat dan ianya adalah sangat berdosa besar.

“Isyh! Berdosa tu! Mak cik tak sanggup nak buat sampai ke tahap macam tu!” jawab, MakZainab. Fiza melihat, Mak Zainab yang seolah memikirkan apa yang telah dicadangkan olehnya sebentar tadi.

“Aku kena racun lagi fikiran orang tua ni,” bicara hati, Fiza seorang diri tanpa didengari oleh, Mak Zainab.

“Sama je dengan apa yang mak cik nak buat sekarang. Mak cik memang tak suka dengan menantu mak cik tu sekarang kan? Mak cik pun memang nak, Ashariff nikah lagi satudan mungkin mak cik nak, Sofea tinggalkan, Ashariff! Betul tak? Jadi… bagi,Fiza jalan ini je adalah jalan yang terbaik! Fiza pun boleh bagi cucu dekat makcik. Berapa orang yang mak cik nak? Nak cucu lelaki? Perempuan? Fiza boleh bagi dekat mak cik! Mana tahu… boleh dapat cucu kembar pulak nanti!,” hasut, Fiza yang merasakan, Mak Zainab akan ikut segala kata-katanya.

Mak Zainab tidak lagi berbual dengan, Fiza. Mak Zainab memilih untuk berdiam. Mak Zainab hanya menunjukkan jalan yang perlu dilalui oleh, Fiza yang masih lagi memandu.

“Ini lah rumah dia. Jom turun! Mungkin dia ada dalam rumah tu. Tingkap buka,” Mak Zainab mengajak, Fiza untuk turun bersama dengannya. Mereka menanggalkan tali pinggang kaledar kereta dan sama-sama keluar daripada perut kereta.

“Mak cik fikirlah apa yang, Fiza bagitahu mak cik tadi!,” sempat sahaja, Fiza memesan kepada, Mak Zainab sewaktu mereka mahu melangkah menuju di hadapan rumah bomoh, Embun. Mak Zainab dan Fiza sekarang telah berada di hadapan rumah bomoh handal iaitu, Mak Embun.

Setelah mereka berdua memasuki ke dalam rumah bomoh, Embun, Mak Zainab menyatakan apakah yang telah dihajatkannya sebentar tadi. Mak Embun kini membuat ubat yang sedang dijampinya mengikut hajat yang telah diminta dari pelanggannya itu. 

 

Qasif Nursofea yang sedang menuruni anak tangga melangkah pergi ke arah, MuhammadAshariff yang leka menonton cerita kegemaran di televisyen. “Abang, hari ni,Fea nak pergi klinik nak buat check up”.Okey, abang ikut” Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff mahu berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaan anak mereka yang masih berada di dalam kandungan.

Seperti yang telah dirancangkan kini, Qasif Nursofea dan Muhammad Ashariff menunggu giliran untuk masuk memeriksa kesihatan kandungan. “Qasif Nursofea Binti Darwish?,” panggil seorang jururawat.

Muhammad Ashariff bersama isteri melangkah masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas. Kandungan, Qasif Nursofea mula diperiksa. Beberapa langkah pemeriksaan dilakukan keatas dirinya. Memeriksa tekanan darah, menguji tahap glukosa dalam darah dan juga melakukan imbasan ultra sound untuk melihat keadaan dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Mereka berdua bersama doktor yang bertugas melihat bayi yang terpapar di skrin kecil,bayi yang masih di dalam kandungan yang masih belum menampakkan seperti seorang bayi. Kelihatan waktu itu hanyalah kelihatan bentuk yang agak membulat. Serta jantung bayi itu turut didengar berdegup. Mereka berdua tersenyum melihat keadaan bayi yang akan membesar tidak lama lagi.

 

Mak Zainab bersama, Fiza hanya memerhati jampi serapah yang dibaca, Mak Embun. “Ingat! Ubat tu jangan dibagi salah pada orang lain! Bahaya! Kalau dibagi pada perempuan yang belum beranak… dia tak akan beranak sampai bila-bila!,” pesan,Mak Embun kepada Mak Zainab yang telah memegang bungkusan ubat tersebut.

 

Muhammad Ashariff mengambil ubat yang diberikan di kaunter farmasi. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kereta. “Nak pergi mana pulak?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada, Qasif Nursofea. “Fea ingat… Fea nak pergi butik baju hamil lah sayang. Sebab sekarang ni pun, Fea dah tak selesa nak pakai seluar dan baju yang ada,” ajak, Qasif  Nursofea.

Muhammad Ashariff memandu kereta untuk pergi ke tempat yang diajak oleh isterinya. Jari-jemari isterinya dicium, Muhammad Ashariff sewaktu di dalam pemanduan. Qasif Nursofea menyandarkan kepala di bahu kiri, Muhammad Ashariff.

 

“Terima kasih, Fiza. Kamu jangan pulak cerita dekat orang lain ye?,” pesan, Mak Zainab kepada, Fiza setelah sampai di perkarangan luar rumahnya.“Ye, mak cik janganlah risau!,” Fiza mula meninggalkan perkarangan rumah, Mak Zainab. Fiza tersenyumlebar. Lantas, mencapai telefon bimbit dan mendail nombor, Hakimi untuk memberitahu tentang cerita hari ini.

“Mak pergi mana tadi?,” teguran, kak long memeranjatkan, Mak Zainab yang baru hendak masuk ke dalam rumah. Kak long melihat bungkusan ubat yang dibekalkan dari, Mak Embun berada di tangan, Mak Zainab. Kak long tidak perasan apakah barang yang dipegang ibu mertuanya dan kini disimpan kemas di dalam beg bimbit, Mak Zainab.

“Mak pergi kedai,” jawab, Mak Zainab yang pandai menyimpan nada terkejut setelah  ditegur menantunya, kak long.

“Dengan,Fiza?,” Kak long bertanya dengan nada hairan.  “Herm, dengan siapa lagi?” Kak long juga tidaksuka akan layanan, Mak Zainab kepada, Fiza. Kak long pernah mendengar cerita tidak baik tentang, Fiza yang pernah diceritakan oleh anaknya, Akir.

Mak pergi mandi dulu. Panas betul hari ni,” Mak Zainab mengelak dari terus ditanya soalan daripada menantunya, kak long. Mak Zainab melangkah pergi menuju masuk ke dalambilik mandi yang terdapat di tingkat bawah. Kak long masih lagi berdiri di situ.

Previous: Bab 75
Next: Bab 77

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia