Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 6

Perkenalan mereka semakin mesra, malah merasakan perkenalan mereka ini seolah sudah lama mereka kenal antara satu sama lain. Sehingga membuatkan, Muhammad Ashariff mengharapkan sesuatu daripada, Qasif Nursofea. Mengharapkan agar perasaan, Qasif Nursofea sama seperti apa yang telah dia rasa ketika ini. Daripada perkenalan melalui telefon dan laman sosial sudah cukup membuatkannyaberkeinginan untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat.

“Hoi! Aku tengok kau ni dah macam orang dilamun cinta je, Riff!,” tegur seorang rakan kerja, Muhammad Ashariff iaitu, Hakimi. Teguran itu membuatkan lamunan, Muhammad Ashariff terhenti.

“Apa? Kau ingat kau sorang je laku?! Tengok orang la beb! Kalau aku tak laku jangan panggil aku, Ashariff Mullia lah weh!,” jawab, Muhammad Ashariff pada teguran rakan pejabatnya.

 “Mak ai! Naik berbulu tekak aku dibuatnya! Siapa mangsa tu? Share lah dengan aku,” usik, Hakimi lagi.

“Ah!Buat apa aku nak share! Tak pasal-pasal kau kebas! Buang karen je!,” balas, Muhammad Ashariff. Mereka berdua sama-sama ketawa sambil melangkah masuk ke dalam makmal tempat mereka bertugas.

 

I nak keluar makan ni. You dah makan belum?,” pesanan ringkas whatsapp dihantar ke telefon bimbit, Qasif Nursofea.

I dalam class lagi. Habis class Ibalik rumah makan. Dah last class punni” Mereka sama-sama berbalas Whatsapp.

Muhammad Ashariff tidak sedar akan rakan yang sangat akrab dengannya yang dianggap seperti abang kandung berada dibelakang tempat duduknya.

“Akhirnya,tahniah!!” Satu tamparan agak kuat hinggap di bahu, Muhammad Ashariff. Tegur,Fikri kepada Muhammad Ashariff yang sedang leka dengan telefon bimbit. Muhammad Ashariff cuma menjawab teguran itu dengan senyuman sehingga nampak barisan giginya yang tersusun kemas.

“Tahniah apa kebendanya pulak ni, Fikri?,” soal, Muhammad Ashariff yang seakan mahu berahsia.

“Eleh! Ada rahsia ke antara kau dengan aku ni? Seluar dalam kau pun aku tahu ada lubang ke tak!,” jawab, Fikri sambil ketawa.

“Ada perkara jugak kot yang perlu aku rahsiakan,” Muhammad Ashariff membalas kata-kata,Fikri sambil tersenyum.

Kelihatan,Fikri hendak bangun dari tempat duduknya. “Eh, sentaplah pulak kau ni! Sejak bila pulak kau pandai sentap-menyentap ni? Yelah! Aku memang pun ada kenal dengan sorang perempuan ni,” terang, Muhammad Ashariff seakan memujuk.

Lantas,Fikri kembali duduk pada tempat asalnya tadi. “Eii kau ni! Nak rasa penumbuk aku ke apa?,” Muhammad Ashariff menunjukkan penumbuk pada hadapan lengannya yang sasa. Fikri menunggu cerita, Muhammad Ashariff dengan penuh tidak sabar.

“Macam ni… aku ada terjumpa dengan sorang budak ni. Taklah terrr… jumpa! Memang tak pernah jumpa pun lagi. Dia budak medic.Umur 26 tahun orang, Damansara. Itu jelah yang aku tahu pasal dia,” terang, Muhammad Ashariff dengan bersahaja.

Fikri seolah keliru. “Eh… jap! Tak pernah jumpa? So?”

Muhammad Ashariff terus menjawab pertanyaan Fikri. “Aku jumpa dia dalam FB”.

“Eh! Biar betul kau ni? Boleh  percaya ke?Ntah-ntah… ada orang menyamar ke apa? Ha! gambar yang dia letak dekat FB tu!Entah betul ke tidak?! Banyak orang terkena perangkap dekat internet ni, Riff! Kau jangan nak melulu terus je, Riff!,” pesan, Fikri yang merasakan tidak boleh percaya dengan laman sosial. Fikri tidak mahu, Muhammad Ashariff turut menjadi mangsa yang sama dengan laporan yang pernah diterbitkan oleh pihak media tempatan. 

“Eh jap! Jap! Takkan kau dah tangkap cintan dengan dia, Riff?! Jumpa pun tak pernah! Baik ke tak orangnya? Aku taknak tengok kau kecewa nanti, Riff!,” soal,Fikri yang merasa bimbang jikalau, Muhammad Ashariff dipermainkan.

“Wowowowo! Ni yang aku malas nak cerita ni! Kau janganlah fikir bukan-bukan! Kalau dia nak permainkan aku pun nak buat apa, kan? Lagipun, dia tak pernah mintak 1 sen pundekat aku ni. Sebab tu aku confidence! Lagi satu… aku nak jumpa dia esok,” Muhammad Ashariff cuba meyakinkan, Fikri.

“Eh,Riff! Bawaklah aku sekali jumpa dia. Nak jugak aku tengok bakal bini bff aku ni,” kata, Fikri yang kini turut menyusun langkah masuk ke dalam makmal bersama, Muhammad Ashariff.

“Kau nampak ni??,” penumbuk, Muhammad Ashariff ditujukan buat kali kedua kepada sahabatnya.  Fikrih anya menurutkan sahaja. Bahkan, Fikri juga akan sama-sama mengikuti, Muhammad Ashariff untuk menghadiri kursus bidang pekerjaan mereka. 

 

“Non, makanannya sudah dihidang. Jemput makan ya, non,” panggil, Riyanti. “Okay, thanks,” sambil melangkah ke tempat makan selepas di jemput, Riyanti telefon bimbit, Qasif Nursofea berdering, malah dia amat mengenali akan deringan tersebut.

Hi… buat apa?,” tanya, Muhammad Ashariff dari corong telefon bimbit.

“Baru nak makan. Marilah, jemput makan sekali,” pelawa, Qasif Nursofea kepada, MuhammadAshariff.

Okay. Esok saya pergi makan. Lagipun saya dah on the way nak ke KL,”beritahu, Muhamaad Ashariff.

“Eh,tak cakap pun bila nak gerak. So, jadilahye… untuk kita jumpa?,” tanya, Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff.

Yes… mestilah jadi. Nak pergi kursus actually slow sikit mood ni. Tapi… bila terkenang nak jumpa awak tetiba mood nak speed”.

Tersenyum lebar, Qasif Nursofea mendengar perkhabaran daripada, Muhammad Ashariff sebentar tadi.

Okay… jumpa esok,” jawab, Qasif Nursofea,ringkas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia