Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 46

“Alhamdulillah,”ucap, Qasif Nursofea yang sedang memulakan pemanduannya meninggalkan rumahkeluarga, Fikri. Telefon bimbit dicapainya. “Abang, sibuk ke?,” tanya, Qasif Nursofea yang masih di dalam pemanduan menuju pulang ke Kuala Terengganu.

“Tak. Masa sibuk dah habis,” Muhammad Ashariff ketawa kecil dalam perbualan telefon bersama, Qasif Nursofea. Sambung Muhammad Ashariff lagi. “Kenapa sayang?” “Abang dah tahu ke pasal wali, Fea?” Muhammad Ashariff terfikir akan perihal tersebut selepas tunangnya bertanya.

“Wali?Ha, macam mana? Abang Aish, ke?,” tanya, Muhammad Ashariff sedikit terkejut.“Isyh, apa pulak dia? Fea, kan pergi rumah, abang Fikri. Dia dah uruskan pasal wali tu. Dah takde masalah lagi. Semuanya dah selesai. Jangan risau sangatlah!,”beritahu, Qasif Nursofea kini.

Muhammad Ashariff bagaikan sedikit hairan akan kata-kata, Qasif Nursofea. “Fikri?” “Ye, Fikri,”jawab, Qasif Nursofea ringkas. “Kenapa pulak dia yang take over? Kan abang dah cakap dengan, Fea yang abang sendiri akan settle perkara ni!,” tegas, Muhammad Ashariff seperti tidak mahu, Fikri masuk campur akan urusan akad nikah.

“Abang tak suka? Dan apa masalahnya kalau, abang Fikri yang uruskan? Dulu abang jugak kata dia bukan orang lain,” Qasif Nursofea, hairan dengan sikap tunangnya.“Tapi bukan semua hal! Takkan hal kita dalam selimut pun, Fea nak share dengan dia??,” tanya, Muhammad Ashariff dengan suara sedikit meninggi. “Abang??!,” marah, Qasif Nursofea pula.

Muhammad Ashariff mengakhiri perbualan telefon dengan alasan sibuk. Qasif Nursofea hairan dengan sikap, Muhammad Ashariff yang kadangkala lekas naik angin dan kadangkala pula seperti orang yang mudah untuk menyatakan sesuatu tanpaberfikir.

Qasif Nursofea terus memandu laju keretanya di atas jalanraya menuju pulang ke Bandar,Kuala Terengganu. “Hello, abang?,” QasifNursofea menjawab panggilan itu tanpa menatapnya di skrin terlebih dahulu.

“Eh? Orang nak kahwin ni memang banyak mengelamun ker??” Qasif Nursofea terkejut dan melihat kembali di skrin telefon bimbit miliknya dan mendapati, Lokman yang menghubunginya bukan, Muhammad Ashariff.

“YaAllah! Sorry sangat-sangat. Sayatengah drive ni. Tak perasan,” Qasif Nursofea memberi alasan.

“Ops! Sorry ganggu, Doktor Sofea. Takpenanti saya call balik,” beritahu, Lokman.“It’s okay  we can talk. Kenapa ye, Encik Lokman,”Qasif Nursofea, mahu meneruskan perbualannya bersama, Lokman.

“Saya nak bagitahu, Doktor Sofea yang pihak designer akan datang ke ballroom hotel hari ni jugak. Tadi saya call cuma nak tunjukkan,Doktor Sofea lay out dewan. Tapi, taksangka pulak pihak designer nak datang hari ini jugak. Doktor, ada banyak masa tak hari ni?,” tanya, Lokman. “Sure boleh. Lagi setengah jam sayasampai,” jawab, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea pergi ke hotel seorang diri memandangkan, Muhammad Ashariff masih bertugas. Seperti yang dijanjikan kini, Qasif Nursofea sampai di perkarangan lobi hotel dan berjalan menuju ke tempat yang akan dijadikan tempat majlis pernikahan dan persandingan.

Lokman,melihat akan ketibaan orang yang dinantinya. “Doktor Sofea” Qasif Nursofea memberikan senyuman pada teguran, pengurus besar perkhidmatan hotel iaitu, Lokman.

“Aik,seorang je? Mana bakal suami?,” tanya, Lokman apabila melihat tiada munculnya,Muhammad Ashariff di situ. “Sorry, diatak dapat datang sebab masih lagi bertugas,” jawab Qasif Nursofea. “Itsokay, never mind. Jom kita pergi ke ballroom,”Lokman mengajak, Qasif Nursofea ke tempat dewan yang mula dihiasi dengan susunatur barangan sehingga di kawasan perarakan masuk pengantin.

“Macammana?,” Lokman memerhati, Qasif Nursofea yang sedang tersenyum indah melihat pekerja-pekerja yang sedang bertangggungjawab menghiasi dewan untuk dijadikan hari yang terindah buat dirinya dan pasangan.

Qasif Nursofea menoleh kepada kedudukan, Lokman yang berdiri disebelah tubuhnya.Tubuh lelaki tinggi melepasi ketinggiannya. Qasif Nursofea sedar akan pandangan,Lokman.

“Sayasuka sangat! Ini baru je permulaan kan? Saya tak dapat bayangkan kalau semuanya dah siap nanti,” Qasif Nursofea memuji hasil kerja yang dirancang oleh, Lokman.

Lokman menunjukkan arah untuk membawa, Qasif Nursofea duduk di kerusi yang disediakan.Pekerja hotel membawa air minuman buat mereka.

“Kalau, Doktor Sofea rasa ada yang perlu kita ubah suai ataupun tambah apa-apa boleh bagitahu saya,” beritahu, Lokman yang duduk bersama, Qasif Nursofea.

“Tak payahlah nak panggil doktor dengan saya. Panggil je, Sofea ataupun, Fea,”Lokman tersenyum mendengar kata-kata gadis cantik di hadapan tempat duduknya.

Sedang mereka duduk berdua di situ, Qasif Nursofea berbicara lagi. “Encik Lokman dah kahwin?” “Lokman je cukuplah. Saya bukan big boss pun dekat sini” Qasif Nursofea ketawa kecil mendengar seloroh, Lokman.

“Belum,”jawab, Lokman ringkas. Kadang-kadang perbualan mereka tidak begitu didengari dan terpaksa diulang bicaranya kerana pemasangan lagu yang mengiringi pekerja hotel yang sedang menyiapkan majlis perkahwinan, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea dan Lokman masih menunggu pereka baju yang dilantik oleh pihak hotel untuk diperagakan di hadapan, Qasif Nursofea.

“Saya dah hubungi dia orang. Dalam masa 1 jam dia orang akan sampai. Boleh ke, Sofea tunggu? Sofea ada kerja lain ke?,” Lokman yang baru sahaja selesai menghubungi pereka fesyen kembali ke arah, Qasif Nursofea.

“Takpe.Saya free” Lokman dan Qasif Nursofeamula berbual kosong. “Sofea asal orang sini? Duduk dekat area mana?,” tanya,Lokman sambil anak matanya memerhati seluruh lukisan wajah cantik, Qasif Nursofea.

“Eh,tak! Saya baru je pindah datang sini. Itu pun sebab saya kena bertugas dekat hospital daerah sini,” beritahu, Qasif Nursofea. “Oh yeke? Jadi, asal mana?,” tanya,Lokman yang ingin mengenali gadis di hadapannya.

“Saya orang, Damansara” Lokman tersenyum segak. Timbul kedutan pada dahi, Qasif Nursofea hairan dengan reaksi di wajah, Lokman.

“Damansara,Utama? Damansara, Damai? Atau Damansara, NewVillage? Satu kampung lah kita,” taka, Lokman. “What? Ya Allah! Yeke? Area mana?,” tanya, Qasif Nursofea yang kini memahami reaksi, Lokman.

Oh my Goodness!,” Qasif Nursofea menutup mulut dengan telapak tangannya setelah mendengar kawasan rumah, Lokman. “Dekat sangat dengan rumah saya, Lokman!,” beritahu akan, Qasif Nursofea. “Awak dekat area mana?,” tanya Lokman pula. Qasif Nursofea memberitahu Lokman. Lokman seakan pernah mengenali tentang kawasan rumah yang diceritakan oleh, Qasif Nursofea.

“Rumah tu rumah, Dato’ Dr. Darwish kan? Nama isteri dia, Datin Maria?” Qasif Nursofea merasa terkejut tetapi dia bijak untuk menyembunyikan reaksi wajahnya. “Yup!,” Jawab,Qasif Nursofea ringkas.

“Rumah awak dekat dengan kawasan orang jogging?,”teka, Lokman lagi. “Yes,” Jawab, Qasif Nursofea lagi. “Sofea, awak kenal dengan,Mariam?” Qasif Nursofea mula tidak sabar untuk, Lokman terus menanyakan  padanya. Tidak sabar ingin tahu siapa sebenarnya, Lokaman.

“Ustazah Mariam awak maksudkan?,” jawapan yang diajukan oleh, Qasif Nursofea diangguk oleh, Lokman. Lokman tersenyum dan turut tersandar pada kerusi yang diduduki olehnya. Qasif Nursofea mulai terasa akan hadir satu perasaan di sudut hatinya kini. Seperti malu, seperti juga ingin tahu siapa, Lokman diantara perkenalannya dengan, Ustazah Mariam. Adakah, Lokman tahu kebodohannya padaagama serta hukum?.

“Saya anak dia. Ustazah Mariam, adalah ibu saya,” kata-kata, Lokman bagaikan hadir duri dan terasa panas di wajah mulus, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mulai bingung. Perasaannya tidak dapat dibendung lagi. Malu? Ya! Hanya malu menguasidirinya kini.

“Sofea? Sofea?,” Lokman, mula mengejar, Qasif Nursofea yang bingkas bangun dari tempat duduknya. “Sofea? Kenapa?,” bahu, Qasif Nursofea direntap, Lokman. “Kenapa saya salah cakap ke?,” tanya, Lokman lagi yang merasa bingung dengan tindakan, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea ingin meneruskan langkah. Tetapi gagal setelah pintu dewan tersebut dihalangi oleh, Lokman. “Tepi! Jangan halang saya!,” pinta, Qasif Nursofea.“Tetapi kenapa, Sofea? Ha?,” Lokman, tetap tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Lokman, langsung tidak memahami dengan tindakan, Qasif Nursofea.

Please, tepi! Jangan halang saya!,”Qasif Nursofea tetap ingin meninggalkan dewan itu. Qasif Nursofea cuba melihat pintu dewan yang lain tetapi ianya ditutup dan dihalangi dengan barang-barang untuk persiapan dewan.

“Kalau awak halang saya… saya akan batalkan urusan antara kita!,” ugut, Qasif Nursofea.“Jangan masuk campur urusan peribadi dengan urusan professional. Saya cuma nak tahu kenapa tindakan awak macam ni?!Itu saja!,” tegas pula, Lokman. Qasif Nursofea menghembus keluh resah yang dirasakan kini. Mahu melangkah keluar tetapi gagal.

Qasif Nursofea duduk semula di kerusi tadi. Lokman, turut melangkah pergi kepada,Qasif Nursofea. Tetapi, Lokman hanya berdiam diri. “Saya nak awak lupakan apayang terjadi diantara mak awak dengan saya!” Lokman semakin hairan mendengar kata-kata daripada, Qasif Nursofea.

“Apa yang awak maksudkan, Sofea? Saya langsung tak faham. Boleh awak jelaskan pada saya?” Qasif Nursofea melihat pada kedudukan lelaki kacak serta berkulit putih itu.

“Saya tahu, saya banyak berkongsi rahsia dengan mak awak! Dan… saya pasti yang awak juga tahu apa yang telah terjadi!”.

“Terjadi?Jadi… awak tahu niat ibu saya?,” soal, Lokman dengan nada berlainan. Nada yang perlahan. “Ye! Semestinya saya tahu!” Lokman terus terasa malu dengan sikap ibunya tanpa bertanyakannya terlebih dahulu.

“Saya tahu yang awak tak akan boleh terima saya macam tu je. Tapi tolong maafkan ibu saya. Saya tak akan sesekali terima cadangan dia. Mungkin jugak yang ibu saya tak tahu yang awak dah nak berkahwin!” Qasif Nursofea bingung dan terus berkecamuk dengan penjelasan, Lokman.

“Apa yang awak merepek ni?,” tanya, Qasif Nursofea. Lokman terdiam. Terus memikir.Lokman terus duduk di kerusi berhampiran dengan tempat duduk, Qasif Nursofea.

“Apa maksud awak?,” tanya, Qasif Nursofea lagi. “Apa? Maksud saya? Kan, awak dahtahu?,” tanya, Lokman pula.

“Sayatahu apa?? Apa yang saya tahu?,” Qasif Nursofea ingin menunjukkan tindakan geramnya. Tetapi dapat dikawal olehnya. Qasif Nursofea semakin hairan akan kelakuan, Lokman.

“Awak tahu yang ibu saya nak jodohkan saya dengan awak? Awak tahu ke?” Melopong mulut,Qasif Nursofea kerana terkejut dengan kata-kata, Lokman. Timbul rasa geli hati pada perasaannya. Qasif Nursofea juga terfikir bahawa, Lokman tidak tahu menahu langsung apa yang pernah dibicarakan antara dirinya dengan, Ustazah Mariam.

Qasif Nursofea, ketawa kini. Timbul rasa hairan dan sedikit pelik pada, Lokman. “Ops! Saya rasa ada yang salah faham dekat sini. Nonsense lah! Mak awak tak pernah pun cadangkan kepada saya untuk kahwin dengan awak! Mustahillah! Mungkin orang lain kot!,” Qasif Nursofea, merasakan sangat kelakar apa yang telah terjadi diantara dia dengan, Lokman ketika ini.

Qasif Nursofea terus ketawa. Merasakan ianya sangat kelakar. Muncul pula kehairanan yang makin menebal pada hati, Lokman.

“Yeke? Salah orang lah ni? Aduh! Malunya!” Lokman serta Qasif Nursofea terus ketawa kerana tidak mampu lagi menahan ketawa mereka.

“Herm,awak ni kelakarlah, Lokman! Mungkin orang lain kot!,” kata, Qasif Nursofea lagi. “Masalahnya orang tu namanya macam awaklah, Sofea! Ibu saya panggil Fiyya,”Lokman, meneruskan katanya.

“Nama saya, Qasif Nursofea. Orang panggil Fea. Bukan Fiyya. Ei… awak salah orang lah!”Lokman kini mengiyakan kata-kata, Qasif Nursofea. Lokman, juga masih lagi pasti bahawa gadis yang dimaksudkan oleh ibunya, Ustazah Mariam adalah gadis yangsama. Gadis dihadapannya kini.

Qasif Nursofea tetap mengatakan bahawa itu adalah kesilapan yang telah berlaku diantara dia dengan, Lokman. “Takkanlah ustazah nak bermenantukan aku lepas dia tahu apa yang telah terjadi pada aku dulu? Mengarutlah, Lokman ni!,” bercakap, Qasif Nursofea seorang diri setelah, Lokman bangun pergi berjumpa dengan pere kafesyen yang kini telah tiba di dalam dewan tersebut.

“Macammana, Encik Lokman? Boleh kami teruskan sesi peragaan?,” tanya seorang wanita kepada, Lokman. “Okay sure,” Lokman memanggil, Qasif Nursofea untuk melihat akan rekaan baju untuk majlis akad nikah dan persandingannya nanti.

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia