Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 16

“Wau! Cantiknya kereta, Kak Sofea,” Akir yang menolong neneknya menyapu sampah di laman berhenti tugasnya apabila melihat dua buah kereta yang tiba.

Akir seakan kenal kereta yang dipandu oleh teman wanita, pak sunya. Qasif Nursofea hanya tersenyum. Qasif Nursofea melangkah kaki menuju ke pangkin kayu yang dihasilkan oleh, Pak Mullia.

Muhammad Ashariff mengangkat beg pakaian milik, Qasif Nursofea naik ke tingkat atas rumah kampung itu untuk di simpan di dalam bilik.

“Seronok tengok orang bakar daun-daun kering ni. Kalau dekat kawasan rumah, Sofea… takde pun aktiviti macam ni. Kalau ada pun jarang sekali,” Mak Zainab melangkah pergi kepada tempat duduk, Qasif Nursofea.

“Dekat kampung ni kalau tak disapu daun-daun kering ni, boleh tenggelam rumah” Qasif Nursofea tersenyum mendengar kata-kata, Mak Zainab.

“Makcik selalu ke sapu laman ni?,” tanya, Qasif Nursofea yang duduk bersama, Mak Zainab di pangkin.

“Selalu lah jugak kalau musim kemarau ni. Kalau tak ada keja lain tu… mak cik selalu jugak menyapu… lepas tu kenalah bakar”.

Mak Zainab melihat wajah gadis di sebelahnya. “Sofea tak pernah tinggal dekat kampung?,”tanya, Mak Zainab kepadanya.

Qasif Nursofea menggelengkan kepala. “Dulu jelah… itu pun waktu, Fea kecil lagi. Arwah babah dulu asal orang, Pahang,” ujar, Qasif Nursofea.

“Ooo jadinya ada kampung lagilah sekarang ni?”.

Qasif Nursofea terus memberikan jawapan kepada, Mak Zainab. “Arwah babah anak tunggal. Lepas nenek dan atuk meninggal… kami tak pernah balik lagi ke kampung babah. Mama pula asal dari, Selangor. Keluarga dia tak suka dia masuk islam.Jadi… mama tak pernah bawak kami pergi ke rumah atuk dan nenek di sebelah mama,”cerita, Qasif Nursofea.

“Oh macam tu. Diorang ada lagi ke?,” soal Mak Zainab lagi.

“Entahlah.Sofea tak tahu” Mak Zainab memandang, Qasif Nursofea lagi. “Patutlah Sofea ni cantik… rupanya kacuk”.

“Eh, takde lah, mak cik. Biasa je,” jawab, Qasif Nursofea merendah diri.

“Sofea muka ikut sebelah siapa ye?,” tanya, Mak Zainab lagi.

“Entah lah mak cik, kadang-kadang ada je yang cakap muka macam, mama. Kadangnya ada jugak yang cakap muka sama dengan, babah… entahlah. Agaknya, campur dua-dua”.

Mak Zainab senyum mendengar. Mak Zainab ingin juga tahu sesuatu. “Sofea dengan Ashariff ni kawan yang macam mana?”.

Qasif Nursofea memandang, Mak Zainab lalu tersenyum. Qasif Nursofea mula mencari akal. “Tak tahu nak cakap, mak cik. Rasanya… baik mak cik tanya dengan,Ashariff sendiri”.

“Mak cik tengok, Ashariff tu… suka dengan, Sofea. Mak cik ni perempuan… mak dia pulak.Mak cik tengok mata dia pun mak cik dah tahu apa yang dia rasa” Qasif Nursofea memilih untuk berdiam diri dan senyum.

“Eh, Riff, nak buat apa dengan galah tu?,” tanya, Mak Zainab yang nampak akan kelibat, Muhammad Ashariff yang sedang membawa galah panjang.

“Sana tu kan ada buah nangka masak tu, mak tak tengok ke? Dah bau manis dah tu,” jawab,Muhammad Ashariff sambil mengusung galah.

“Ha…! Kait lah! Hati-hati buah tu besar. Tinggi dekat dahan atas sana tu ha,” pesan,Mak Zainab yang melihat, Muhammad Ashariff terus mengusung galah tinggi menuju ke pokok nangka di hadapan rumah. Qasif Nursofea melangkah pergi mengikuti jejak, Muhammad Ashariff.

Mak Zainab masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat asar. “Boleh ke awak kait buah tu? Macam susah je,” tanya, Qasif Nursofea yang turut sama mendongak ke atas memerhati buah yang mahu diambil oleh, Muhammad Ashariff.

“Alamak!!!! Argh…!!”.

“Abang?! Ha.. kan, Fea dah cakap! Sakit tak ni?” Muhammad Ashariff tersungkur jatuh ke tanah selepas kakinya tersadung pada galah yang diangkat.

“Itulah…! Orang dah cakap. Buah tu tinggi. Ni boleh bangun ke tak ni??,” Qasif Nursofea memanggil, Mak Zainab, tetapi tidak didengari oleh sesiapa.

“Tengok kaki awak. Hulurlah kaki tu! Isyh!,” Qasif Nursofea menampar paha, Muhammad Ashariff kerana tidak menurut katanya.

“Aduh! Orang sakit, dia membebel! Tolonglah angkat, abang… tak boleh bangun ni,” rungut,Muhammad Ashariff.

“Takde lah teruk sangat pun. Jom bangun,” ajak, Qasif Nursofea.

Muhammad Ashariff tidak mencuba untuk menggagahkan diri untuk bangun. Lantas, Qasif Nursofea merangkul pinggang, Muhammad Ashariff dan tangan diletakkan pada bahu,Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff kini dibantu kekasih.

“Sayang jugak awak dekat abang ye?,” Muhammad Ashariff berkata dalam nada nakal.

“Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi nak mengatal erk? Terpaksa…! Kang mati pulak abang dekat bawah pokok!” Muhammad Ashariff tersenyum di rangkulan, Qasif Nursofea. Tidaklah seteruk mana kakinya. Tetapi disengajakan.

“Eh, kenapa dengan kamu ni Riff?,” tanya, Mak Zainab ketika melihat, Qasif Nursofea memapah, Muhammad Ashariff memasuki ke dalam rumah.

“Dia jatuh, mak cik. Nak tunjuk pandai. Tengok…? Dia yang dapat sakit,” peril, Qasif Nursofea.

“Ha,takpe. Mak cik masuk ambilkan minyak angin panas”.

Qasif Nursofea mengambil minyak yang diberikan oleh, Mak Zainab dan disapu perlahan pada kaki, Muhammad Ashariff.

“Kalau sakit macam ni… tak payahlah nak hantar saya balik, KL. Duduk je dekat rumah berehat,” kata, Qasif Nursofea kepada Muhammad Ashariff, yang asyik memandangnya wajahnya dari tadi.

“Abang hantar bukan dengan kaki. Tapi tu haa… kaki kereta dekat luar tu,” jawab,Muhammad Ashariff.

“Aduh pelan la sikit urutnya! Dahlah! Ni bukan nak bagi hilang sakit! Ni nak dera namanya,” rungut, Muhammad Ashariff lagi kepada, Qasif Nursofea yang geram akan sikapnya dan lantas memicit kuat pada kaki lelaki itu.

Senja kini menjelma. Azan maghrib sudah berkumandang. Muhammad Ashariff masih lagi berjalan dengan terhenjut-enjut untuk pergi ke bilik mandi. Qasif Nursofea selesai mandi dan berkurung di dalam bilik yang disediakan.

Mak Zainab mengetuk pintu bilik dari arah luar. “Ye, Mak cik?,” tegur, Qasif Nursofea disaat memandang wajah, Mak Zainab di muka pintu.

“Ni telekungnya,” kata, Mak Zainab sambil menghulurkan kain sembahyang. “Bolehlah  kita berjemaah sekali,” ajak, Mak Zainab pula.

“Sofea tak boleh sembahyang, mak cik,” jawab Qasif Nursofea dengan perasaan merasa tidak menentu.

“Oh yeke…?! Takpe lah kalu macam tu,” Mak Zainab membatalkan hasrat untuk memberikan telekung sembahyang.

Qasif  Nursofea menyarungkan t-shirt putih bersama seluar panjang yang diperbuat daripada sejenis kain getah. Dia keluar daripada bilik dan melihat, Mak Zainab dan Muhammad Ashariff menunaikan solat berjemaah yang diimamkan oleh, Pak Mullia. Qasif Nursofea melangkah kaki menuju ke dapur.

“Fea nak makan ke?,” tegur Muhammad Ashariff yang kini sudah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah.

“Taknak lah.Saya tak makan malam. Kalau awak nak makan… makanlah”. Qasif Nursofea naik  semula ke tingkat atas menuju ke biliknya semula.

Mak Zainab selesai sudah menghidangkan makanan untuk makan malam. “Mak nak ke mana tu?,” tanya, Muhammad Ashariff yang turut sama membantu, ibunya di dapur.

“Nak naik panggilkan, Sofea,” jawab, Mak Zainab yang hendak menaiki anak tangga.

“Eh tak payah mak, dia tak makan malam. Biarlah dia berehat. Awal pagi esok kita orang dah nak  bertolak,” halang,Muhammad Ashariff.

“Erm, iyelah!” Mereka makan malam bersama, Pak Mullia.

“Kamu ni taknak mak sediakan rombongan ker?,” pertanyaan Mak Zainab, memberhentikan suapan, Muhammad Ashariff. Pak Mullia menanti jawapan daripada anaknya itu.

“Eh,mak ni… ke situ pulak,” jawab, Muhammad Ashariff.

“Betul jugak kata mak kamu tu… tak elok kawan lama-lama. Kita ni kena elak maksiat.Kalau kamu dah suka dengan, Sofea tu tak payah nak tunggu lama-lama,” nasihat,Pak Mullia kepada anak bujangnya.

“Kamu tu pun bukannya muda lagi. Kawan-kawan kamu semua dah ada keluarga. Ha…! Dah ada yang anaknya masuk sekolah dah,” Mak Zainab pula kini mula bersuara.Muhammad Asharif menggarukan kepalanya  yang tidak gatal.

“Isyh mak dengan ayah ni… sabarlah dulu. Nanti kang… dengar pulak si, Sofea tu. Sofea tu belajar pun tak habis lagi. Nantilah, Riff fikirkan”.

Mak Zainab meneruskan bicaranya lagi. “Nanti, nanti, Tapi tak jugak!” Muhammad Ashariff hanya membisu.

 

Muhammad Ashariff merehatkan diri di ruang tengah di tingkat atas rumah kampung itu.Melihatkan bilik, Qasif Nursofea yang masih cerah. Bangun dirinya dan mengetuk pintu. “Fea, Fea, dah tidur ke?,” panggil, Muhammad Ashariff.

Qasif Nursofea bangun dan membuka pintu. “Baru nak tidur. Kenapa,?” jawab, Qasif Nursofea. “Tak ada apa. Abang cuma nak bagitahu tidurlah awal. Esok lepas subuh kita gerak,” maklum akan, Muhammad Ashariff.

Okay. Kaki abang dah okay?,” tanya pula, Qasif Nursofea sambil merenung akan kaki, Muhammad Ashariff.

“Ok je. Dah tak sakit,” jawab, Muhammad Asharif sambil dipusing-pusingkan bahagian kakinya.

“Eh,bengkaklah abang! Apa yang okeynya kalau dah bengkak macam tu? Dah jom duduk dekat situ. Nanti, Fea ambilkan ubat,” pinta, Qasif Nursofea.

Qasif Nursofea melangkah laju turun ke tingkat bawah untuk mengambil beg kecemasan didalam kereta yang selalu dibawanya.

Qasif Nursofea naik kembali ke tingkat atas dengan dibawa bersama beg kecemasan. “Bak sini kaki tadi. Kaki ni kena balut lepas sapu minyak. Barulah dia tak bengkak.Kalau dibiarkan jadi bengkak macam ni lah,” ujar, Qasif Nursofea sambil membuka kotak kecemasan miliknya.

“Untung…abang dapat girlfriend doctor. Tak payah orang lain sentuh dah.”Usik, Muhammad Ashariff lagi.

“Ala…! Setakat girlfriend sementara?,” tanya,Qasif Nursofea.

“Isyh! Diamlah. Nanti orang dengar pulak!,” jari, Muhammad Ashariff diletakkan di bibir,Qasif Nursofea.

“Dahsiap. Sakit tak?,” tanya, Qasif Nusofea lagi selepas selesai membalut kaki,Muhammad Ashariff.

“Okey…tak sakit dah. Fea bangunlah, pergi masuk tidur. Esok bangun awal,” arah,Muhammad Ashariff.

“Okey…good night,” Qasif Nursofea melangkah semula memasuki ke dalam bilik.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia