Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 48

Semasa berehat di rumahnya kini, Lokman mahu menghubungi ibunya, Ustazah Mariam. Lokman masih kuat merasakan, Fiyya yang selalu disebutkan oleh ibunya adalah,Qasif Nursofea. Kata hatinya sangat kuat mengatakan, Fiyya dan Qasif Nursofea adalah orang yang sama.

“Assalamualaikum,ha… baru nak call ibu?” Lokman tersenyum apabila mendengar suara ibunya diawal perbualan mereka melalui telefon.

“Bukan macam tu, Lokman sibuklah ibu. Tak sempat nak buat apa pun. Sampai nak makan pun kena kejar,” beritahu akan, Lokman kepada ibunya.

“Janganlah sampai macam tu sekali. Tubuh kita ni perlukan rehat jugak. Bila, Lokman nakbalik  ni? Rindu ibu dekat anak lelaki ibuni,” tanya, Ustazah Mariam.

“Bukan,Lokman taknak balik. Tapi… sibuk sikit bulan ni. Lagipun, Lokman kena uruskan dewan majlis orang nak nikah nanti. Tengoklah… lepas selesai semuanya, Lokman mintak cuti,” pujuk, Lokman kini.

Lokman cuba mencari idea untuk mendapatkan jawapan yang dicarinya. Sengaja, Lokman tidak mahu ibunya tahu apa yang dimaksudkan oleh, Lokman adalah bertanya tentang, Qasif Nursofea.

“Ibu tak sibuk ke? Dah cakap tadi sunyi?,” Lokman mula menyoal. “Tak. Ibu tak ada kerja nak buat,” jawab, Ustazah Mariam. “Ibu dah tak mengajar budak perempuan tu ke?,” tanya, Lokman seperti nada biasa. “Itu lah… ibu dah tak mengajar. Lagipun katanya… dia kena bekerja dekat… isyh dekat mana ye? Ibu lupalah!,” rungut,Ustazah Mariam.

Lokman memejamkan matanya sambil menyebut. “Terengganu?” “Ha… betul-betul! Terengganu! Kenapa, Lokman?” Lokman mencari idea pada pertanyaan, Ustazah Mariam.

“Takde apalah, kan ibu bagitahu sunyi tadi. Cari orang lainlah kalau macam tu,” cadang,Lokman. “Tengoklah macam mana,” jawab, Ustazah Mariam ringkas.

“Ibu, Lokman nak tanya sikit?” “Apa dia, Lokman? Tanyalah” “Fiyya tu… Qasif Nursofea?” Ustazah Mariam tersenyum seorang diri di rumahnya ketika ini.

“Ye betul! Macam tulah nama dia,” Ustazah Mariam membiarkan lagi anak lelakinya menyoal. “Oh, takde jodoh” Ustazah Mariam mendengar kata-kata anaknya, Lokman.“Takde jodoh? Maksud Lokman?” Lokman menarik nafas panjang.

“Kecil je dunia ni ibu. Majlis nikah dan sanding yang, Lokman arrange sekarang ni majlis dia lah,” ada suara kecewa pada nadasuara, Lokman.

Ustazah Mariam seakan sedar akan perubahan suara anaknya. “Nak, jodoh tu memang kita kena cari dan pencarian kita tak akan pernah berakhir. Mungkin dia adalah jodoh orang lain. Lokman anak ibu pun… akan ada jodoh. Ibu selalu doakan yang anak ibu akan jumpa jodoh dia,” Ustazah Mariam meyakinkan anak bujangnya, Lokman.

Lokman tersenyum kini. “Mungkin kalau, Lokman ikut cakap ibu dari awal mesti majlis tu untuk, Lokman dengan Fea,” Lokman seakan kecewa. “Tak baik cakap macam tu. Itu jodoh dia. Siapa pun hadir tak akan terjadilah sebab itu jodoh, Fiyya”.

Lokman kini telah menamatkan pangilan telefon bersama ibunya. Muncul perasaan rindu pada ibunya yang hanya tinggal bersama adik perempuannya. Lokman hanya mempunyai seorang adik perempuan. Manakala bapanya seorang imam telah meninggal dunia sejak, Lokman berusia 20 tahun.

                                                                                           

Setelah, Muhammad Ashariff menghantar, Qasif Nursofea pulang, dia terus menuju pulang kerumah orang tuanya. “Assalamualaikum,” salam yang diberikan oleh, Muhammad Ashariff tiada sesiapa pun yang menjawabnya. Muhammad Ashariff menuju ke tingkat atas rumah pembinaan kampung  milik ibu bapanya.

Muhammad Ashariff terlihat akan tubuh, Mak Zainab yang berbaring lesu. “Ya Allah, mak?!,”Muhammad Ashariff berlari menuju ke tempat tidur, Mak Zainab di samping kak longdan juga, Pak Mullia.

“Kenapa dengan mak ni?,” tanya, Muhammad Ashariff. “Mak kamu ni banyak sangat berfikir. Inilah akibatnya!,” kata, Pak Mullia yang menjawab pertanyaan, Muhammad Ashariff.

“Ya Allah… apa yang mak fikir? Ha?,” tanya, Muhammad Ashariff  risau. “Keluar! Mak nak rehat!” Muhammad Ashariff menarik nafas keresahan.

“Kenapa mak? Apa ni? Jangan buat, Riff macam ni!,” pujuk, Muhammad Ashariff. “Riff, Riff keluar dulu. Bagi mak rehat dulu. Nanti sejuklah mak tu,” pujuk, kak long.

“Apa? Sejuk? Mak marah, Riff kenapa, kak long? Ha, Ayah?” Tangan, Muhammad Ashariff di tarik oleh, kak long. Terpaksa tubuh, Muhammad Ashariff mengikut rentak, kaklong.

“Kak long,” Muhammad Ashariff, memandang wajah kak long dengan seribu pertanyaan.Kak long seolah orang yang keresahan. “Kenapa, kak long?,” soal, Muhammad Ashariff lagi. Muhammad Ashariff duduk dengan meninggikan lututnya sambil tersandar pada dinding kayu yang diukir cantik di tingkat atas rumah kampung itu.

Air mata, Muhammad Ashariff kini mengalir. Tidak mampu lagi untuk menahan sabar pada hati. Perlakuan, Muhammad Ashariff dilihat oleh kak long yang masih berdiri di situ.

Kini,kak long duduk di hadapan, Muhammad Ashariff. “Riff, kak long tahu yang kamu cinta sangat dengan, Sofea” Belum sempat kak long menghabiskan kata, Muhammad Ashariff mencelah kini.

“Sofea?Sebab, Sofea mak jadi macam ni long? Kenapa, long? Dulu mak jugak yang beria nak bermenantukan, Sofea. Kenapa pulak sekarang jadi macam ni??,” tanya,Muhammad Ashariff dengan nada yang sebak.

Kak long semakin tidak keruan. Membetulkan sanggulan rambutnya. “Riff, mak adapergi menengok…” “Menengok? Apa tu?” Kak long gusar dan tidak tahu untuk memulakan bicaranya lagi bagi menjawab segala pertanyaan, Muhammad Ashariff.

“Kak long?! Tolong bagitahu, Riff! Riff, tertekan kalau macam ni! Riff, makin tak faham!,” air mata yang mengalir di pipi, Muhammad Ashariff disapu kuat oleh dirinya sendiri.

“Mak pergi rumah, Mak Embun dekat hujung kampung sana tu,” cerita, kak long yang memulakan bicara dengan nada perlahan. “Embun bomoh tu kan?,” Muhammad Ashariff kenal akan bomoh terkenal itu. Bomoh itu berkebolehan menilik. Sebab itu bomoh,Embun sentiasa dibibir masyarakat kampung itu. Kak Long mengangguk. “Jadi?,” tanya,Muhammad Ashariff lagi. Kak long memandang wajah, Muhammad Ashariff.

“Mak Embun tu cakap, Sofea pernah tidur dengan seorang lelaki. Dan, Sofea dah… Sofea bukan dara lagi. Itulah yang mak cakap dekat, kak long! Tapi, kak long tak percaya! Ini semua syirik!,” jelas, kak long.

Bagaikan panahan yang menembak pada hati, Muhammad Ashariff kini. Muhammad Ashariff,memejam matanya dan terus menangis. Tidak tahu lagi dalam hatinya apakah ini tangisan sedih atau apa. Tangisannya tidak bersuara. Hanya gerak geri bahunya yang kadang naik dan kadang turun. Bahu, Muhammad Ashariff disentuh oleh kak long. Tetapi dielak oleh Muhammad Ashariff. Kak long semakin resah melihat keadaan adik iparnya yang dia anggap seperti adik kandung sendiri.

“Riff??!!,”Muhammad Ashariff tidak mengendahkan panggilan, kak long. Muhammad Ashariff melangkah laju masuk kembali ke dalam kamar, Mak Zainab.

“Mak?! Riff, minta maaf kalau, Riff kurang ajar!,” Muhammad Ashariff membiarkan air matanya yang kian mengalir. “Syaitan apa yang dah masuk dekat dalam badan mak ni ha??!!”.

“Kamu jangan nak kurang ajar dengan mak, Riff!!,” Mak Zainab bangun dari baringnya.Pak Mullia menggelengkan kepala melihat dua beranak itu mula bertekak.

“Mak cakap, Fea dah rosak! Fea, dah tidur dengan jantan! Mak sedar tak kata-kata  mak tu menghina dia mak??!! Ya Allah…! Riff merayu pada mak jangan buat macam ni dekat, Riff mak! Riff boleh mati mak!,” Muhammad Ashariff, terduduk kerana tidak mampu lagi menahan tangisannya.

Kak long juga turut menangis apabila melihat keadaan adiknya, Muhammad Ashariff.Kak long berjalan dan duduk memegang tubuh, Muhammad Ashariff. Kini, Muhammad Ashariff hanya membiarkan sahaja perlakuan kak long.

“Astagfirullahhal’azim! Apa betul kata, Riff ni Nab?,” kini, Pak Mullia mula berbicara setelah mengetahui apa punca pertengkaran yang berlaku.

Mak Zainab terkebil-kebil matanya untuk menjawab pertanyaan, Pak Mullia. “Saya pergi rumah, Embun tu untuk ambik upah naik seri pengantin untuk dia orang ni.Itu je!,” Mak Zainab terus mempertahankan dirinya.

Muhammad Ashariff menggeleng kepala kerana geram. Nafas laju yang dihembus oleh, Muhammad Ashariff dapat didengari oleh kak long. Kak long yang duduk di situ terus menyabarkan,Muhammad Ashariff.

“Saya nak awak cakap samada betul atau tidak apa yang awak cakap tentang, Sofea!! Itusaja!,” tengking, Pak Mullia. Mak Zainab hanya mendiamkan diri. “Cakap!!!,”tengking, Pak Mullia lagi supaya isterinya itu mengaku.

“Ye betul! Saya taknak, Ashariff kena tipu! Saya dah syak dari awal takkan lah perempuankaya macam tu nakkan anak kita?? Anak kita hanya anak orang kampung! Orang biasa je!,” jawab, Mak Zainab yang masih tidak mengaku salah.

“Astagfirullah!,”Pak Mullia, beristighfar. Muhammad Ashariff dan kak long hanya terdiammendengar pengakuan, Mak Zainab.

“Nab! Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan, Tuhan!! Bukan dari tangan awak! Bukan dari tangan, Embun atau sesiapa! Perbuatan awak ni cuma merobohkan masjid dan roboh tiang yang baru mula untuk dibina! Besar dosanya, Nab! Apa guna awak solatsiang malam kalau bertuhankan bomoh??!,” tengking, Pak Mullia lagi kini.

Mak Zainab, mula menangis apabila mendengar amarah, Pak Mullia. “Mak, ayah, Riff sebagai anak cuma nak mintak restu. Itu aje!,” Pak Mullia, memandang pada anaknya.Timbul rasa kasihan apabila melihat keadaan, Muhammad Ashariff di situ.

“Ayah tak pernah tak redha setiap tindak tanduk anak-anak, ayah. Ayah tak kisah apapun yang kamu semua nak buat. Asalkan tidak salah pada agama. Ayah tak kisahsiapa pun isteri kamu. Itu pilihan kamu. Ayah restu, Riff!,” jelas, Pak Mullia

Muhammad Ashariff merangkak sedikit menuju ke kaki, Pak Mullia. Kaki lelaki tua itu dicium,Muhammad Ashariff. Pak Mullia menghalang tindakan, Muhammad Ashariff. Pak Mullia menarik tubuh anaknya dan memeluk. Ada sedikit air jernih hadir di dalam kelopak mata lelaki tua itu.

Mak Zainab timbul perasaan kasihan dan sedih atas perbuatannya pada anak lelaki bongsunya itu. “Mak minta maaf, Riff” Muhammad Ashariff kini memeluk tubuh tua seorang wanita iaitu, Mak Zainab. Tangisan, Muhammad Ashariff kian mengalirkan air mata yang deras.

Pada hati, Mak Zainab hanyalah kasihani kepada, Muhammad Ashariff. Tidak timbul sedikit pun kasihannya pada, Qasif Nursofea diatas tindakan yang telah dia ambil untuk menghukum gadis tersebut. Mak Zainab tetap akan mengiringi redha dan restu kepada, Muhammad Ashariff. Tetapi timbul juga tanda tanya pada hatinya tentang kegadisan dan siapakah sebenarnya Qasif Nursofea?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 47
Next: Bab 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia