Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 31

“Cantik kan?,”tanya, Qasif  Nursofea kepada, Nisa selepas pekerja daripada butik yang ditempahnya kini sedang menyiapkan perhiasan di rumahnya.Barang hantaran yang telah dibelinya pula kini siap dihias oleh pekerja butiktersebut.

“Macammana cik? Puas hati tak?,” tanya pemilik butik tersebut kepada renungan, Qasif Nursofea yang asyik melihat tempat yang sudah siap dihias indah.

“Mestilah puas hati kak! Lebih cantik berbanding gambar yang saya tengok hari tu,” puji,Qasif Nursofea ikhlas. “Lagipun keadaan rumah adik jugak dengan bumbungnya yang tinggi… nampak pulak kolam renang dekat situ. Itu yang nampak lebih cantik,”puji pemilik butik itu pula.

Hiasan yang ditempah oleh, Qasif Nursofea menghiaskan pelamin untuk menyarung cincin. Tempat duduk tetamu pula serta meja makan tetamu turut disediakan dan tempat letaknya hantaran turut dihias indah. Qasif Nursofea memilih tema putih serta turut dihiasi dengan bunga daisy segar berwarna putih dicampur pula dengan mawar segar berwarna  merah jambu. Dihiaskan pula dengan kristal indah pelbagai warna. Pasti akan terpukau pada mata yang melihat.

Telefon bimbit, Qasif Nursofea kini berbunyi. Dia melihat akan nama, Fikri yang menghubunginya. “Hello abang,” ceria sahaja suara, Qasif Nursofea sewaktu menjawab panggilan daripada, Fikri ketika ini.

“Ye Fea, abang ni. Sekarang abang dah sampai dekat petrol pam shell, Damansara. So… abang nak ikut arah mana ye? Ada simpang empat dekat sini,” tanya, Fikri melalui panggilan yang dibuatnya.

“Oh, okay! Abang jalan terus sehingga nampak traffic light pertama then abang belok kiri. So, abang tunggu, Fea dekat situ. Fea pergi sana! Senang sikit! Tak payah nak u-turn dah. Tunggu kejap tau!,” pinta, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea menyuruh Fikri menunggu kedatangannya.

Qasif Nursofea mengambil kunci kereta mini cooper miliknya. “Kau nak pergi mana pulak ni Fea?,” tanya, Nisa yang kini sibuk meleraikan tali yang tersangkut pada kain yang dihias oleh pekerja butik tadi.

“Aku nak pergi ambil abang, Fikri kejap!,” Qasif Nursofea bergegas ke kereta dengan memakai skirt paras lutut berwarna biru serta baju mengikut tubuhnya berwarna ungu.

Qasif Nursofea terus memandu dan dia dapat melihat sebuah kereta honda stream berwarna hitam yang menggunakan nombor pendaftaran panggal “T”. Qasif Nursofea terus memandu ke arah kereta tersebut yang telah berhenti mengikut tempat yang diarahnnya. Qasif Nursofea menekan hon. Lantas dia menghentikan keretanya dihadapan kereta, Fikri.

Mereka hanya melihat kelibat, Qasif Nursofea yang turun dari perut kereta itu. “Hi! Kesiannya, mesti penat. Ha jom… ikutFea,” tegur, Qasif Nursofea sewaktu berjumpa, Fikri yang juga turut ditemani oleh anak dan isterinya. Fikri mengekori laluan kereta di hadapannya yang sedang dipandu oleh, Qasif Nursofea.

“Cantiknya si, Fea ni,” kata, Kak Nur yang seakan memuji. “Herm… itu lah. Jodoh Ashariff.Macam ni rupanya yang dia duk tunggu selama ni,” kata, Fikri yang menjawab  perbualan isterinya.

Mereka memasuki ke perkarangan rumah banglo mewah milik, Qasif Nursofea. “Pergh!! Ni ke rumahnya?,” tanya, Fikri setelah melihat rumah yang dia kunjungi kini.“Yelah kot! Eh yelah! Abang tengok belon tu,” Kak Nur menunjukkan belon udara yang tinggi menampakkan tulisan “Engagement of Muhammad Ashariff Mullia &Qasif Nursofea Darwish”.

Qasif Nursofea menjemput masuk, Fikri dan keluarganya. “Cantiknya rumah, Fea ni,” puji,Kak Nur setelah melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu. “Terima Kasih kak.Inilah rumah peninggalan arwah babah, Fea. Ucap, Qasif Nursofea. Qasif Nursofea mengangguk.

“Riyanti, tolong letakkan beg, Encik Fikri dan Puan Nur di bilik tetamu ,” arah, Qasif Nursofea kepada pembantu rumahnya.

“Isyh! Apa pulak encik dan puan. Panggil, Kak Nur pun dah okey lah” Qasif Nursofea hanya menggeleng. “Itu pembantu rumah, Fea,” Qasif Nursofea menunjukkan kelibat,Riyanti yang kini telah membawa beg pakaian milik keluarga, Fikri.

“Nisa? Nisa?,” Qasif Nursofea memanggil, Nisa yang entah pergi hilang ke mana. “Ye!,”Nisa berlari ke arah suara itu. “Lah, mana kau pergi?,” tanya, Qasif Nursofea. “Akupergi cabut rumput dekat kawasan kolam tu dengan, Riyanti,” Qasif Nursofea ketawa mendengar jawapan dari, Nisa.

“Patutlah hilang dari tadi. Ha, ini aku kenalkan… ini, Kak Nur dan suaminya, Abang Fikri. Dia orang sekarang ni dah jadi keluarga angkat aku,” terang, Qasif Nursofea, dankata-katanya sebagai keluarga angkat dapat dirasakan pilu pada hati, Kak Nur.Mereka berjabat tangan.

“Jom makan?,” ajak, Qasif Nursofea. Mereka masing-masing mengambil tempat duduk pada meja makan yang telah siap dihidang makanan oleh, Riyanti.

“Nisa siapa dengan, Sofea?,” tanya, Kak Nur. “Oh… lupa nak bagitahu. Nisa ni kawan baik, Fea masa, Fea mula-mula buat Foundation lagi dekat sini. Then… kami sama-sama buat medic dekat Russia. Satu kolej,”beritahu, Qasif Nursofea. Nisa turut menghadiahkan senyuman.

“Nisa dah dapat posting ke?,” tanya, Fikrikini. “Belum. Tapi dah dapat hint. Mungkin saya kena posting dekat, Kota Kinabalu,” jawab Nisa yang bunyinya seakan mengeluh.

“Uih! Seronoklah. Masa muda-muda ni lah duduk tempat orang,” kata, Fikri. “Tak larat duduk tempat orang dah bang. Nak duduk dekat negeri sendiri pulak,” Nisa ketawa kecil semasa menyampaikan ayat.

“Okey lah,mana tahu dapat orang KK pulak!,” usik, Fikri pula kini. “Taknak lah! Mana aci! Sofea dapat orang Terengganu, tempat yang dia idamkan selama ni. Jadi saya nak dapat orang sama negeri lah jugak! Ipohlah pulak”. Mereka ketawa mendengar hujah,Nisa.

Mereka kini selesai sudah menjamu selera. Kak Nur menghimpunkan pinggan yang telah digunakan.“Eh, tak payahlah kak. Nanti, Riyanti buat,” halang, Qasif Nursofea yang melihat akan, Kak Nur melakukan kerja yang selama ini menjadi tugas, Riyanti.

“Takpe lah.Tengok sana tu dia masih cabut rumput tu. Biar akak je yang cuci. Akak dah biasalah buat kerja ni” Qasif Nursofea tidak menghalang kini.

Qasif Nursofea melihat, Darwish yang kini sedang menanggalkan baju dan hanya memakais eluar pendek. Darwish ditemani ayahnya yang turut mahu berenang di kolam renang tersebut.

“Abang,nah ambil ni. Boleh letakkan, Darwish dalam ni. Takde lah abang nak dukung dia je dalam kolam tu,” Qasif Nursofea menghulurkan pelampung bulat yang mampu menolong sesiapa sahaja menggunakannya untuk terapungkan badan.

Qasif Nursofea melangkah kaki ke dapur untuk menjenguk, Kak Nur. Kak Nur kini selesai membasuh pinggan dan merenung bahagian luar dapur. Dilihatnya akan pancuran air di dalam kolam yang menghimpunkan pelbagai ikan dan pokok yang ditanam. Kolam pancuran air yang menempatkan ikan itu begitu luas sehingga melingkari dapur hingga ke bahagaian depan pondok rehat.

“Jom,kita duduk dekat depan pondok sana kak,” ajak, Qasif Nursofea kepada, Kak Nur.Kak Nur mengiyakan dan menuju ke pondok rehat milik banglo mewah itu. Kak Nur memerhati kawasan sekelilingnya.

“Cantik lah halaman rumah, Fea ni,” puji, Kak Nur lagi kini. “Erm… ni semua idea babah dengan mama. Tiap-tiap petang kalau diorang sempat, sinilah tempat dia orang selalu lepak,” cerita, Qasif Nursofea.

“Fea,” Kak Nur memanggil nama gadis disebelahnya. Bagaikan ada perkara yang penting untuk dibincangkan olehnya. “Ye kak” Kak Nur menghembus nafas panjang kini. “Berapa mahar yang Fea nak letak dan juga wang hantaran? Senang nanti akak nak cakap dengan abang” Qasif Nursofea terdiam. “Cakap je, InsyaAllah, Ashariff ada duit untuk dia sediakan nanti,” kata, Kak Nur.

“Tak ada nilai untuk, Fea miliki, Ashariff. Tak ada satu nilai pun yang boleh menandinginya” Kak Nur seolah tidak memahami apa yang mahu, Qasif Nursofea cuba sebutkan. 

“Apa maksud, Fea? Bagi akak, berapa pun yang, Fea nak letak takde masalah buat,Ashariff. Dia akan usaha untuk dia miliki cinta hatinya ni,” Kak Nur menyentuh tangan, Qasif Nursofea.

“Wang ringgit mahu pun emas permata tiada tandingan bagi, Fea miliki suami seperti,Ashariff kak” “Umi?,” kedengaran suara, Darwish teriak memanggil uminya setelah tiada pada pandangan matanya.

“Fea, Darwish panggil akaklah pulak. Nanti kita bincang lagi,” Kak Nur meminta izin untuk pergi kepada, Darwish. Qasif Nursofea hanya tersenyum. Dihembusnya nafas panjang memikirkan tentang hal esok yang kurang dari 24 jam.

 

Pagi bertukar senja, manakala matahari digantikan dengan kemunculan bulan. Kak Nur dengan Qasif Nursofea bagaikan terlupa untuk membincangkan perkara yang tergendala pada siang harinya. Mereka pada malam ini begitu sibuk, tambahan pula dengan kehadiran tukang masak daripada butik yang telah dipilih oleh,Qasif Nursofea.

Masakan yang dipilih oleh, Qasif Nursofea merupakan nasi arab dengan lauk pauk yang berasaskan daripada Negara Arab. Pencuci mulut juga turut disediakan. Merekaakan menghidangkan semua makanan ini pada sebelah paginya. Qasif Nursofea mendengar telefon bimbit milik, Fikri yang berdering.

Hello, Riff. Kau orang dah sampai mana?,”tanya Fikri. “Kami dah sampai area Damansara. Eh kau tolong panggilkan, Fea.Aku call dia tak jawab,” pinta,Muhammad Ashariff dalam talian.

“Mana nak dia dengar. Caterer datang masak makanan malam ni. Dah macam kenduri kahwin meriahnya,” cerita, Fikri yang beritahu kemeriahan di kediaman, Qasif Nursofea. “Oh yeker? Ha, kau kasi Handphone dekat, Fea jap,” pinta, Muhammad Ashariff.

“Hello abang, Sorry. Handphone,Fea ada dekat tingkat atas,” beritahu, Qasif Nursofea dengan rengekan manja.

“Erm itu lah pasal. Ni abang nak tanya, area mana hotel yang, Fea booking tu?,” tanya Muhammad Ashariff.Pertanyaan Muhammad Ashariff itu dijawab oleh, Qasif Nursofea dengan menerangkan jalan yang harus, Muhammad Ashariff lalui untuk sampai di hotel yang telah, Qasif Nursofea tempah untuk keluarga sebelah, Muhammad Ashariff menginap.

Kini selesai sudah, Qasif Nursofea berbual dengan bakal tunangannya, Muhammad Ashariff melalui telefon. Qasif Nursofea menjejaki semula pemilik butik itu yang dikenali sebagai, Kak Murni.

“Nisa,”panggil, Qasif Nursofea setelah melihat sahabatnya, Nisa sedang leka memasukkan cenderahati ke dalam beg untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada esok pagi.

“Ha,apa? Kau jangan bagitahu aku tak jadi pulak!,” gurau, Nisa sambil ketawa. “Eh, engkau ni! Nak aku beli insurans mulut?,” soal, Qasif Nursofea pula dengan nada bergurau.

“Boleh jugak kalau ada. Apahal kau kacau aku ni??,” tanya, Nisa. “Kau ada nampak, Kak Murni tak?,” tanya, Qasif Nursofea sambil melirik matanya mencari kelibat pemilik butik tersebut.

“Tadi aku nampak dia ada dekat van. Mungkin dia dah ada dekat pelamin kot. Tadi aku nampak dia ambik bunga apa entah dalam van dia,” beritahu, Nisa.

“Okey, sambunglah kerja kau! Aku nak pergi jumpa dia kejap,” Qasif Nursofea kini mahu meninggalkan, Nisa di situ. “Eh, Fea? Hey, Fea?,” Nisa memanggil, Qasif Nursofea yang kelihatan terburu-buru. Qasif Nursofea memberhentikan langkahnya. “Apa??”.“Takde lah! Yang kau kalut semacam je apesal?,” tanya, Nisa. “Argh! Sibuk lah kau!,” jawab, Qasif Nursofea seolah merahsiakan daripada, Nisa. “Eh! Main rahsia-rahsia pulak mak cik ni! Tapi pernah berahsia ke dia dengan aku?,bercakap, Nisa seorang diri.

Qasif Nursofea akhirnya menjumpai kelibat, Kak Murni. “Kak,” pangilan, Qasif Nursofea tidak didengari oleh pemilik butik itu yang kini sedang sibuk menambah bunga segar pada pandangan matanya yang masih dirasakan kosong.

“Kak Murni!,” panggil, Qasif Nursofea lagi. Kini Berjaya didengari oleh, Kak Murni.“Haaa apa dia si cantik?,” Kak Murni menjawab panggilan gadis yang memakai bajulabuh berwarna krim dihadapannya.

“Fea nak tanya ni tapi, Kak Murni janganlah gelakkan, Fea pulak!,” kata, Qasif Nursofea. “Eh! Buat apa pulak, Kak Murni nak gelakkan, Sofea. Ada apa?”.

Qasif Nursofea menarik tangan pemilik butik itu dan menuju ke belakang tangga mahligai mewah tersebut. “Kak ada tudung tak??,” akhirnya, Qasif Nursofea bersuara.“Tudung?? Nak buat apa? Tudung apa?,” tanya pemilik butik itu yang agak kehairanan.

“Isyh,Kak Murni ni! Dah tentulah tudung untuk pakai dekat kepala ni! Takkan lah tudung salji pulak!” Kata-kata, Qasif Nursofea itu membuatkan, Kak Murni ketawa. Dia merasakan sungguh kelakar apa yang disebutkan oleh pelanggannya itu.

“Ha tengok tu!! Kak Murni ketawa!,” Qasif Nursofea seolah memuncungkan mulutnya tanda merajuk. “Bukan! Fea ni kelakarlah! Ingat ke tudung apa tadi. Nak pakai tudung bila?,” tanya, Kak Murn lagi.

“Fea ingat, Fea nak pakai esok sekali dengan tudung,” maklum akan, Qasif Nursofea. “Betul ni??,” tanya pemilik butik itu lagi. “Betullah. Takkan, Fea nak main-main pulak,” jawab, Qasif Nursofea yang bersungguh-sungguh mahu memakai tudung pada esok hari.

“Nasib baik baju tu datang sekali dengan tudung tau!,” jelas, Kak Murni. “Jadi, akak bawak tak?,” tanya, Qasif Nursofea lagi dengan senyuman. “Ada… ada dalam kereta. Kejap, akak pergi ambik”.

 

 

 

 

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia