Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 29

“Riff? Riff? Mana pulak perginya budak ni? Disuruhnya kita ni bersiap. Tapi entah kemana hilangnya pulak dia,” rungut, Mak Zainab.

“Akir? Akir?,” Mak Zainab memanggil akan cucunya yang berada di dalam rumah ibunya.“Ye, nek,” Akir kini berdiri di muka pintu. “Ada apa nek?,” tanya, Akir. “Mana pergi pak su kamu? Keretanya ada. Orangnya yang hilang,” tanya, Mak Zainab kepada cucunya, Akir.

“Ada tu ha! Pak su ada dengan ibu. Tengok ibu siapkan hantaran,” beritahu, Akir.“Dah! Pergi masuk bagitahu pak su kamu nenek dah siap” Akir hanya menurut sahaja kehendak neneknya.

“Jom. Ayah taknak ikut ke?,” tanya, Muhammad Ashariff kepada ibunya selepas dia melangkah keluar daripada rumah kakak iparnya. “Takde mahunya ayah kamu tu nak ikut pergi kedai emas. Takut mak mintak agaknya. Lagipun, dia pergi bagitahu abang sepupu kamu tentang rombongan kita nanti. Kot ada yang mahu ikut” Muhammad Ashariff hanya tersenyum mendengar jawapan daripada ibunya, Mak Zainab.

Memandu kereta miliknya dan menuju ke Bandar, Kuala Terengganu. “Kedai sana ye mak?,”tanya, Muhammad Ashariff kepada ibunya apabila terlihat akan kedai di hadapan jalan. “Haah, situlah. Mak kenal dengan taukeh kedai ni. Boleh lah mintak kurang sikit harganya,” maklum akan, Mak Zainab. “Tak kisah lah mak berapa pun harganya,”kata, Muhammad Ashariff pula.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai emas. Muhammad Ashariff duduk pada kerusi yangdisediakan di hadapan rak cermin yang disusun kemas dengan pelbagai jenis barangan kemas perhiasan wanita. 

“Sofea tu suka yang macam mana ye?” Mak Zainab bertanya kepada, Muhammad Ashariff. Muhammad Ashariff masih memerhati pelbagai bentuk cincin. Dia bukannya tidak pernah memberikan cincin kepada bakal tunangannya itu. Muhammad Ashariff telah memberikan sebentuk cincin sewaktu dia berjumpa, Qasif Nursofea setelah tamatnya cinta kontrak mereka.

You nak beli cincin untuk bakal isteri ke?,” taukeh lelaki cina itu bertanya kepada, Muhammad Ashariff.. “Ye betul,” jawab, Muhammad Ashariff pada pertanyaan itu sambil tersenyum.

“Kalau macam tu you kasi tahu sama saya umur dia dan dia tinggal di mana. Saya boleh bantu maa,” cadang lelaki cina di hadapannya.

“Umur dia 27 tahun. Dia tinggal di Damansara, KL” Mak Zainab hanya sibuk memilih cincin yang terdapat di situ.

“Ha…ini ma! Perempuan bandar memang suka cincin yang macam ini. Cincin ini nampak simple tapi cantik,” tunjuk akan taukeh kedai tersebut dan menghulurkan kepada, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff mengambil dan dicubanya pada jari kelingking kanannya. “Berapa yang ini?,” tanya, Muhammad Ashariff. Taukeh kedai emas itu mengira di mesin kira-kira miliknya. “Ini tak mahal, cuma Rm 5000” Mak Zainab yang tadinya sedang sibuk memilih cincin berhenti memilih setelah mendengar harga cincin yang dicuba oleh anaknya, Muhammad Ashariff.

“Apa yang tak mahalnya?? Orang kalau nak meminang ambil cincin macam tu je,” Mak Zainab mengarahkan kepada seorang pekerja wanita melayu yang bertugas untuk mengambil cincin yang ditunjuk olehnya.

“Ha…ini berapa?,” tanya, Mak Zainab pula. “Ini harga Rm 700 je Mak cik,” Mak Zainab memberikan kepada, Muhammad Ashariff. Sebentuk cincin emas merah tanpa dihiasi batu permata.

“Isyh mak, murah sangat ni. Riff ingat nak beli yang ni. Mas merah jugak tapi ditambah batu berlian,” Muhammad Ashariff cuba menolak cadangan, Mak Zainab.

Muhammad Ashariff enggan membeli cincin yang dicadangkan oleh, Mak Zainab. Dia tetap membeli cincin yang dihiasi batu permata berbentuk dua hati. Muhammad Ashariff membayar dan mahu pergi ke kedai seterusnya untuk membeli kain pasang.

“Kali ni nak beli yang berapa ribu pulak,?” tanya, Mak Zainab dengan sinis. “Eh,kenapa pulak mak tanya macam ni? Riff beli untuk bakal isteri, Riff mak. Menantu mak jugak” Mak Zainab hanya masam mencuka. Mak Zainab kini cuba untuk tidak mengambil tahu apa yang mahu dibeli oleh anak lelakinya lagi.

Muhammad Ashariff memanggil seorang lelaki india untuk membeli kain. “Ini semeter berapa?.“Ini Rm 200, 1 meter,” jawab lelaki india itu pada pertanyaan, Muhammad Ashariff. “Ada warna ni je?,” tanya, Muhammad Ashariff lagi. “Iye abang. Kain ini exclusive. Dia datang satu warna dengan satu corak je bang” maklum akan lelaki india tersebut. “oh, macam tu. Okeylah bagi saya 4 meter,” pinta, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff sedar akan perubahan wajah ibunya. Muhammad Ashariff pergi ke kaunter untuk membayar kain yang dibeli.

Muhammad Ashariff menuju ke kereta bersama, Mak Zainab. “Kenapa dengan mak ni? Tiba-tiba berangin je,” tanya, Muhammad Ashariff yang kini memulakan pemanduannya.

“Itu lah! Kalau pilih orang yang dekat, orang kampung, takdelah minta barang yang mahal-mahal!,” kata, Mak Zainab yang seakan memerli.

“Eh, kenapa pulak dengan mak ni? Sofea tak minta apa pun mak. Dia tak minta pun barang-barang yang mahal. Sofea tu kalau boleh, kita tak bagi apa pun tak apa,”Muhammad Ashariff menafikan apa yang diperkatakan, Mak Zainab. “Ala! Sekarang ni kalau bau kentut pun wangi kata dia! Dah menikah nanti?? Gunung emas dimintanya pulak,” peril, Mak Zainab lagi.

“Mak,yang mak nak minta doa perkara buruk ni kenapa? Bukan mak jugak ker yang suka, Riff kahwin dengan, Sofea?” Mak Zainab hanya diam tanpa hadirnya senyuman di wajah.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan luar rumah, Mak Zainab terus masuk ke dalam rumahnya tanpa berkata apa-apa lagi. Muhammad Ashariff sedikit hairan dengan perubahan sikap ibunya.

“Riff,mana barangnya?,” tanya, kak long setelah melihat adik iparnya yang kini sudah pulang dari bandar.

“Nah,”Muhammad Ashariff menghulurkan barangan yang dibelinya sebentar tadi. “Wah, cantiknya kain ni. Lembut pulak tu. Cantiknya cincin ni, Riff. Mesti mahal kan?,” Teka kak long.“Riff, Kenapa ni?,” tanya kak long lagi apabila melihat wajah, Muhammad Ashariff yang muram.

“Riff peliklah dengan sikap mak tu. Entah apa angin dia hari ni. Itu tak kena, initak kena,” rungut, Muhammad Ashariff. “Ala! Biasalah bila mak nak lepaskan anak bongsu dia. Semua mak dekat dunia ni akan bersikap macam tu tau,” pujuk kak long.

“Yeke,?”soal, Muhammad Ashariff lagi. “Iye! Awak tu kenalah pandai ambil hati dia sebelum jadi suami orang nanti,” pujuk kak long lagi.

“Ye lah.Okeylah, kak long. Riff kena balik Kerteh petang ni. Lagipun, Riff nak apply cuti,” Muhammad Ashariff memintauntuk mengundurkan diri. “Okey… hati-hati bawak kereta tu Riff”. Muhammad Ashariff hanya menghadiahkan senyuman kepada kak long dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Muhammad Ashariff memasuki ke dalam rumah ibu bapanya. “Ayah, baru balik ke?,” tegur Muhammad Ashariff yang melihat, Pak Mullia baru menanggalkan topi keledar.

“Ha’ah.Tadi ayah pergi rumah pak ngah kamu, ajak dia pergi sekali. Manalah tahu kot-kotdia mahu ikut sama,” beritahu, Pak Mullia.

“Jadi,pak ngah nak ikut sama tak?,” tanya Muhammad Ashariff yang sedang mengambil botol air daripada peti sejuk untuk diminumnya. “Katanya tu, nak ikutlah. Pak ngah kamu tu pun baru balik dari akad nikah anak saudara dia sebelah mak ngah kamu,”cerita, Pak Mullia. “Oh ye? Orang mana?,” tanya, Muhammad Ashariff lagi. “Orang dekat-dekat sini je,” jawab, Pak Mullia.

“Memang lah!Orang lain tu kalau boleh nak cari orang yang dekat-dekat je. Kita pun tahu hati budi dia orang tu macam mana. Taklah banyak songehnya nanti,” kata, Mak Zainab yang turun dari tingkat atas.

“Apa maksud mak sebenarnya? Macam orang tak puas hati je,” Muhammad Ashariff hairan dengan kata-kata, Mak Zainab. “Apa maksud kamu, Nab,?” kini, Pak Mullia pulakurang memahami apa yang dimaksudkan akan kata-kata isterinya itu.

“Anak awak itulah!!,” jawab, Mak Zainab yang bersahaja. Lantas kaki, Mak Zainab melangkah mahu keluar meninggalkan mereka di situ.

“Mak, kejap mak. Apa kena dengan mak sebenarnya ni?,” tanya, Muhammad Ashariff seakan tidak berpuas hati.

“Kamu jangan nak belajar kurang ajar dengan mak! Belum kahwin lagi dah mula tinggi suara!,” marah, Mak Zainab kepada, Muhammad Ashariff. “Mak, bila, Riff tinggikan suara? Riff cuma nak tahu… kenapa mak tiba-tiba dingin macam ni? Sedangkan mak juga yang restu kami,” tanya, Muhammad Ashariff yang inginkan kepastian.

Mak Zainab memandang, Muhammad Ashariff. “Restu mak selalu ada dengan kamu. Restu mak selalu ada pada semua anak-anak dengan menantu mak. Mak tak pernah halang!,”Mak Zainab menyambung bicaranya lagi. “Cuma, mak nak kamu fikir semasak-masaknya,Riff!”.

“Astaghfirullah! kenapa dengan kamu ni, Nab??,” tanya pula, Pak Mullia yang pelik akan perubahan sikap isterinya, Mak Zainab. “Awak nak tahu kenapa?? Ashariff yang kita didik selama ni… tikam kita! Bunuh kita secara senyap-senyap!,”

“Mak! Apa yang mak maksudkan ni??,” Muhammad Ashariff seolah tidak keruan apabila mendengar kata-kata dari mulut ibunya. “Tolong jawab pertanyaan, Riff mak!,”Muhammad Ashariff melihat ibunya yang tetap berdegil tidak mahu menjawab soalannya.

“Kamu terlanjur, kan??,” tanya, Mak Zainab kepada, Muhammad Ashariff. Bagai panahan kilat di dinding hati, Muhammad Ashariff. “Kalau betul apa yang mak cakapkan! Kalau betul, Riff buat apa yang mak sebut, Riff akan mati dalam perjalanan nanti mak. Itu sumpah, Riff. Riff gerak dulu,” Muhammad Ashariff melangkah pergi mendapatkan kereta miliknya.

Mak Zainab merasa risau dengan kata-kata anaknya, Muhammad Ashariff. “Riff, Kita bincang! Mak taknak keturunan kita jadi perkara bukan-bukan!”.

“Kamu mengaku, Riff!!,” marah, Pak Mullia pula yang mulai rasa geram. “Mak, ayah, macammana, Riff nak mengaku kalau benda tu, Riff tak buat! Riff sumpah, mak, Ayah!Riff jaga maruah, Riff. Ni semua atas didikan agama yang mak dengan ayah ajar! Takkan, Riff sanggup buat perkara keji tu mak?! Kalau itu tuduhan mak dengan ayah, Riff sanggup kehilangan Sofea!,” Muhammad Ashariff terus mempertahankan dirinya. 

Muhammad Ashariff mahu memasuki ke dalam kereta untuk meneruskan niatnya kembali ke Kerteh.“Kamu kenal siapa Fiza?” Nama yang disebutkan oleh, Mak Zainab bagaikan berkocak darah, Muhammad Ashariff.

“Jadi? Ni semua sebab, Fiza? Mak dengan ayah lebih percayakan orang lain dari anak kandung sendiri?,” air mata, Muhammad Ashariff kini mengalir perlahan.

Tangan, Muhammad Ashariff ditarik kuat oleh, Mak Zainab. Lalu dipeluk tubuh anak bongsunya itu. Dipegang wajah, Muhammad Ashariff dengan kedua-dua tapak tangannya. “Kamu bersumpah, Riff?,” “Sumpah mak…! Untuk pengetahuan mak dengan ayah, Fiza tu keji orangnya! Jual tubuh! Takde maruah! Sikap dia tu mencerminkan diri dia sebenar!,” beritahu, Muhammad Ashariff akan sikap sebenar, Fiza.

“Dari dulu lagi, Fiza tu gilakan pak su, tok aki, nek. Akir kenal siapa, Fiza. Nenek dengan tok aki akan buat salah yang besar kalau tok aki dengan nenek percayakan,Fiza lebih dari pak su,” Akir memberitahu perkara yang sepatutnya, supaya nenek dan tok akinya tahu akan sikap sebenar, Fiza.

“Betul ke apa kamu kata ni, Akir? Cakap jujur dengan nenek!,” soal, Mak Zainab kepada cucunya.

“Betul! Pak su tak pernah berbohong! Akir lebih percayakan pak su, bukan percayakan orang lain terutama sekali, Fiza. Dia tu nek, nampak je baik! Sopan! Tapi hakikatnya! Allah je yang tahu,” cerita, Akir kepada nenek dan tok akinya.

Kak long cuba mencelah kini. “Anak saya tak tahu menipu mak. Adik saya, Ashariff tak pernah menipu selama long masuk dalam keluarga ni. Jangan mak percaya pada orang yang mak baru kenal. Ashariff dari dulu lagi ceritakan pada long tentang perangai, Fiza. Dahlah mak, ayah,  semuanya tu fitnah!”.

Mendengarkata-kata dari kak long, Pak Mullia dan Mak Zainab kembali tenang. “Kahwinlah cepat, Riff bagi menutup segala fitnah,” ujar, Pak Mullia kini. Muhammad Ashariff melangkah kaki memeluk, Pak Mullia dan kini memeluk, Mak Zainab.

Muhammad Ashariff memulakan perjalanan untuk kembali pulang ke Kerteh dengan perasaan yang lega. Lega kerana ibu bapanya percayakan dia semula. Tapi amarahnya kepada,Fiza makin menebal.

“Kau siap dengan aku Fiza!! Celaka!”, ngomelnya seorang diri di dalam kereta yang sedang dipandunya.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia