Home Novel Cinta Syurga Cinta Qasif
Bab 68

Jalan bengkang bengkok dilalu lagi oleh, Qasif Nursofea sewaktu di dalam pemanduan kereta. “Kita ke ladang teh pulak erk?,” tanya, Qasif Nursofea yang melihat wajah risau pada, Muhammad Ashariff. Risau akan pemanduan isterinya di jalan raya sebegitu.

“Pergilah mana pun. Tapi abang lah yang rugi. Tak boleh jalan sana sini. Kang… kaki ni pulak yang sakit,” rungut lagi, Muhammad Ashariff.

Muhammad Ashariff memilih untuk berehat sahaja di kafe yang terdapat di ladang teh tersebut.Setelah pesanan diambil, Qasif Nursofea mula menuruni barisan anak tangga untuk berjalan di lereng teh. Keadaan yang dingin terasa sejuk pada sesiapa yang duduk di situ.

Tempat duduk, Muhammad Ashariff yang menghadap ladang teh membolehkan dia memantau gerak geri isteri tercinta. Sambil menghirup air teh o panas, Muhammad Ashariff tiba-tiba disinggahkan pula dengan peristiwa perang dingin bersama isterinya dulu.

Muhammad Ashariff melihat dari jauh akan, Qasif Nursofea. Timbul rasa kasihan terhadap apa yang pernah berlaku tempoh hari.

“Apa yang mak rahsiakan daripada aku sebenarnya? Aku kenal, mak. Mak bukan macam tu sikapnya. Tapi… kenapa mak berubah secara tiba-tiba je? Adakah kerana, Fiza?Tapi… apa yang, Fiza ceritakan? Arghh! Yang pastinya aku kena siasat,” hatinya berbicara kini.

“Ha!! Apa yang dimenungkan sampai tak sedar, Fea datang?,” Qasif Nursofea sengaja berbuat demikian dengan harapan suaminya akan terkejut. “Tenung awek ke??Sampai isteri berdiri dekat belakang pun tak sedar?! ” usik Qasif Nursofea pada renungan suaminya sebentar tadi. “Mana ada! Memandai je. Tak baik fitnah dekat suami sendiri! berdosa” Qasif Nursofea ketawa mendengar, Muhammad Ashariff berkata sedemikian.

Sambung Muhammad Ashariff lagi supaya isterinya tidak syak apa yang sedang difikirkannya. “Fea ni nak bagi abang mati cepat ke apa? Terkejut abang tadi! Kang… tak pasal-pasal abang melatah, lompat terjun dekat bawah ladang ni” Qasif Nursofea ketawa lagi.

“Ada hati lagi ke nak terjun?,” tanya isterinya lagi dengan nada usikan. “Hai! Sempat pergi beli erk?,” dilihatnya kini bungkusan plastik yang telah berada dijari-jemari, Qasif Nursofea.

“Herm…kalau datang ke tempat macam ni kalau tak shopping…rugilah!,” Qasif Nursofea menghirup teh yang tidak dihabiskan suaminya.

“Sayang,”panggil, Muhammad Ashariff. “Erm,” jawab ringkas, Qasif Nursofea pada panggilan,Muhammad Ashariff. “Kenapa?,” Qasif Nursofea bertanya pula apabila, Muhammad Ashariff tidak meneruskan bicaranya tetapi hanya sibuk dengan telefon bimbit di tangan.

“Kenapa abang? Macam serius je muka,” tanya lagi, Qasif Nursofea. “Tak. Yang abang peliknya… abang tak boleh call ataumesej, Fea. Tak boleh contact langsung!,”rungut, Muhammad Ashariff sambil menunjukkan telefon bimbit kepada kepada isterinya.

Handphone abang rosak ke?,” tanya pula isterinya. “Isyh… takdelah! Kalau rosak… mestilah abang tak boleh call orang lain jugak,” nafi, Muhammad Ashariff.

“Bagi,Fea tengok!,” pinta, Qasif Nursofea. Muhammad Ashariff menyerahkan kepada isterinya. Dilihat dan disentuh oleh isterinya  pada skrin telefon untuk mencari puncanya.

“Memanglah tak boleh contact! Dah abang block, Fea! Merajuklah macam ni!,” Qasif Nursofea menarik muka masam dan terasa kecewa atas apa yang pernah dilakukan oleh, Muhammad Ashariff terhadapnya.

Muhammad Ashariff mengerut dahi kehairanan. “Eh, sekejam abang dulu… abang tak pernah block  number,Fea tau!” jujur, Muhammad Ashariff memberitahu.

“Kalau abang tak buat… siapa pulak yang buat? Takkan hantu pulak!,” Qasif Nursofea seakan tidak berpuas hati atas alasan yang telah diberikan oleh suaminya.

“Abang rasa ada yang tak kena ni,” kata, Muhammad Ashariff. Qasif Nursofea bersuara semula. “Kejap! Kejap! Kalau dah bukan abang yang block number, Fea… habis tu siapa? Takkanlah mak pulak? Walaupun makbencikan, Fea… takkanlah sampai hati, mak kot block number Fea dekat handphone abang?”.

“Ini yang abang fikir ni tapi… ini bukan kerja mak. Mak tahu call dan jawab call je.Mesej pun dia tak tahu. Tak mungkin dia buat,” Muhammad Ashariff terkenangkan sesuatu kini. “FIZA??!!,” timbul rasa geram di hati, Muhammad Ashariff.

“Alaa…mungkin abang yang salah tekan kot,” kata, Qasif Nursofea. “Mungkin,” Muhammad Ashariff tidak memberitahu apa yang ada di dalam fikirannya ketika ini dan dia bertekad bahawa tidak akan menyebut nama, Fiza di hadapan isterinya.

Semasa mereka berada di taman bunga ros ketika ini, Muhammad Ashariff memikirkan tentang tindakan berani, Fiza. Timbul perasaan marah dan geram yang mula menerjah masuk di dalam hatinya kini.

“Kenapa ni?,” tanya, Qasif Nursofea yang melihat akan perubahan sikap, Muhammad Ashariff.“Tak… takde apa,” Muhammad Ashariff menemani isterinya melawati taman bunga itu yang penuh dikelilingi dengan bungan ros.

“Abang,bila… Fea tengok bunga-bunga ni… teringat pulak, Fea. Abang upah orang letak bunga dekat kereta ye? Padahal… waktu tu kita tengah perang dingin”.

“Bunga? Bunga yang dimaksudkan oleh isteri aku ni…. bukan dari aku! Mesti kerja, Fiza!,”Terdetik di dalam hati, Muhammad Ashariff lagi.

Qasif Nursofea duduk pada bangku yang tersedia di taman. Masih lagi duduk disamping suami tercinta. Muhammad Ashariff hanya memandang wajah isterinya dengan seribu persoalan yang masih belum terjawab diantara, Mak Zainab dengan Fiza. “Inisemua pastinya ada kaitan!,” detik hatinya lagi.

Setelah puas melawati tempat-tempat indah yang terdapat di, Cameron Highlands, merekakini kembali pulang di bilik hotel. Qasif Nursofea menghidangkan buah buahan yang dibelinya tadi. Membersihkan buah tadi dan diletakkan di dalam pinggan yang disediakan oleh pihak hotel.

Muhammad Ashariff langsung tidak menyedari kehadiran, Qasif Nursofea di situ. “Abang,”Qasif Nursofea menyentuh lengan, Muhammad Ashariff dan lamunannya tadi kini terhenti.

“Kenapa dengan abang ni? Asyik termenung je, Fea tengok. Dekat taman tadi pun termenung… sekarang dekat dalam bilik pun termenung lagi. Apa yang abang fikir?Abang ada masalah ke?,” Qasif Nursofea cuba bertanya setelah sedar akan sikap suaminya yang banyak termenung. “Takdelah. Abang cuma penat sikit kot,” Muhammad Ashariff memberi alasan dan membelai rambut lurus isterinya.

Percakapan,Muhammad Ashariff ketika ini tidak diendahkan lagi oleh, Qasif Nursofea. Dia terlena di pangkuan, Muhammad Ashariff dengan meletakkan kepala di ribaan suami.

“Aku tak boleh duduk macam ni lah! Aku rasa… aku kena masuk kerja. Yang sakit kaki aku… tangan aku ni masih kuat lagi. Boleh lagi buat kerja,” rungut, Muhammad Ashariff di dalam hati.

“Ibu,”panggil, Akir yang masih tinggal bersama ibunya di kampung. Akir yang baru menamatkan pengajian masih belum mendapat tawaran kerja walaupun telah banyak permohonan dihantar, Akir. “Ye,” jawab kak long yang sedang mencuci pinggan mangkuk di dalam dapur rumahnya setelah selesai menjamu selera bersama dengan anak-anaknya.

“Ibu takkan tak tahu langsung kenapa nenek jadi sampai macam tu? Yelah, Akir tak sangka yang nenek boleh buat mak su sampai macam tu sekali,” tanya, Akir kepada ibunya. Kak long masih lagi meneruskan kerjanya di dapur.

“Tak payahlah, Akir nak ambil tahu pasal kisah orang tua,” nasihat kak long kepada anak sulung bujangnya. “Bukan sebab, Akir nak ambil tahu isu orang tua. Akirrasa, Akir perlu ambil tahu. Lagipun… pak su dengan mak su tu… bapa dan ibu saudara,Akir,” kata Akir.

“Ibu bukannya taknak ambil tahu hal dia orang. Tapi… ibu perlu sedar yang ibu cuma menantu. Menantu je dekat rumah nenek dengan tok aki. Ibu rasa macam tak layak nak ambil tahu. Kalau nak tahu pun… tunggu nenek atau pak su ataupun mak su sendiri yang cerita,” jelas, kak long. Kak long yang selesai mencuci pinggan mangkuk mengelap tangan yang basah dengan kain lap dan duduk bersama, Akir di meja dapur.

“Kenapa pulak ibu tak boleh masuk campur? Ibu kan menantu? Ha… mak su tu pun menantu! Akir rasa takde isu samada boleh ataupun tak,” Akir memberikan pendapat.

“Akir kalau nak tahu jugak… pergi tanya nenek sendiri. Tu… sebelah rumah kita je rumah nenek tu,” kak long tidak mahu meneruskan perbualan tentang isu yang dibangkitkan oleh anak sulungnya, Akir. Kak long bangun dan pergi ke ruang televisyen.

 

Previous: Bab 67
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia