Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 20B

“HAAAIHHH..Haaaaihhh..” Genap sudah, lima puluh satu kali aku mengeluh. Duduk dalam keretaEmel ni, amat-amat membosankan! Kereta mahal, tapi radio tak pasang.

            Dengan selamba tanganku menyentuhbutang On pada radio touch screen itu. Papp!!! “Auch!Sakitlah!” Laju saja aku menggosok-gosok tangan yang dipukul oleh Emelmenggunakan kipas lipat  yang entah darimana munculnya.

            “Jangan pandai-pandai nak sentuh!”Marah Emel.

            Aku mencebik! “Bosan tau tak. Adaradio tak nak pasang. Kalau kau tak nak pasang radio tak apa! Fine! Aku boleh nyanyi sendirilah!”

            Aku mula menyanyi lagu Alif Satar‘Lelaki seperti aku’. Nyanyian yang agak ‘sedap’ didendangkan jika mahukan kacapecah. Sumbang gila! Suara macam buah durian timpa tanah.

            “Stop!”Emel menggoncangkan-goncangkan telinganya! Suara sumbang Zirah itu mampumembuatkan tahi telinganya berguguran!

            “Ish! Tak sedap langsung! Sumbang!”Kutuk Emel. Namun, bila Emel mengutuk suara Zirah begitu semakin kuat Zirahmenyanyi. Macam-macam jenis lagu dia nyanyi. Main bedal je!!

            Dengan geram, Emel menyumbat saputangan yang diambil dari atas dashboardke dalam mulut Zirah! Puas hati aku! Bising lagi..

            Kelam kabut Zirah mengeluarkan saputangan itu. Tuih, tuih.. Dibuang bulu sapu tangan tadi yang masih melekat padalidahnya. “Eii apa ni??!”

            “Eh, inilah kain buruk yang selaluaku buat untuk lap cermin. Sedap tak rasanya? Ada tak macam rasa air oren?”Emel tersenyum menang.

            Turun naik nafas Zirah dibuatnyamenahan marah. Dibaling sapu tangan tadi kearah Emel. “Jahat! Zalim! Ish! Akubenci kau. Dush! Dush!” Bunyi mulut je lebih. Gaya macam nak menumbuk, tapitumbukannya itu tak lut langsung pada tubuh Emel!

            “Malas aku nak layan kau! Tidur lagibaik! Selamat jalan Badigol! Huh!” Zirah mendengus dan kemudian berpaling darimemandang Emel.

            Emel hanya tersenyum. senangnya nakbuat dia kalah. Ini kalau ajak main gamePS2, mesti aku menang je ni. “Weh jangan tidur! Aku tak tahu jalan ke rumahkau.” Emel menyiku lengan Zirah.

            “Jalan ikut suka kaulah.” Balas Zirahdengan nada marah!

            “Lah, itupun nak merajuk.” Emelmencebik.

            Laju saja Zirah berpaling memandangEmel. “Siapa cakap aku merajuk??! Tolong sikit, kalau dengan kau sia-sia je akumerajuk! Geli aku eh, nak merajuk bagai dengan kau. Aku marah tahu tak. Tak nampakaku tengah marah ni?” Turun naik nafasku sambil hidungku juga turut kembangkempis.

            Emel ketawa. “Buruk betul muka kau buatmacam tu. Dah macam lembu betina kejar orang yang pakai baju merah je.”

            Terbeliak biji mataku. Apa diacakap? Lembu betina? Muka aku yang comel ni dia cakap macam lembu betina?Emel!!!!!

            “Kali ni betul-betul aku tak nakcakap dengan kau!” Aku memandang depan sambil berpeluk tubuh!

            “Ish, kau ni. Kut iya nak marah,bebawak bersabar dulu. Sekarang ni aku nak tahu, kampung kau kat mana?” Emelsudah jemu bertanya.

            “Dah sampai tol Gopeng nanti, bagitahu aku. Selamat malam!” Laju saja aku melentukkan kepala. Mengantuk pulak!

            “Weh, temanlah aku weh! Susahlahkalau bawak koala ni berjalan! Tidur je tahu!” Bebel Emel.

            “Aku dengar kau kutuk aku tu..”Dengan mata terpejam, masih jelas suara Zirah.

            Emel mencebik. Macamlah aku takut sangatdengan kau. Boleh blah..

Previous: Bab 20A
Next: Bab 20C

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.