Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 69

MATAyang gelap ditutup itu membuatkan Zirah makin berdebar. Apalah yang istimewasangat nak ditunjukkan oleh suaminya itu?

            “Okey sayang, dah boleh buka mata.”Bila kain yang menutupi mata itu dibuka. Perlahan-lahan Zirah membuka mata.

            “Surprise!!!”Jerit semua yang ada di situ. Mak Esah, Kak Masyitah, Abang Adip, Mak!! Ummidan Walid, Along dan Yani? (pelik kejup). Haji Hanif dan Amina pun ada. Argh!Banyak sangat orang aku sayang ada kat sini. Rasanya inilah kenangan yangpaling indah aku rasa.

            Sekejup, aku pun dah pening ni.Kejutan ni memang mengejutkan system pencernaan minda aku. Sampai terbantut akunak berfikir. Aku rasa pelik dengan keadaan disini, soalan yang aku rasa naktahu tu, aku hamburkan saja pada Emel. Dengan tenang Emel menjawab satupersatu.

            Pertama, rumah ni bukan ke rumah MakEsah punya bos? Emel cakap, inilah rumah pertama yang dibeli olehnya. Dan iniadalah hadiah buat aku darinya. Dulu rajin jugak dia datang sini nak intip aku.Almaklumlah rumah Kak Masyitah dan Abang Adip depan rumah je. Jerit hoi je,boleh dengar sampai pintu dapur. *tipu* Dan dengan cara ini Emel bolehmengetahui perkembangan Zirah. Dan secara tak langsung menjaga isterinyawalaupun dari jauh.

            Kedua, Yani dan Ammar? Ini memangpelik! Bila pulak dorang ni jumpa? Nampak macam rapat je. Jarang tau Adam nak denganorang yang dia tak kenal. Tapi kali ni Adam macam dah biasa dengan Yani. Setahuaku memang Ammar sedang bercinta dengan rakyat KK ni. Tapi aku tak tahu pulakrakyat KK tu adalah Yani! Amboi, pandai simpan rahsia eh. Maknanya, semuacerita pasal aku dia dah tahu sejak dulu dah. Hampeh punya Yani, buat penat akuje cerita berjela-jela dengan kau. Tapi apapun, aku tetap sayang kat kau.Mereka akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini. Insyallah..

            Ketiga, barulah aku tahu yang HajiHanif itu adalah kawan baik Emel. Maknanya insan yang Yani ceritakan pasal share patner tu adalah Mohd Aimel HijjazBin Dato Faris lah! Tembakau punya Yani, pura-pura cerita pasal mamat hensemlahapalah.. Padahal dia dah tahu itu suami aku, saja nak aku ambil tahu lah tu.Ceh!

 Pstt.. Naktahu tak siapa Ainul Mardhiah yang Mama anggap aku adalah klonnya itu?Rupa-rupanya Haji Hanif dulu pernah kahwin dengan Ainul Mardhiah ni. Tapisebulan selepas tu Ainul Mardhiah meninggal dunia sebab sakit asma yang kronikdan komplikasi semasa melahirkan anak sulung mereka. Ainul Mardhiah tusebenarnya adalah anak angkat Mama. Walaupun masa perkahwinan itu AinulMardhiah memang dah sakit, Haji Hanif tetap mahukan jugak majlis perkhawinandijalankan. Katanya, dia mahukan Ainul Mardhiah jadi isterinya di syurga. Sebabdia terlalu sayangkan wanita itu. Samalah dengan aku, aku pun terlalu sayangkaninsan bernama Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris. Dan saya nak dia terus jadisuami saya di syurga. Amin.. Insyallah.

Rasanya tiga soalan ini saja yang membuatkan otakaku jem memikirkannya. Rasanya ada lagi, tapi biar dulu. he..he..

Previous: Bab 68B
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.