SETIAP kali Emelmenunaikan solat tahajud. Zirah pasti akan ikut sekali. Tapi kali ni diabenar-benar tak larat. Pinggangnya rasa sakit. Namun, walaupun tidak menunaikansolat sunat itu, dia tetap bangun mengejutkan suaminya dan akan teman suaminyasampai habis menunaikan solat.
Sejak dua menjak ni, Emel kerapbenar mengadu sakit pada perutnya. Kekadang tu tengah lena tidur pun dia bolehbangun sebab terlalu sakit. Kesian sangat. Sampai boleh buat akumenangis-nangis sebab tak sanggup tengok Emel menahan sakit.
Ketika disujud akhir, Emel terbaringsambil merengkok memegang perut. Tersentak aku dibuatnya. Laju akumendapatkannya. Aku baringkan dia diribaku dan mencapai minyak angin diatasmeja. Aku mengurut perutnya perlahan.
“Abang okey tak? Kita pergihospitallah ye? Abang kerap sangat sakit ni.” Zirah menahan sehabis mungkindari menangis. Macam mana aku nak kuat? Aku tengok muka dia yang pucat ni punboleh buat aku nak meraung. Sampaikan aku rasa biar sakit dia tu, aku yang tanggung! Aku taksampai hati tengok dia macam ni.
Dalam keadaan lemah Emelmenggeleng-geleng sambil tersenyum hambar. “Abang nak baring atas katil.”Ujarnya sambil menahan sakit.
Zirah mengeluh. Itu saja ayat dia.Tak nak langsung ikut cakap aku! Namun aku turutkan juga.
Diatas katil Emel melabuhkankepalanya diriba Zirah, jari jemari Zirah digenggam erat. Lengan Zirah dipelukkemas. Namun berkerut-kerut dahinya menahan sakit ditahan.
Dalam diam Zirah mengesat airmatanya. Kenapa abang buat Zirah susah hati macam ni? Kenapa abang tak nakdengar cakap Zirah? Zirah sayang abang, Zirah tak sanggup tengok abang macamni.