Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 30A

            “Main tipu!” Emel menunjal dahiZirah yang ada dihadapan nya.

            “Ish! Mana ada orang main tipu.Zirah main betul-betul tau!” Marahku. Aku mengusap-usap dahiku yang rasa macambaru kena laser! Sakit tau tak!

            Emel yang melihat reaksi Zirah, lajusaja menghampiri. Diduduk disebelah Zirah. Disentuh dahi luas itu dan dikucupperlahan. “Sorry, sakit ke?” Denganwajah risau dipandang wajah Zirah.

            Zirah perlahan-lahan tersenyum! Diasuka sangat-sangat Emel yang baru ni! Suka sangat-sangat! Sayang sangat-sangat!

            Sambil mencebik akumengangguk-angguk mengiyakan, siap dengan wajah sedih lagi. “Lagi sekali..” Akumenunjukkan dahiku sambil mencebik seolah-olah mahu menangis. Terasa macamwanita paling mengada-ngada di daerah Malaysia. Ha..ha.. Kesah pulak aku?

            Emel ketawa. Namun diturutkanpermintaan Zirah.

            Zirah masih berwajah sedih. Sengajamahu Emel melakukannya sekali lagi.  “Naklagi..” Kataku apabila sekejup saja Emel mencium dahiku!

            “Nak berapa banyak lagi ni?” SoalEmel sambil menahan ketawa. Entah kenapa sejak dua tiga hari ni, perangai Zirahberubah 100%. Dari dulu macam harimau, sekarang macam kucing. Manja gila!Buatkan aku rasa makin cin..! Ish! Tak boleh! Tak boleh Emel! Kamu tak layakjatuh cinta dengan dia!

            “Zirah nak banyak-banyak danselamanya, sampai Zirah mati.” Sebaik saja Zirah menyebut ayat ‘mati’, mulutnyadisentuh oleh jari telunjuk Emel. Wajah lelaki itu ternyata berubah mendadak.

            “Jangan sebut pasal mati!” MarahEmel dan terus berlalu. Zirah tak boleh mati! Tak boleh!

            Aku terdiam. Terkebil-kebil seorangdiri didalam wakaf ini. Emel sudah berlalu masuk ke dalam rumah! Aku salahcakap ke? Nampak marah betul dia. Ish! Mulut.. Kenapa suka buat dia marah hah?

            Aku mendekati Emel yang sedang lekameneliti kerjanya diatas meja kerja. Kalau suami marah, berdosa kita sebagaiisteri. Selagi tak dapat ampun dari suami, Allah marah. Ini nasihat dari makyang selalu diulang-ulang. Dia marah ke?

            Perlahan aku menolak dam ular tadi keatasmeja kerja Emel, betul-betul dihadapan Emel sehinggakan pergerakan lelaki ituterhenti.

            “Tengok. Awak menang.” Akutersenyum. Sengaja aku meletakkan buah damnya yang berwarna hijau itu ke kotakterakhir dam yang bertulis ‘winner’.

            Emel yang tadi berwajah ketat,sedikit demi sedikit tersenyum perlahan. Pandai benar Zirah memujuk hatinya,membuatkan dia tersenyum.

            “Awak tak marah kat kita kan? Kan?Nak mintak sesuatu boleh?” Zirah perasan dengan senyuman Emel itu. Namun reaksilelaki itu masih diam tak berkutik. Hanya mulut saja yang tersenyum.

            Emel yang sedang membuka laptopnyaterhenti. Ditala matanya kearah Zirah. Berkerut dahinya. “Apa?”

            “Zirah nak duduk kat sini. Boleh?”Zirah menepuk-nepuk peha Suaminya. Entah kenapa, miang benar dia hari ni.Sebenarnya, seumur hidupnya.. Baru kali ini dia rasa terlalu cintakanseseorang. Dan orang itu adalah Emel. Meskipun Emel seolah-olah tak pernahjatuh cinta dengannya, dia peduli apa! Sebab Emel sah untuknya!

            Terdiam Emel dibuatnya! Biar betulbudak ni?

            “Tak bagi tak apalah!” Aku mencebiklalu mahu melangkah sambil buat muka sedih. Namun..zupp! Laju saja tangan Emelmenarik lenganku sehinggakan aku terduduk diatas ribanya. Dipeluk kemaspinggangku. Tersenyum aku dibuatnya.

            “Asyik merajuk je. Duduk sinidiam-diam.” Ujar Emel. Tangan kiri lelaki itu kemas memeluk pinggang isterinya,tangan kirinya pantas bermain dengan tertikus.

            Folderpicture bertajuk ‘NIKAH’ dibuka. Ada 566 gambar didalamnya. Semuanya gambarsemasa nikah. Emel membukanya satu persatu.

            Sekarang tak payah susah-susah nak sorokkancerita. Semuanya Tok Wan dah tahu! Patutlah masa aku berlakon berpantang masatu Tok Wan macam tak kisah je aku makan cucur udang! Tok Wan kata, biarpun diajauh. Dia tetap akan tahu segala-galanya yang berlaku disini. Tok Wan memangbenar-benar kecewa dengan Manda. Tapi apa boleh buat semuanya dah berlaku. DanTok Wan sangat sukakan menantu baru cucunya itu! Iaitu akulah! Zirah.. J

            Tapi sekarang Tok Wan dah balik keChina. Insyallah lagi sebulan atau beberapa bulan lagi  dia balik sini semula untuk meraikan majliskahwin sebenar antara aku dan Emel. Majlis itu ditaja  100% dari Tok Wan tau! Almaklumlah aku kan dahjadi cucu kesayangannya.

            “Cantiknya!” Ujarku bila melihatgambar aku yang sedang mencium jambangan bunga dan Emel pula sedang memegangjambangan bunga itu. Mata kami saling bertaut. So sweet!

            “Cantik ke?” Soalnya tanpa perasaan.

            “Mestilah! Bak sini tikus mondokni!” Aku ambik mouse dari tangannyadan menekan-nekan sehinggalah gambar tadi menjadi Wallpaper DP Desktop.

            Emel hanya tersenyum. Ada-adasajalah si Zirah ni.

            Zirah berpaling menghadap wajah Emelsambil merangkul leher lelaki itu. Mata Emel yang cantik itu dipandang lembut.“Zirah nak, abang ingat Zirah sampai bila-bila. Zirah nak, ada kat sini sampaibila-bila.” Zirah menyentuh dada Emel, memfokuskan pada hati lelaki itu! “DanZirah nak jadi isteri abang sampai syurga. Kalau ditakdirkan kita tiada jodoh,Zirah tak akan kahwin lain selain abang. Sebab, suami yang terakhir dikahwiniitulah yang akan bersama kita disyurga nanti. Okey, selamat malam.” Zirahmencium dahi Emel dan bangun berlalu kekatil dengan senyuman yang masih panjangmeleret. Tidur lena lah dia malam ni! Angau!

            Abang? wah! One step to make something sweet for my future! Okey, mulai harini. Nak panggil dia Abang! Zirah tersenyum lebar. Bahagia yang dia rasa saatini!

            Emel pula, terdiam. Serba salahmenghentak hatinya! Ya Allah.. Permudahkanlah apa yang sukar! Mendengarkata-kata Zirah itu membuatkan fikirannya bercelaru dan rasa macam berat!

Previous: Bab 30
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.