Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 65A

LAJUkakiku melangkah, dah lambat sangat ni. Nak tunggu bas lagi, nanti malam pulakbaru sampai. Yani ada tawarkan untuk menjemputku semetellah dia sekarang sedangbercuti, tapi dengan gaya poyonya aku cakap yang aku tak nak susahkan dia. Kansekarang menyusahkan diri. Tiba-tiba rindu gila kat sayang aku tu. Sayang akutu, Kancil aku tu lah! Korang fikir siapa? Ish!

            “Kak Zirah! Kak Zirah!”

            Aku mencari dari mana datangnyasuara itu. Jangan buat hal, dah dekat pukul berapa ni? Aku mengurut dada sebaiksaja melihat Amina menghampiriku. Lega, ingatkan ada makhluk lain yang tegurtadi. Choii! Mulut mintak kaki nampak!

            Tercungap-cungap dia dihadapan aku.Penat kut mengejar aku yang jalan mengalahkan tengah olimpik. “Ye, kenapa niAmina?”

            Amina tersenyum. “Malam ni, Minaambil Akak kat rumah Kak Yani eh. Kita pergi kenduri kat rumah Tok Aki.”Pelawanya dengan bersungguh-sungguh.

            Aku pulak rasa macam nak ghaibkandiri. Baiknya keluarga Haji Amri ni. Semuanya baik-baik. Tapi yang buat akuserba salah ni. Si Amina ni, tak habis-habis nak kenenkan aku dengan HajiHanif. Aku pulak rasa serba salah. Aku tahu dia tak tahu status aku. Kalau diatahu mesti dia tak ajak aku dan kenenkan aku dengan abang dia. Kadang-kadang tuberkali-kali Haji Hanif mintak maaf dengan keterujaan adiknya itu mahukan akumenjadi kakak iparnya.

            Aku tersenyum semanis yang boleh.Melihat jam yang sudah menginjak pukul tujuh malam, sepantas kilat otak akuterfikir Pak Atib pemandu bas yang selalu aku naik. Pak cik tunggu Zirah sateh.

            “Maaflah Mina, Akak..”

            “Tak apa, Mina ambik Akak. Jadi tau.Lepas maghrib. Okey, assalamualaikum.” Amina terus berlalu sambilberlambai-lambai kearahku dengan senyuman manisnya.

            Adoi! Ni buat aku rasa nak pengsanni. Laju langkahku menuju ke pondok menunggu bas. Alhamdulillah ramai oranglagi dan Pak Atib pun tak datang lagi.

            Berhati-hati aku melalui perumahandemi perumahan itu. Erm, bukan nak jadi model catwalk berjalan berhemah dan sopan cuma…

            Gong!!gong!! Auuuuummmm!! Hah! Ambikkau. Ini lah sebabnya! Tak cukup tanah aku lari. Dah rasa macam lari dalamsukan olimpik peringkat Tadika Bersatu je. Tak ada akal punya hanjing! Dia kejar aku dengan rasabengisnya. Aku tak kira, pakai jubbah sekalipun aku tetap nak lari sekuat hati!Mujur anjing itu hanya kejar sampai tiga buah rumah je. Kalau sampai balikrumah. Aku rasa, mahu kejang aku kat tengah jalan ni. Biar anjing tu ingat akubetul-betul dah mati.

            Adoi, ingat anjing tu ada otak kenak fikir macam tu? Inilah akibatnya banyak tengok cerita katun. Setelah yakinaku tak dikejar dengan ‘peminat’ misteri tu. Aku pakai kembali kasut tumittinggi aku. Mujurlah aku pakai stoking. Tak adalah sakit sangat lari atas jalanraya yang berbatu tu. Tuan punya anjing tu pun satu. Dia ingat anjing dia baiksangat ke? Nak dilepaskan dengan indah begitu sekali? Nasib aku yang kena,kalau budak tadika yang baru balik beli ais-cream macam mana? Tak ke setengahmati budak tu lari ketakutan?

            Setelah sampai didepan pagar, akumemeluk pagar rumah Yani itu. Cuba hilangkan rasa penat berlari. Rasa nak gugurbuah pinggang lari tak berperasaan aku tadi. Kalaulah ada orang tengok, mahugelak berirama mereka tengok aku lari.

            “Kena kejar dengan ‘peminat’ lah tu.Itulah degil bebenor kome! Teman udah kabor dah, teman ngambik. Mike tak ndak.”Ambik kau, sekali bahasa perak keluar dari halkum si Yani. Membebel, Yani kalaumembebel memang suka sangat guna bahasa ibundanya itu. Mujurlah aku faham.Buatnya aku tak faham sepatah ayat, mahu aku baling dia kat tempat kejadiantadi. Bior ditrokamnya dek hanjing.

            “Aku tak nak susahkan kau lah. Yani,nak air. Aku rasa hilang lima kilo aku ni. Lama-lama aku rasa kurus tinggalkuku je ni.” Aku duduk lemah didepan pintu. Melihat jam baru pukul 7.15 malam.Laju jugak Pak Atib bawak bas. Mana tak lajunya, ada pulak amoi sorang tu nakberanak dalam bas. Kelam-kabut Pak Atib nak uruskan. Bas dia pun dah rasa macamAmbulance. Dah macam orang mabuk aku terhuyung-hayang dalam bas yang penuh tu.Berdiri pulak tu. Ujian betul hari ni.

            “Nah.” Yani menghulurkan air oren.Dan diminum rakus oleh Zirah. “Kau ni degillah, banyak kali aku cakap. Pergidan balik kerja dengan aku. Tak nak jugak.” Bebel lagi minachi ni.

            “Aku tak nak susahkan kaulah. Anjingtu, aku tahulah nak buat apa lepas ni. Jangan haraplah dia boleh kejar aku lepasni.” Idea jahat mula terbayang. Dah lama tak buat jahat ni.

            Yani ketawa perlahan. Ada sajaalasannya. “Tapi esok ikut aku pergi kerja. Balik dengan aku. Kau boleh naikbas kalau aku lambat ke. Tapi kalau aku lambat sangat, kau bawak balik keretaaku. Nanti aku nak balik, aku callkau.”

            Bunyi macam arahan je. Sayang jugakdia kat aku. Aku hanya tersenyum.

Previous: Bab 64
Next: Bab 65B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.