Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 32A

            Minggu ni, Mak Gayah cuti. Seminggu,katanya ada hal dikampung yang mahu diuruskan. Oleh demikian, aku dan Bibikakan menjaga Ammar bersilih ganti. 

            “Assalamualaikum. Papa, Adam datangni.” Aku meletakkan Adam disebelah Ammar seperti biasa. Langsir yang menutupipintu balkoni diikat kemas.

            “Ermm, hari ni Mak Gayah tak adatau. Seminggu, jadi Zirah akan jaga Along. Eh, silap.. Zirah dengan Bibik. Alongsihat? Along nak tahu? Minggu ni genap umur Adam dua bulan tau. Esok dia dahkena cucuk. Kesiannya anak Ibu.” Aku mengusap pipi Adam. Rasanya memang patutaku gelarkan Ammar sebagai Along. Sebab dia abang ipar saya. J

            Kain lembab didalam besin diperahdan dilap didahi Ammar. Pagi tadi Ammar dah dilap oleh Ummi sebelum  Ummi pergi kerja.  Setelah dibasahkan dahi Ammar, aku dudukdisebelahnya. Melihat kuku jari Ammar yang sudah sedikit panjang. Aku mencapaipenyepit kuku diatas meja kecil.

            Sambil memotong kukunya, akubersembang dengan Ammar seperti biasa. Membebel sampai aku letih. Agaknyakalaulah Ammar ni bangun, mahu pekak telingannya dengar aku membebel setiaphari. Ha..ha!

“Along  nak tahutak, Ummi cakap.. Dulu masa along  kecik-kecik, along suka bawak Emel pergi mainbola walaupun Emel tak suka main bola. Boleh dikatakan, kemana saja along  pergi mesti along  bawak Emel. Ummi cakap, along  terlalu sayangkan Emel. Sampailah along  boleh bagi cadangan nak pinangkan seorangperempuan untuk dia sebab along  nakbersanding diatas pelamin yang sama dengan Emel.” Aku ketawa.

“Tapi Emel selalu buli along, dan along asyikturutkan saja apa kemahuan Emel. Along memang abang yang baik. Zirah kagumdengan along. Kalaulah along boleh jadi seorang abang yang penyayang danbertanggungjawab macam ni, mesti along boleh jadi suami dan ayah yang terbaikdalam keluarga along kan? Tapi takdir tu tak menyebelahi along. mungkin Allahnak aturkan takdir yang lebih baik untuk along. Kita tak tahu kan?” Akutersenyum. Kalau melihat wajah Adam yang sedang tidur, seiras dengan wajahPapanya ketika ini. Tenang je!

Aku kembali menjalankan tugasku. Sambil itu, mulutkujuga tak habis-habis membebel. Setelah selensai memotong kuku Ammar, aku bangununtuk membuang sisa-sisa kuku tadi. Aku kembali mendapatkan Adam yang mulamerengek.

“Kenapa anak ibu ni? Papa baru nak baring sebelahAdam. Adam lapar eh?” Aku meletakkan semula Adam disisi Ammar. Kemudian akumenghampiri meja kecil diruangan itu, mencapai botol susu Adam.

Gelojoh betul Si Adam ni bila minum susu. Ha..ha..Kelakar, watak dia ni sama macam Emel bila dapat minum Milo.

Aku melihat wajah Ammar. “Along, sampai bila Alongnak keras hati macam ni? Sampai bila Along nak ‘lenakan’ mata Along tu? Alongtahu tak Allah pernah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang melainkansesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yangdiusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”[2:286]

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiapdugaan dan ujian. Apa yang boleh Zirah nasihatkan, sebagai umat Islamseharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalahbukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayangkepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian danmusibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu menghadapi ujianya, jikasebaliknya Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.

            Insyallah, semua keperitan yangAlong lalui sekarang akan membuahkan nikmat yang paling indah yang Allahkurniakan. Apapun, kami semua sentiasa ada disisi Along. Dan Adam ni, adalahanugerah Allah yang sangat berharga untuk Along teruskan hidup”

            Aku membiarkan Adam menggenggam jarijemari Ammar. Kelihatan jari Ammar bergerak, respon terhadap sentuhandijarinya. Memang itu saja yang Ammar mampu lakukan. Hanya itu. Dia bolehbangun, aku yakin! Dengan izin Allah. Cuma semangat dia dah terlontar jauh.

            Kerana sayang dia kepada AmandaImani terlalu utuh. Membuatkan dia merasakan sia-sia dia teruskan hidup ini,andai bahagia itu bukan untuknya.
Previous: Bab 32
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.