Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 67A

Aku menggenggamkuat jari jemariku. Terkumat kamit mulutku membebel! Geramnya kalau diingatkanbalik kejadian siang tadi! Rasa macam nak gigit-gigit je Si Emel tu! Ishhhh!Meh sini aku throwback sikit.

            PINTU diketuk perlahan. Empat pasangmata memandang aku. Cuma satu pasang mata tu pura-pura menyelak fail. Aku buattak tahu. Tak terasa pun! Tak terasa pun! Serius aku tak terasa!  Ishhh! Rasa nak keluar je dari bilik ni!

            “Duduk Zirah.” Haji Hanif bersuara.

            “Eh, saya datang ni nak bagi ni. KakMin suruh Ashraf hantar kat cawangan Hijjaz, tapi Ashraf suruh pass kan kat Encik Aimel. Ashraf ada haltadi.” Aku meletakkan bungkusan itu diatas meja.

            “Oh, okey. Zirah tak nak kenal dengan ahli-ahli Syarikat Hijjaz?” HajiHanif bertanya dengan senyuman.

            Ya Allah, disuruh aku berkenalanpulak. Nak hantar bungkusan ni pun dekat dua jam aku kumpul kudrat tenaga nakberhadapan dengan dorang. Inikan pulak nak berkenalan? Sabar je lah.

            “Eh, tak apalah Haji Hanif. Sayabukan sesiapa pun. Saya ada kerja ni, saya pergi dulu.” Zirah bersuara. Belumselangkah pun aku melangkah kedengaran suara lelaki itu.

            “Kalau macam tu, kita jangan buangmasa dengan benda yang tak penting. Kita teruskan mesyuarat kita ni.” Yes! Itu suara Muhammad Aimel Hijjaz!Amboi! Dia cakap aku tak penting?

            Nasib baik tahap kesabaran aku masihditahap langit. Kalau tak, memang aku dah berdiri kat atas meja ni. Hah! Nampaktak aku tengah marah? Macam mana aku tak tahu yang syarikat Walid share partner dengan FQ? Ish! Rasa macamnak hantuk kepala kat dinding je. Patut lah Emel tahu aku kerja kat mana, dahlama rupanya dia ikut aku.’

            Sedang ralit aku membancuh Milo,Yani menghampiri. “Hoi, baca jampi serampah ke apa?”

            Ya Allah mujur aku tak sumbat cawanni kat mulut dia. Kang ada pulak yang tercekek cawan! Aku mengurut dada. “Kaukalau muncul mesti macam Batman kan? Tetiba je muncul. Nasib baik aku dapatkawal tahap ‘keterperanjatan’ aku ni. Kalau tak dah besar mulut kau makancawan.” Bebelku geram. Amboi ayat apa ‘keterperanjatan’ tu? Aku main sebut je. Hahaha..

            Yani ketawa. “Hah! Marah-marah.Manalah tak berkedut muka tu. Eh kau buat apa?” Sibuk Yani menjenguk isididalam cawan yang dipegang Zirah.

            “Aku tengah salam dengan Shah RukhKhan ni.” Aku tersenyum geram. Buat-buat tak nampak pulak budak ni.

            Yani ketawa. “Kecik ye ‘Shah RukhKhan’ kau. Hahaha! Janganlah marah, makin tebal pipi ni.” Yani mencubit pipiZirah. Makin lama, makin tembam pipi kawannya itu. Bahagia la tu.

            Zirah menolak tangan itu. Yani nikalau dapat cubit pipi aku, macam pipi aku ni organ yang tak bernyawa.“Sakitlah. Kau nak apa ni? Selalunya malam-malam macam ni kau dah bertapa dalambilik. Ni kenapa boleh langgar pantang ni?” Zirah menyindir. Yelah, lepas pukul10 je mesti budak ni dah duduk dalam bilik. Tak kiralah waktu cuti ke, waktukerja ke. Untunglah orang ada tunang.

            Yani memeluk bahu Zirah. “Alolo,merajuk pulak kawan aku ni. Tak apa, malam ni aku teman kau. Eh, kau buat airMilo ke?” Soal Yani sedikit terkejut.

Previous: Bab 66D
Next: Bab 67B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.