Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 15A

“PAPA..Adam datang ni. Papa bangunlah..” Aku bersuara seperti kanak-kanak mewakiliAdam. Sambil itu tapak tangan Adam aku letakkan didahi Ammar.

            “Papa kalau nak tengok Adam, papakena kuat! Papa kena bangun sekarang jugak!” Ujarku lagi. Masakan bayi yangbaru berumur 17 hari itu boleh bercakap? Tak apa, aku ni kan Google Translate. Aku cuma nak translate bahasa Adam je.

            Aku baringkan Adam disebelah Ammar.Muhammad Adam Hijjaz Bin Mohd Ammar Hijjaz. Nama itu cukup merdu ditelinga aku.Apatah lagi melihat wajah bayi comel ini. Tiba-tiba aku yang rock ni, ada jiwakeibuan. Adoi, geli pulak ketiak aku dengar ayat itu.

            Dah tiga hari Adam dibawah jagaanku.Alhamdulillah, tak susah jaga Adam. Dia akan menangis bila lapar, tak selesadan dahaga. Masanya akan dihabiskan dengan tidur. Boleh dikatakan hampir setiapminit aku dengan Adam. Kebun? Jangan cerita pasal kebun dengan aku. Ha..ha!

            Sekarang aku berjinak-jinak menjadiseorang ibu. Baru aku tahu indahnya jadi seorang ibu. Tak ada suami pun takapa, janji ada anak. Ha..ha.. Gila!

            Celah mana pulak munculnya anakkalau tak ada suami? Adoi, kurang cerdik rupanya anak si Mak Imah ni. Selalunyasetiap pagi selepas solat subuh, aku akan duduk diatas katil bersama Adam. Akulihat dia tidur. Tenang sangat. Kalaulah aku ada anak satu hari nanti. Aku nakjaga setiap masa!

            Aku meletakkan jari comel Adamkejari Ammar. Dengan automatiknya ketika Adam menggenggam jari telunjukpapanya. Jari Ammar turut memberi respon. Aku tersenyum.

            “Itu baru awak rasa bila pegangtangan dia. Awak tak tengok lagi muka dia. Comel sangat! Ada iras awak tau.Hidung dia. Cara dia senyum.. Comelnya.” Aku mencuit pipi tembam Adam.

Previous: Bab 15
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.