Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 62

            Emel layan aku tak ubah macam aku niputeri raja. Walaupun masuk hari ni, adalah hari terakhir aku dirumah Ummi danWalid tapi aku rasa macam sekejup je aku duduk sini. Dan entah kenapa aku rasatak nak langsung balik KK. Bukan Kota Kinabalu lah! Kuala Kangsar je pun. Adampulak tak berenggang dengan aku. Pantang aku duduk sebelah Emel, laju saja diamerangkak memanjatku minta didukung. Alahai, nasib baik kamu comel Bambam Ibu.Kalau tak, Ibu culik kamu bawak balik KK.

            Sedang leka aku mengemas meja kerjaEmel, aku terpandang sesuatu yang mampu buat jantung aku berhenti berdenyut.Rasa macam dunia mengalami hentian masa. Jantung aku macam tak sedap je nakberdenyut. Aku mencapai kad berona biru itu dengan lemah. Kad kahwin yang samaaku jumpa ketika dikampung tempoh hari. Cuma warnanya saja berbeza, tapi lokasipeta pada rumah itu sama! Terketar-ketar jariku membuka kad tersebut. Mahumelihat nama pengantin yang ada didalam kad tersebut.

            Aku menutup sebelah mataku, apa kesni? Nak tengok, tapi takut. Baik tak payah tengok. Niat dihati nak letak balik.Tapi setan nirojim ni paksa-paksa aku suruh tengok. Dan otak aku punberkerawang membina cerita yang bukan-bukan. Tak tengok lagi apa isinya dahpandai nak reka cerita. Saja nak hasut aku lah tu setan nirojim ni. Syuhhh!!!

            Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik?Macam nama aku. Eh! Memanglah nama aku. Bila masa pulak aku kena amnesia pulak ni? Sampaikan nama sendiripun tak ingat. Gila! Kejup, kenapa ada nama aku? Laju saja aku pandang nama dibawahnya..

            Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris.Ammar? Abang?!!! Ya Allah berbunganya hati! Rasa macam nak panjat pokok kelapa!Dengan rasa tak yakin, berkali-kali aku baca lagi ayat itu.

Jemputan Perkahwinan Kedua Mempelai :-

                                                                  &

                  Mohd Aimel Hijjaz Bin Dato Faris

 

 


           

 

 

 

 

            Senyuman aku terhenti bila melihattalifon bimbitku berdering kuat. Laju saja aku mencapainya. Tertera nama ‘Abangsyg Zirah’ di skrin talifonku. Sejak bila pulak aku simpan nombor talifon Emeldengan nama macam ni? Nak ketawa aku dibuatnya.Emel punya kerja lah ni. Denganpantas aku menjawab panggilan itu.

      “Surprise! Terkejut tak?” Emel bersuaraceria.

      Aku tersenym. Tetiba otak aku merancangsesuatu. Pura-pura tak faham. “Apa yang terkejut?”

      “Err.. Sayang tak..” Ayatnya tergantung.

      “Tak. Tak apa ni?” Aku gigit bibir, nakketawa dah ni.

      “Errr… Tak.. Tak ada apalah. Tengah buatapa tu?” Kedengaran suara Emel kecewa.

      “Tengah kemas barang. Abang jadi hantarZirah pergi KL Sentral kan?” saja aku biarkan Emel tahu yang aku tak tahulangsung pasal kad ni. Padahal aku dah tahu yang dia nak aku tahu surprise diani. hah! Ambik kau dah terbelit ayat aku.

      “Kenapa tak bagi abang hantar sampaisana?” Emel mula bersuara serius.

      “Abang kerja kan? Tak  apa, Zirah boleh balik sendiri. Zirah tak nakabang hantar. Zirah tak nak susahkan abang.” Yes! Aku ikhlas ni. aku memang taknak susahkan dia. Lagipun aku tak nak dia tahu kat mana aku kerja, kat mana akutinggal. Belum lagi waktunya.

      “Zirah isteri abang kot. Kalau apa-apajadi macam mana? Biar abang hantar.” Tegas suara itu.

      “Abang… Cuba jangan paksa Zirah. Kalauabang nak Zirah balik sini balik. Abang ikut cakap Zirah. Kalau abang nakhantar Zirah jugak, tak apa… Zirah balik sendiri naik teksi.” Talian terus akudimatikan. Turun naik dadaku menahan marah.

      Aku terdiam, perlahan aku duduk diataskerusi itu. Aku pegang dada, Ya Allah kenapa dengan aku ni? perkara remeh temehmacam ni pun nak marah. Tertiba rasa menyesal gila! Rasa macam nak hantukkepala kat atas tilam. Ish! Kenapa dengan aku ni? Abang, maafkan Zirah…

 

 

 

WAJAHlelaki itu serius sejak tadi. Dari tadi tak bersuara, pandang aku pun tak. Akucakap apa pun dia hanya angguk dan geleng. Aku mengeluh. Rasa berdosa gila! Akusendiri tak tahu kenapa aku macam ni. kekadang baik, kekadang boleh terima,kekadang menolak, kekadang membenci!

      Walaupun sepuluh bulan tu jangka masa yangmungkin singkat pada pendapat orang lain, tapi bukan aku. Terkadang aku cubauntuk terima semua ni. Tapi bila aku teringat, automatik hati aku keras.Kekadang aku berharap sangat aku terhantuk kat tiang memana, lepas tu aku amnesia! Agar boleh aku hilangkan semuakepahitan dalam hidup aku. Kenapa abang tak cari Zirah dulu? Kenapa perlutunggu berbulan-bulan?

      “Abang..” Zirah mencapai tangan Emel yangsedang memegang gear.

      Emel hanya kaku. Entah kenapa, terasabenar dengan sikap ZIrah. Kesalahan apa lagi yang aku buat sampai kau layan akumacam ni Zirah? Sekejap okey, sekejap dingin. Emel masih membatukan diri.

      Zirah memeluk lengan Emel. “ Abang marahkanZirah lagi ke?”

      Emel masih diam.

      Zirah melepaskan lengan Emel sebaik sajasampai perkarangan KL Sentral. Dia memandang lelaki itu. Emel hanya diam danmemandang kedepan, walaupun dia memakai cermin mata hitam. Tapi aku tahu diamemang tak pandang aku.

      “Abang tak nak teman Zirah?” Soal Zirahsayu.

      Emel mengeluh. “Zirah balik lah sana dulu.Tenangkan fikiran. Bila Zirah dah rasa tenang dan boleh buat keputusan. Zirahbagi tahu Abang. Kali ni, apapun keputusan Zirah….” Ayat Emel tergantung. Diamemejamkan matanya sejenak cuba menghilangkan rasa pedihnya dihati. Kemudiandia membuka cermin mata hitamnya dan memandang wajah isteri kesayangannya.

      “Apapun keputusan Zirah tentang hubungankita, abang terima.” Emel tersenyum hambar. Diusap kepala Zirah, dan diciumdahi itu.

      Perlahan airmata Zirah mengalir. “Kenapaabang cakap macam ni?”

      “Zirah berhak memilih sayang… Janganrisau, abang terima semua keputusan Zirah. Dah tu, nanti tertinggal bas pulak.”Emel mengusap pipi isterinya. Cuba meyakinkan Zirah.

      Zirah mencapai tangan Emel dan dicium. YaAllah macam-macam ada dalam hati aku ni. Kau permudahkan lah segalanya. “Maafkan Zirah..” Zirah memandang Emel dengan air mata menitis laju.

      Emel memegang pipi gebu itu, dikesat airmata wanita itu. “Zirah tak pernah buat salah apa-apa. Tak ada sebab abang takmaafkan sayang. Cuma satu je abang nak Zirah tahu, yang abang sayang sangatdengan Zirah.” Emel tersenyum.

      Zirah mengeluh. Beratnya hati nak pergi,tapi benar juga kata Emel. Aku perlukan masa untuk terima semua ni. Denganberat hati Zirah keluar dari kereta. Sepanjang perjalanan dia menangis. MaafkanZirah abang…

Previous: Bab 61
Next: KEJUP 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.