Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 68A

KAKUkakinya saat bertembung mata dengan lelaki itu. Laju saja kakinya berpatahbalik mahu melangkah meninggalkan lelaki itu. Rasa membuak marah dihati kembalimarak! Kenapa sampai sini dia cari aku? Dia ingat dengan muncul dengantiba-tiba ni boleh pujuk aku? Mintak maaf lah.

            Argh! Masalah! Laju langkahkumelangkah sehingga sempat aku masuk kedalam lif. Hampir saja lif itu tertutup,namun terbuka semula. Terpacak tubuh milik Emel berdiri dihadapan lif. Tanpaayat, terus saja dia masuk. Tingkat 10 ditekan.

            Gila apa? Tingkat sepuluh tu bumbungbangunan! Bahaya ni! Belum sempat aku menekan butang nombor 5 pantas Emelmenghalang.

            Fine!Sekarang kita nak buat apa atas bumbung bangunan ni? Main tenis? Main lumbalari? Galah panjang? Huh! Tak faham! Kenapa nak cari aku lagi?

            Emel memandang Zirah dengan pandanganredup. Rindu dengan wanita ini rasa macam nak peluk tak lepas je. Tapi akurdengan kemarahan wanita itu, dia perlu berhati-hati memulakan kata.

            “Zirah sihat?”

            Zirah berpeluk tubuh. Mujur keadaantak panas terik dan hanya redup seakan mendung diatas rooftop ini. Rasanya, bila-bila masa saja hujan akan tumpah kebumi.

            Melihat reaksi Zirah seolah-olah takmahu menjawab soalan Emel, Emel hanya mengeluh.

            “Zirah marah dengan abang?” Lembutsuara itu menyoal.

            Zirah hanya diam. Dah tahu, lagimahu tanya. Cepatlah hujan, boleh aku masuk pejabat balik! Dan secara taklangsung dapat hentikan drama sebabak ni.

            Melihat wanita dihadapannya itumasih diam tak bersuara, Emel menyoal lagi. “Boleh abang tahu apa yang Zirahpendam selama ni?”

            Laju Zirah memandang lelaki itu.Yes! Soalan itu yang aku nak dengar. “Banyak.”

            Emel meraup wajahnya. Dia mengeluhberat. “Okey tell me. Luahkan semuanya. Abang dengar.” Emel memandang wajahZirah redup. Sayangnya dia dengan wanita ni Allah je yang tahu.

            Zirah masih diam. Bukan dia tak nakmenjawab, Cuma dia tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak rasanya.

            “Zirah tinggalkan abang seminggu ni,Zirah tak rindukan abang? Abang rindu sangat dengan Zirah. Rasa macam taklengkap hidup abang tanpa Zirah.” Luah Emel, ikhlas. Melihat Zirah yang masihdiam. Makin membuatkan suasana makin sesak.

            Zirah ketawa sinis. “Sepuluh bulanabang boleh je hidup without Zirah.Inikan pulak seminggu. Kenapa abang hukum perasaan Zirah macam ni? Abang tahutak betapa terkilannya Zirah bila abang tak pernah nak cari Zirah? Sepuluhbulan abang, hati Zirah ni asyik memendam. Asyik tertanya apa dosa Zirah sampaiabang tak nak jumpa Zirah. Abang halau Zirah masa Zirah melawat abang kathospital. Abang ingat Zirah tak ada perasaan? Siapa Zirah pada abang??!” LuahZirah, entah kenapa menitis air matanya.

            Emel terdiam. Dia menunduk, kemudiandia kembali menatap wajah manis itu. “Abang sayang Zirah. Abang tak sangguptengok Zirah sedih. Abang tak nak Zirah tengok abang sakit. Abang dah sedayaupaya cari Zirah selama sepuluh bulan tu, tapi kesihatan abang membataskanusaha abang. Abang nak betul-betul sihat bila jumpa Zirah. Abang tak nak Zirahtengok abang sakit. Abang tak nak tengok Zirah menangis.” Sayu suara itu.

Previous: Bab 67B
Next: Bab 68B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.