Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 64

“SOFEA!Awak ingat ini tadika ke? Awak bagi saya fail gambar beruang ni? Syarikat nimemang jual binatang ternakan. Tapi bukan beruang. Nanti kalau pelangganberkonan kek beruang ni ha. Apo den nak jawab eh.” Hah, tersembur pulak bahasaibunda aku. Irwan menyerahkan fail merah jambu bercorak beruang comel itukepada Sofea.

            “Maaf Encik Irwan. Lain kali sayatak buat lagi.” Sofea mengambil sambil tertunduk-tunduk mahu ketawa. Kelakarbetul dengar bos kecilnya itu bercakap bahasa negori.

            Irwan baru mahu berhujah lagi, namunkelibat Emel yang muncul dari pintu masuk menarik perhatiannya. Kenapa pulakmuka macam kena sondol lembu je mamat sorang ni? Ish! Mesti ada kes ni.

            Sebelum Irwan berlalu kebilik Emelsempat lagi dia memandang Sofea yang sudah membiru wajahnya menahan ketawa.Agaknya kalau dia beredar dari situ, mahu tergolek-golek minah ni ketawa. Apayang melawakkan sangat entah!

            “Tukar fail tu. Jangan bagi failmacam tu lagi. Kalau kut iya pun nak cantikkan pejabat, jangan libatkan fail quotation. Faham?” Irwan membebel lagi,dan terus berlalu.

            “Muka kau ni, sesuai benar buathalau belalang yang makan rumput kat padang kita tu. Kau ni kenapa pulak? Barutempoh hari kau jumpa aku dengan wajah gumbira mengalahkan baru dapat jadipengurus MU. Hari ni muka macam ni pulak? Apa kes?” Irwan melabuhkan dudukdihadapan Emel.

            Emel yang sedang merenung talifonnya itu terdiam. Kemudian dia mengeluh dan merebahkan tubuhnya menyandar padakerusi. “Zirah dah pergi..”

            Ternganga sekejup Irwan dibuatnya.Tak faham dan pening. Pergi mana? Suka cerita separuh jalan. Ni kalau kerjadengan JKR, mahu ditalam muka kau. Berbirat!

            “Aku bagi dia tenangkan fikiran. Akutak tahu sebab apa semua benda ni boleh terjadi. Zirah dah berubah. Sekejap diaokey, sekejap tak. Pening aku dibuatnya. Aku rasa, aku tak pernah sakitkan hatidia lagi. Sumpah!” Emel mengeluh buat kali yang entah keberapa.

            Oh! Inilah cerita lengkap yang aku mahukanwalaupun tak lengkap sangat. Irwan memproses otaknya, jika adamaklumat-maklumat yang masih bersisa untuk diberikan sebagai idea. Sejak jadikekasih rasmi Anis, ideanya untuk diberikan kepada Emel semakin kurang. SebabAnis selalu pesan, jangan bagi idea bengong kat abang dia. Kalau tak, tak makannasi dia seminggu. Ganas macam mana pun bakal isteri dia tu, tetap disayangpenuh kasih sayang.

            “Hah! Aku rasa mesti ada sebab. Danaku rasa ada baiknya kau sendiri pergi tanya. Kalau kau duduk sini sambilmengenang nasib, benda tak jalan bro! Perempuan kan suka fikir bukan-bukan.Benda merepek-repek lah yang suka difikir. Lepas tu salah faham. Ni kes salahfaham ni. Mesti punya. Ada baik dan bernasnya kalau kau pergi jumpa dia.” Irwanmemberi buah fikiran. Rasanya itu saja idea yang bernas dan tak bengong dariotaknya.

            Emel terdiam. Betul apa yang Irwan cakap,tapi masalahnya dia tak tahu Zirah dimana. “Aku nak cari kat mana?” Balas Emellemah.

Puas ditanya Kak Masyitah, tapi wanita itu langsungtak nak bagi kerjasama. Katanya amanah dari Zirah. Dah tak boleh dibuat gengpulak Akaknya seorang itu.

            Irwan mengherutkan bibirnya. “Hah!Haji Hanif tak akanlah dia tak tahu?”

            “Aku dah tak ada urusan.. Hah! Betuljugak! Irwan! Buat kali pertamanya kau layak jadi adik ipar aku!” Emeltersenyum dan menyalam tangan Irwan.

            Irwan buat muka. Amboi, selama niaku tak layak lah?! Ada jugak makan besi kang ni.

            “Teman aku pergi KK.”

            “Kau gila nyah! Siapa nak jagasyarikat? Along mana ada, belum balik lagi dari Perlis. Walid pergi ladang. Akuje harapan nusa dan bangsa kat sini. Kau pergi je sorang. Kau boleh selensaikanapa yang patut kat sana. Aku boleh tolong kau dari jauh. Kau skype je aku. Eh, sekarang dah moden.Kau video call je aku. Aku akan helo-helo kau nanti. Idea aku sentiasamengiringi langkah kau. Cewah! Macam lagu pahlawan pulak.” Irwan ketawa.

            “Kau tak payah nak baik sangat lah.Aku pergi KK bukan sekarang. Lusa baru pergi. Esok Along dah balik sini. Ah,aku tak kira kau kena pergi jugak. Kalau tak, aku reject pinangan kau.” Ugut Emel.

            “Woit! Ini buat nyawa aku terbangni. Main ugut buah hati aku pulak. Yelah-yelah! Aku baru nak kacau Anis kat Udia. Mengacau lah kau.” Irwan mendengus geram. Anis sekarang sedang melanjutkanpelajarannya di UiTM Seri Iskandar sama dengan adik Zirah. Masing-masing ambilbidang akauntan.

 

 

AMMARmenghampiri adiknya yang sedang termenung melihat kolam itu. Silap gaya mahuterjun jugak budak ni nanti. Adam yang didukungnya diacah seketika. Kemudianmenghampiri Emel yang macam baru lepas putus cinta.

            “Sudahlah tu. Zirah tu okey lah. Takadalah parah sangat. Dia salah faham tu.” Ammar bersuara meyakinkan. Infoberkaitan Zirah semua dah ada dalam poketnya. Cuma dia sengaja mahu Emelsendiri mencari, kadang-kadang usaha sendiri itu lebih dihargai daripertolongan orang lain.

            Emel mengeluh. Sejak kecil sampaisekarang, Along memang sentiasa pedulikannya. Sampai dia sendiri tak tahu macammana nak balas kebaikkan Along padanya. Oleh sebab nak balas budilah konon, akupernah buat silap dalam hidupku sebab sebelum kahwin dengan Zirah aku pernahmerancang untuk menyerah insan yang aku sayang pada orang lain tanpa rela dia.Kalau diingatkan balik, rasa nak undurkan je masa yang ada. Bila sedar masayang ada ini pun masih tidak mengcukupi, biarlah masa lalu tu jadi pengajaran.

            “Along bila nak nikah?”

            Ammar tersenyum namun hambar.Terbayang wajah seseorang dimatanya.  “Insyallah kalau tak ada halangan hujung tahunni. Itupun kalau orang disana bersetuju. Along ikutkan je. Tanya orang, awak tubila?” Rasa kesat ditekak dengan kata-katanya sendiri. Tak apalah, ini sajajalan yang ada.

            Emel mengeluh lagi. “ Cadangnya nakbuat kejutan. Tapi dia pulak lari. Macam mana Long? Pengantin perempuan lari?”Gurau Emel sambil mengambil Adam yang turut sama menyibuk bercakap dalambahasanya sendiri.

            Ammar ketawa. “Tak apalah, belum waktunyatu. Tunggulah.”

            “Emel rasa nak adakan majlis yangpaling ringkas tapi meriah. Mungkin ini saja kenangan terindah yang dapat Emelbagi padanya.” Ucap Emel lemah. Tahu dia masih ada masa. Tapi masa tu macam takpernah nak menunggunya. Dan dia tak boleh terus menunggu. Dia perlu bertindak!

            “Along sentiasa doakan yang terbaikbuat adik-adik Along.” Ammar menepuk-nepuk bahu adiknya itu  sambil tersenyum.

Previous: Bab 63
Next: Bab 65A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.