Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 65B

SEDAPsungguh memeluk bantal peluk tersebut. Rasa hilang semua tergeliat dipinggangdan hempedu. Sedap tidur ni sementara nak menunggu isyak. Tanpa membukatelekung, terus aku memejamkan mata.

            “Zirah! Zirah!” Hampir saja akutergolek jatuh katil bila di tolak ganas oleh Yani.

            “Kau kenapa? Bagi aku duduk duluboleh tak? Kau ingat aku ni ayak tepung ke nak goncang-goncang?” Geramkudibuatnya. Dibuatnya aku ni tak ubah macam patung Mikey Mouse permberian bakalsuami dia tu.

            Yani ketawa. Setelah membiarkanZirah duduk dia mula bersuara semula. “Kat Luar.. Kat Luar ada..” Ah, lambatbetul nak susun ayat. Laju saja ditarik tangan Zirah menuju ke pintu.Kelam-kabut Zirah mengimbangkan badan. Rasa macam Batman pulak berlari sambilpakai Telekung. Batman muslimah ke ni? Tett… mengarut!

            Terkebil-kebil matanya melihat HajiHanif sudah bersandar ditepi keretanya. Dan kelihatan Amina sedangmelambai-lambai tangan dari arah tempat duduk belakang. Ah! Sudah apakahgerangan mereka ni datang? Setahu aku, aku tak janji.. Mak!! Oh! Mak!Astagfirullah al’azim! Aku lupa! Mencicit aku berlari masuk bilik.

            “Betul kau tak nak pergi ni Mon?”Nama baru Yani, Mon. Sedap tak nama tu? Ha..Ha..  Aku berharap sangat kalau Yani pergi. Tapiwanita itu, argh! Degil!

            Sebaik saja sampai dirumah banglomewah itu kaki aku bagai digam kuat! Nak masuk je terasa segan menguasai diri.Nak lari, pun segan. Sampaikan aku rasa nak jadi Totally Spy. Hanya guna bedak compaq saja boleh hilangkan diri. Tapikenyataanya tak boleh! Awak tu manusia asli!

            Amina menarik lenganku mesra masukkedalam rumah. Sebaik saja aku masuk, aku disambut umpama aku ni dah lama takbalik. Mak aihh! Berpas-pas aku dari seorang mak cik, ke sorang mak cik.Masing-masing pegang pipi aku, peluk, ermm ada jugak pandang aku macam aku nianak dia yang dah lama hilangkan diri. Ya Allah, tiba-tiba rindu dengan Mak danUmmi. Aku bersalaman. Biarpun aku masih kejang dengan situasi ni, namun akumasih hormatkan mereka sebagi mak-mak aku.

            Sebaik saja aku berdiri dihadapanseorang wanita yang bertudung labuh dan bercermin mata. Sejuk benar matamemandangnya. Aku rasa macam tengah tengok muka Mak. Entah apa yang membuatkanaku mencium tangannya dan memeluk erat. Terasa bagai nak mengalir air mataku.Kalaulah mak ada kat KK ni, dah lama aku lari dalam pelukan Mak. Hanya pelukanMak mampu beri aku keyakinan dan kekuatan selain daripada bersujud danmengharapkan Allah makbulkan doa aku.

            Wanita itu merenungku lama, sehinggaada beberapa titis air matanya mengalir. Aku pun tergamam dengan situasi itu.Amina disebelahku hanya menepuk bahuku sambil tersenyum. Mesti ada kisah kenapawanita ini menangis bila pandang aku.

            “Mardhiah?” Soal wanita itu.

            Aku pula yang terpinga-pinga. SiapaMardhiah? Aku hanya tersenyum. Terus wanita itu memelukku dengan erat. Akuterpandang Haji Hanif yang seakan cuba melarikan diri dari melihat situasi itu.Kenapa ni?

            “Mama. Sudahlah tu. Ni bukan Kak Dhiah.Ni Kak Zirah.” Amina menjelaskan dengan tenang.

            “Tapi ini Mardhiah. Mama yakin.”Insan yang dipanggil mama itu masih tersedu. Jelas tangisannya itu adalahtangisan gembira. Bukan tangisan sedih.

            Aku memberi isyarat kepada Aminaagar membiarkan saja Mama memanggilku Mardhiah. Amina seakan rasa serba salah.

            “Mardhiah jom sayang, kita makanpulut kuning. Mardhiah suka kan? Jom.” Mama menarik tanganku lembut menuju keruang makan perempuan.

            Sepanjang kenduri itu tak lepastangan Hajah Yanti memeluk lengan ‘Mardhiah’ nya itu. Gusar juga Haji Hanifjika Zirah tak selesa dengan keadaan itu. Tapi ternyata Zirah pandai mengambilhati mama. Walaupun baru malam ni berjumpa, dah seperti kenal bertahun gayaZirah melayan mama.

            “Abang, Mina mintak maaf. Mina cumanak tengok Mama tersenyum macam selalu. Sejak Kak Dhiah pergi. Mama macam pendiam.Bila kali pertama Mina nampak Kak Zirah dulu, nak gugur jantung Mina. KalauMina boleh rasa yang Kak Zirah boleh kembalikan kebahagiaan dalam hati Mina,inikan pulak mama kan? Sebab itu Mina beriya bawak Kak Zirah datang sini. Minamintak maaf.” Amina serba salah. Banyak kali Haji Hanif menasihati adiknya ituagar batalkan saja niatnya mahu membawa Zirah kesini. Tapi adiknya itu mahukanjuga. Oleh itu Haji Hanif Tak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat.

            “Tak apalah. Abang pun gembiratengok wajah mama gembira macam tu.” Haji Hanif menggosok-gosok kepala adiknyaitu.

            “Abang pulak? Tak seronok?Sepatutnya abang orang pertama yang terkejut tengok Kak Zirah kan?” Aminamenduga. Melihat wajah abangnya berubah mendadak, sekali lagi dia meminta maafdan terus berlalu dari situ.

            Haji Hanif mengeluh. Siapa cakap diatak terkesima saat pertama kali jumpa Nur Ainul Nazirah Binti Abdul Malik? Rasamahu saja jantungnya gugur. Namun dia buat biasa oleh kerana dia tahu Zirahadalah isteri kawan baiknya. Masakan dia nak berlebihan dengan isteri orang?Tak mungkin.

            NurAinul Nazirah dan Ainul Mardhiah adalah manusia yang berbeza tetapi dengankuasa Allah, mereka punya wajah yang seiras. Nama mereka juga punya pangkalyang sama ‘Ainul’. Masyallah!

            “Kalau senang-senang Dhiah datanglahlagi.” Ucap Hajah Yanti dengan senyuman. Rasa bagai tak mahu melepaskan‘menantunya’ itu.

            “A’ah Zirah. Jangan lupa datanglagi. Kami kat sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan Zirah.” Giliran HajiAmri pula bersuara.

            “Insyallah. Lain kali Zirah datang.”Jawabku cuba menyakinkan. Aku pandang wajah Hajah Yanti, wanita itu seakansukar benar melepaskan aku pergi. Aku memeluk wanita itu sekali lagi. “Mamananti Dhiah datang lagi ye. Insyallah. Mama jaga diri tau. Jangan nakal sangattak makan ubat.” Aku mengusiknya. Entah kenapa, aku rasa macam masuk je namaMardhiah tu dengan hati aku. Macam ada keserasian. Siapalah agaknya Mardhiah nieh?

            Hajah Yanti ketawa. Terubat rindunyadengan Ainul Mardhiah. Alhamdulillah, Allah mendengar luahan hatinya yang terlaluteringin melihat seseorang seperti Ainul Mardhiah.

Previous: Bab 65A
Next: Bab 66A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.